Langkau ke kandungan utama

icon city oleh mah sing




terujakah anda melihat senibinanya?
tidak?
jawapan saya, "sangat!!"

bagi saya senibina projek ini sangat unik.. sangat hebat.

Icon-city oleh Mah Sing, developer yg tak payah diperkenalkan lagi.
Kali ni mereka buat mixed development di SS8 PJ pulak...

utk Icon City ni, projek ini akan terdiri dari
-6 tingkat dan 8 tingkat shop-office: harga dari rm6juta
- unit kediaman bersaiz 480sqft, 650 sqft, 900 sqft dan 1200 sqft : harga dari rm330K
- Duplex SOHO bersaiz 650 sqft, 850 sqft dan 1100 sqft: harga dari rm460K
- en block office tower bersaiz 70,000 sqft, 100,000 sqft dan 300,000 sqft: harga dari rm650 per sqft.


Kawasan ini mudah diakses melalui Federal Highway dan LDP, juga NKVE, NPE dan lebuhraya Sprint/ Kerinchi Link..
PJ sememangnya kawasan yg sudah matang..

Buat masa ni, mereka baru buka untuk pendaftaran.
jadi kalau ada yg berminat, boleh lah mendaftar di laman web http://www.icon-city.com.my/
Boleh juga baca maklumat di laman web mah sing



Saya yakin Icon City akan jadi ikon baru Petaling Jaya.
Cuma harganya saja yg mungkin boleh membuatkan kita terbeliak mata...

Melihat kepada lokasinya, ia sangat berhampiran dengan Park 51.
hmm.. adakah kawasan kilang ini akan berubah wajah nanti?
adakah saya silap ketika mengagak potensi kawasan sekitar Park 51?


Ulasan

epzilon berkata…
Assalam kak rohaniah..adakah kawasan ni baik utk buat shorterm investment?

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...