Saya Dah Sertai Firma Guaman Ramai yang mungkin tak tahu. Sebenarnya saya ada dua ijazah dan satu diploma lanjutan. Ijazah pertama saya dalam Teknologi Maklumat. Sarjana Muda Teknologi (UTP, 2002). Lepas tu saya sambung belajar undang-undang. Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (UiTM, 2012). Kemudian saya ambil pula Diploma Lanjutan Amalan dan Syariah (UiTM, 2013). Walaupun ada kelulusan undang-undang, saya bukan peguam bertauliah. Saya belum lengkapkan syarat untuk jadi peguam beramal. Tapi minat dalam bidang undang-undang masih kuat. Dan sekarang... saya terlibat semula dalam industri undang-undang. Bukan sebagai peguam, tapi sebagai Business Development Manager di firma guaman. Saya kini secara rasmi bersama Murni & Co Advocates & Solicitors . Peranan saya lebih kepada bantu dari sudut pemasaran. Saya cari prospek. Dan sambungkan orang dengan servis legal yang sesuai. Apa yang Murni & Co tawarkan? • Urusan hartanah dan conveyancing. • Jual beli ru...
Baru lepas jumpa owner sebuah kondominium di Cyberjaya. Dia beli rumah ni melalui produk Houzkey oleh Maybank. Sebenarnya ia sistem sewa beli. Owner dikira menyewa dengan option untuk beli semula. Jadi tak ada SPA dan perjanjian pinjaman yang owner sign masa beli rumah ni. Yang ada hanya perjanjian sewa dengan Maybank. Yang bestnya, tak perlu bayar deposit. Tak perlu bayar progress payment juga. Kadar bayaran tahun pertama ke Maybank pun murah je. Cuma RM900. Naik tahun berikutnya barulah bayaran sewa atau ansuran ke Maybank tu naik ke RM1300. Masalah muncul bila dah nak menjelang 5 tahun. Iaitu dateline untuk sistem sewa beli Houzkey ni. Sebelum cukup 5 tahun, owner kena buat keputusan. 1. - sayang rumah? Kena beli. Buat pinjaman untuk at least baki hutang (ada baki hutang walaupun program sewa beli). 2. Cari pembeli baru. Bergantung la dapat jual pada harga berapa. Ada untung, owner dapat la duit untung ru 3. Kalau stuck dua-dua di atas tak boleh buat, owner ke...