Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

2011 dalam imbauan

Hari terakhir 2011.. Kalau rancangan TV, mereka akan buat imbauan 2011 saya pun nak gak buat imbauan 2011 kan... Disember 2010 tempoh hari matjoe 'paksa' saya masuk pertandingan Azam Tahun Baru dia sebenarnya bagi saya, azam saya adalah perkara pribadi saya tak suka war-warkan perkara yang belum pasti akan berlaku tapi demi matjoe, saya masuk gak la pertandingan tu dan kongsikan azam saya ini azam saya yang saya kongsikan tu Jujurnya, 4 azam yang saya kongsikan ni, satu pun belum jadi kenyataan -21 km marathon - belum bersedia dari segi stamina dan kemahiran berlari. lari 10 km pun masih slow -BLS UiTM - belum tercapai sebab perubahan jadual semester. sepatutnya semester berakhir pada bulan nov, tapi sekarang semester berkahir pada bulan Januari tahun depan. So, belum tamat lagi lah belajar untuk tahun ni - Germany - yang ni belum cukup bajet lah.. lagipun sitie yang kat Jerman tu pun nak balik bulan Januari nanti - Landed commercial property - belum terlaks...

perkongsian lewat 2011

salam lewat 2011 semua Hari kedua terakhir bagi tahun 2011 maka hari ini saya nak kongsikan satu cerita Ada dua orang anak kecil.. adik beradik namanya Annisa dan An-nur Kedua-duanya mengalami Cerebral Palsy (lumpuh otak), Mitchondrial Disease dan Global Developmental Delay. Apa itu Cerebral Palsy? Dipetik dari  http://www.spasticpenang.org.my/rs_cerebral_palsy.php The term cerebral palsy refers to any one of a number of neurological disorders that appear in infancy or early childhood and permanently affect body movement and muscle coordination but don’t worsen over time. Even though cerebral palsy affects muscle movement, it isn’t caused by problems in the muscles or nerves. It is caused by abnormalities in parts of the brain that control muscle movements. The majority of children with cerebral palsy are born with it, although it may not be detected until months or years later. Cerebral palsy can’t be cured, but treatment will often improve a child's capabiliti...

kolaj budak-budak comel

a picture worth thousands words Jun 2007 - Jan 2012 (amiiiinnnn...) *** Memorial untuk sumaiyah, hanim, mazni, huda, asmath, rozia.. Terima kasih, kawan-kawan...

formula anak sama dengan hartanah

1 anak = 1 rumah sewa 2 anak = 2 rumah sewa 5 anak = 5 rumah sewa inilah yang saya nak sampaikan kepada para pembaca majalahniaga.com anak adalah tanggungjawab ibu-bapa. pendidikan anak-anak adalah hak asas yang ibu-bapa wajib sediakan namun hak pendidikan percuma di dalam perlembagaan malaysia hanya meliputi pendidikan peringkat asas ia tidak meliputi pendidikan tinggi sedangkan pendidikan tinggi ni, yuran memang mahal. nak harap MARA? berapa ramai sangat MARA boleh bagi pinjaman. nak harap PTPTN? PTPTN pun dengarnya dah tak cukup bajet.. ramai peminjam tak bayar jadi, ada ura-ura mereka nak bagi pinjaman untuk yuran sahaja jadi bagaimana? ramai orang mencarum di dalam skim insurans pendidikan usaha yang bagus, tapi bagi saya kurang bijak (maaf la kepada agen insurans di luar sana.. tp saya perlu katakan tanpa bias) nak meyimpan di Amanah Saham Didik? atau ASB? nanti.... saya ada cadangan yang lebih menarik mari kita beli hartanah ingat formula di a...

pantun rindu merindu

Oh bayu nak ku tatap puteri tunggal berbaju kurung Oh pemaju bila nak siap mahu ku jual dan angkat untung

tidur dalam bilik berkulat

satu bilik di rumah sewa saya menghadapi satu masalah masalah kulat atau spora sejak penyewa lama keluar, saya dapati semua perabot tu naik kulat. katil, meja solek, almari baju... semua permukaan dalam dan luar naik spora putih2 mula2 saya ingat sebab material perabot tu ke? tapi bilik sebelah yang guna set perabot yang sama tak ada komplen pulak malahan bedside table bagi set tu saya bawak balik guna kat rumah.. takde berkulat pun.. heran... memang tingkap bilik tu bertutup sebab takut masuk air hujan yang tempias bilik dah kosong sebulan setengah.. saya dah lap dengan tisu sampai bersih tapi 2 minggu kemudian, saya tengok kulat naik semula bincang dengan partner, mungkin buang je perabot tu ganti dengan katil lain... setuju... malam tadi saya ke sana semula.. ingat nak bersihkan kulat tu lah kemudian ke kedai perabot cari katil lain ke.. penyewa bilik lain tak ada.. balik kampung kot.. tapi saya dah bagitau mereka saya nak datang. penyewa perempuan ka...

Betul ke anda beli TV LED? macam kena tipu je

Salam hari sabtu.. Saya masih lagi dalam mood "Hak Pengguna". Nak kongsikan satu artikel yang sangat menarik. mungkin ada yang dah baca, tapi saya baru pagi ni terbaca lepas dikongsi oleh bekas boss saya. Memikirkan mungkin ramai lagi yang belum tahu, mungkin elok saya kongsikan di sini. Ia berkenaan LED TV. tuntutan seorang pengguna yang membeli LED TV tapi kemudian mendapatinya hanya LCD TV. tuntutan dibuat di Tribunal Tuntutan Pengguna. Menariknya adalah penjelasan syarikat penjual tv tersebut yang mengatakan "...semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar. Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun." Berita ini tersiar di Utusan Malaysia pada 28/5/2011 yang lalu. Anda ada membeli "LED" tv di rumah? pastikah ia benar-benar tv LED? gam...

berniaga mesti mau jujur.. tribunal dan Tuhan ada...

Kita berniaga untuk mencari rezeki Rezeki kenalah berkat Berniaga kenalah jujur Jangan tamak Jangan tipu orang Sebab kalau tipu orang, kalau tak jujur, duit banyak mana pun yang kita dapat takkan kekal. Banyak kes-kes penipuan di kalangan penjual dan peniaga Itu sebab kerajaan tubuhkan Tribunal Pengguna Sebab banyak sangat kes.. kalau nak masuk mahkamah, saman menyaman memang lambat Lain ke Tribunal dengan mahkamah? Tujuannya sama.. nak buat tuntutan pada pihak satu lagi Tapi penubuhannya berbeza Mahkamah ni, semua dah tahu lah kan... ada prosedur dier.. ada peraturan dia..kena ada peguam mewakili kita.. ada hakim.. nak selesai kes, ambil masa lama.. kena belanja banyak. Tapi tribunal ni, kalau orang undang-undang kata, administrative law maknanya is bersifat pentadbiran Ingat tak kita belajar 3 kuasa terpisah di dalam Malaysia, kuasa perundangan, kuasa eksekutif  dan kehakiman. Kehakiman adalah mahkamah perundangan adalah Parlimen: dewan negara dan dewan ne...

majalahniaga edisi 19

Majalah Niaga edisi 19 dah sedia untuk dimuat turun secara percuma di sini kali ni sangat istimewa kerana ia menampilkan wawancara ekslusif dengan jutawan hartanah, Dr Shah Razali Siap ada audio temubual sekali yg boleh anda muat turun Lagi satu kenapa ia sangat istimewa kerana buat pertama kali dalam sejarah saya, ada nama saya comel je tertulis kat belah depan tu.. cuma nama tu tak lah besar.. kecik je lah kat sebelah kiri bawah tapi tu pun dah cukup utk membuatkan saya membawa majalah ini yg telah dicetak sebagai teman tidur... bangga seh... (wpun orang lain tak bangga pun... tapi biar lah kan.. hehehe.. ) ok jalan lupa ya muat turun secara percuma  di sini . mari kita sama2 berkongsi dan mendapat manfaat.. sebagaimana yg pihak majalahniaga maklumkan, kita boleh juga emel atau pas kat kawan2 yang lain.. takde masalah.. 

even though i am short, but the nst editor still accept the photo

saturday 17 December is a big success... managed to collect RM 2, 723.75 wahhhh... The charity talk even got coverage in the New Sunday Times and Harian Metro. waaaa.... this is something we didnt expect at all. we do this honestly to contribute something to those in need by manupulating our knowledge and experience. but i can expect that i will appear short and sweet in the photo.. hahah.. poyos Thank you for my Property N Co fellas-> ctfarazila dan nicole Thank you very much to AE and en Esa too and very proud of participants and contributors of the fund who pay the seminar fee, but AE's ebook and buy Ho Chin Soon's book sold by en Esa especially to my member-main-parit, ismawati, to my univmate ->khairini and kak rozie, thank you for your support. Last, thank you to all sponsors, matjoe, siti hajar, khairie to representative from www.majalahniaga.com and to NSTP Charity Fund itself. :) WE DID IT! This is the article in New Sunday Times The or...

wahh.. proud of you all

Lend a helping hand 2011... a success story to all speakers and participants/donors involved.  Collection detail: from seminar fee rm1728.75 AE's ebook sales: rm895 En Esa's ho chin soon book sales : rm100 TOTAL COLLECTION: RM2, 723.75 Alhamdulillah... Proud of u all, my dear participants and my dear fellow speakers. Thank u..thanks Allah Full review coming soon.. rushing to malakoff run and class 9 am - 5 pm today

pemberitahuan mesra

salam semua, pagi2 harini adalah program Lend a Helping Hand 2011 pemberitahuan mesra kepada peserta: tarikh: 17 dis 2011 masa : 9.00 pagi - 1.00 tghari (mohon semua punctual kerana kita akan mula tepat pada masa) tempat : bilik BUNGA RAYA, international youth center, bandar tun razak, kuala lumpur peralatan yg perlu dibawa: pen, buku nota, kalkulator dan jaket (jika bilik seminar sejuk) mohon perhatian: pihak kami tidak menyediakan sarapan. hanya air mineral sahaja yang disediakan. oleh yg demikian, tuan / puan boleh bersarapan dahulu di rumah atau di kafe IYC di ground floor. pastikan anda membawa bersama hati yang ceria utk bertemu esok :) terima kasih banyak2 atas sokongan tuan / puan kita berjumpa esok ya

Bila saya patut sewa je?

ok, hujung minggu lepas saya dpt panggilan telefon dari bekas rakan pejabat saya. dia tanya, bila saya patut menyewa je? wow.. soalan menarik! jawapan spontan saya, ada 2 keadaan 1. bila kita baru nak duduk kawasan tu.. so tak tahu lagi kita akan rasa sesuai ke tak dgn kawasan tu. mungkin kita baru bertukar pejabat ke tempat baru atau berminat dgn satu kawasan yg baru dibuka di situ. daripada tersilap langkah beli tapi rupanya di disitu ada bau tempat pembuangan sampah atau kadar jenayah yang tinggi atau berleluasanya anjing liar, baiklah sewa dahulu... kalau berkenan baru beli. 2. Bila tempat kita duduk dan bekerja tu lebih untung sewa dari beli. dan kita tak merancang duduk situ sampai tua. katakanlah anda bekerja di luar bandar atau di pekan kecil. contoh di machang, kelantan atau di masjid tanah, melaka kadar sewa utk rumah teres cuma rm350 sedangkan kalau anda beli rumah tu, bayaran bulanan mungkin rm550. anda pun duduk situ sebab diarahkan bertugas di situ. so dlm keadaan ini, mu...

Saya dah tua sangat lah nak buat pelaburan hartanah

saya mengenali ramai orang.. berbual dengan pelbagai bangsa dan peringkat umur saya juga mengenali yang lebih muda dari saya, sebaya atau lebih tua ada yang lebih muda, bekerja beminat nak beli rumah cantik lah ada yang muda belum ada pendapatan tapi nak mula pelaburan hartanah sangat cantik! ada caranya.. kemudian saya kongsikan ada yang dah berusia dari saya.. dah hampir 50 tahun tapi berminat tapi mereka takut dah terlewat.. ye lah loan mesti susah nak dapat kalau dah tua, kata mereka komitmen pun banyak... hm.. dalam artikel saya di majalahniaga.com yang diterbitkan semalam, saya kongsikan strategi yang boleh digunakan oleh bakal pelabur yang dah berusia ini. boleh baca di sini ye.. enjoyyy... http://www.majalahniaga.com/pelaburan-hartanah-masih-awal-atau-sudah-terlewat.html oh ya.. lagi 2 hari Lend a Helping Hand 2011 akan berlangsung setakat ni kami dah ada 17 peserta.. tapi pendaftaran masih lagi dibuka sebab kami nak kumpul fund sebanyak yang boleh. kami akan kongsikan tips ter...

kepala saya dah nak tepu

minggu lepas dan minggu ni aktiviti update blog akan berlaku dgn sangat perlahan ini kerana 24 jam sehari saya terpaksa saya allocate utk komitmen lain yg sangat mendesak dulu 15/12/2011 - hantar assignment dan test utk satu subjek yg susah giler 16/12/2011 - submit final project 17/12/2011 - sesi charity talk kami lend a helping hand.. wuhooo untuk lend a helping hand, alhamdulillah so far dah ada 16 orang mendaftar. terima kasih banyak2... masih ada lagi yg dah mendaftar tp belum buat bayaran.. so saya harap dapat terima bayaran yuran sumbangan itu segera ahad lepas wpun saya kalut siapkan final project, saya allocate juga masa utk meeting dgn kawan2 organiser hm.. busy sgt ke belajar? susah nak terangkan kalau dier tak mengalaminya sdr.. bekerja sambil belajar.. inikan pulak bekerja, belajar, blogging dan projek2 sambilan masa2 kecederaan bila ada dateline begini mmg menyesakkan hinggakan waktu tidur dicatu.. waktu menonton movie di wayang kosong walaupun filem2 idaman ditayangkan w...

thought for today

so true

masih ramai orang yang baik.. terima kasih!

Untuk pengetahuan anda, AE yang hensem dan baik hati telah mengumumkan bahawa jualan ebook beliau dari 1-10 disember 2011 akan disalurkan ke sumbangan Lend a Helping Hand 2011 alhamdulillah, AE telah mengumumkan pagi tadi bahawa setakat ini beliau telah berjaya mengutip sebanyak RM 225 hasil jualan ebook ini boleh baca di blog beliau http://abangensem.com/terima-kasih pembeli ebook tersebut adalah Muhammad Farid Bin Muhammad Kassim Nurul Aini Mohd Izhar Bin Ismail George Simbeh Selain itu juga setakat ini sebanyak 7 orang peserta seminar ini telah tampil dan membuat bayaran yuran sumbangan. mereka adalah 1. Ismawati Ismail 2. Azril Hisyam 3. Noraidah Ismail 4. Aslam 5. Nor Hisamuddin Ismail 6. Mohamad Izwan Ishak 7. Khairil Anuar Mustafa malah ada 2, 3 orang daripada mereka ini yang belum pasti dapat datang tapi tetap nak memberi sumbangan seolah-olah mereka hadir. Apa boleh saya katakan... terima kasih banyak2 pada AE dan pembeli ebooknya yang bersama-sama menyokong projek ini terima ...

nak pasang kitchen cabinet

baru balik dari rumah sewa di cyberjaya saya ada appointment dengan jeff, pakar kitchen cabinet saya saya minta dia pasangkan kitchen cabinet untuk rumah saya di cyberjaya hm.. setelah lebih 2 tahun rumah itu disewakan, saya rasakan dah tiba masanya untuk saya memasang kitchen cabinet nak pasang yang simple tapi modern dan menarik kitchen cabinet yang cantik akan menarik minat penyewa lagipun pengubahsuaian begini akan menaikkan lagi nilai hartanah anda hm.. memang saya merancang untuk refinance rumah ni atau menjualnya selepas 5 tahun.. ok, sabar.. lagi 3 tahun... jeff ni, kalau anda pernah baca artikel saya sebelum ni, dia memang pakar bab kitchen cabinet, wardrobe, tv cabinet dan yang berkaitan dengannya hasilnya cantik, kemas dipasang pada masa yang dijanjikan dan harganya.. walla! takkan dapat di tempat lain saya pernah pasang wardrobe di rumah dan kitchen cabinet di dua buah rumah sewa kawan saya blogger ctfarazila pun dengan yakin menggunakan khidmat beliau wardrobe saya kitchen...

lepas stress, kita sambut hari lahir

arghhh... sejak awal minggu memang stress rasanya sebab ada assignment yang sangat susah nak kena hantar assignment untuk subjek international law 2, pasal kaitan antara majlis keselamatan PBB dan mahkamah keadilan antarabangsa fuhhh.. maut soalan ni... buat dlm kumpulan. 1 kumpulan 2 orang sepatutnya hantar jumaat tapi kami dapat mintak tunda sampai pagi ni maka beberapa malam lah kami semua kurang tidur dan stress sebab tu jugalah dah beberapa hari saya tak update blog huhuhuhu nak menyediakan jawapan tu satu hal.. nak kena baca banyak kes-kes mahkamah keadilan antarabangsa tu dan masukkan dlm jawapn tu yg lagi pening bahasa inggeri hakim2 ni faham2 lah sangat sangat pening... bahasa kelas atasan lah katakan.. berpusing-pusing.... sampaikan saya outstation ke Gerik dan kuala kangsar pun terpaksa buat asingnment walaupun badan letih drive.. aduh... alhamdulillah besar mana rintangan, pagi tadi dah hantar dah hm.. biar lah berapa pun markahnya.. redha je tapi ada satu perkara yang mena...

Bumi Lot - untung atau rugi besar?

Semalam artikel saya diterbitkan lagi di majalahniaga.com alhamdulillah.. terima kasih team majalahniaga.com terutama kepada tuan aqif kerana sudi menerbitkannya artikel berjudul 'Bumi Lot- Untung atau Rugi Besar' saya tulis untuk menerangkan untung ke beli rumah bumi lot ni... nak tahu, mari lah baca http://www.majalahniaga.com/bumi-lot-untung-atau-rugi-besar.html

Kerjasama Tabung Kebajikan NSTP dan masalah bayi arteri terbalik

Salam hari sabtu saya nak kongsikan antara perkembangan terbaru projek Lend a Helping Hand 2011 kami saya petik dari artikel yg saya tulis di http://www.propertynco.com/2011/11/perkara-menarik-lend-helping-hand-2011.html pihak tabung kebajikan NSTP sudi datang untuk penyerahan cek sumbangan itu nanti mereka juga akan sediakan slide untuk sedikit pengisian acara penutup nanti saya juga perlu maklumkan kepada mereka berapa jumlah kutipan beberapa hari sebelum sesi ini berlangsung wah... terima kasih! jadi kawan2, mana yang dah register tapi belum buat bayaran, saya harap dapat buat bayaran segera sebab duit tu lah yang akan saya kumpul sebagai sumbangan setakat ini dah ada 10 orang yang mendaftar tapi baru sorang yang buat bayaran. dan bagi yang belum mendaftar, saya seru marilah datang beramai2 kita berjumpa, kita belajar ilmu pelaburan hartanah dan kita menderma untuk mereka yg kurang bernasib baik di luar sana untuk mendaftar, isi sahaja borang ini kemudian kami akan hubungi untuk car...

memang takde penalti ke?

Bila saya menulis tentang peraturan baru Bank Negara , ada yang bersemangat nak tunggu 1 Julai untuk refinance atau jual property mereka. Memang boleh... memang akan tiada penalti kerana menyelesaikan hutang lebih awal jika mengikut kenyataan akhbar ni, ia untuk semua jenis pinjaman pengguna pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kereta.. tapi jangan lupa bagi urusniaga hartanah, anda masih tertakluk kepada satu lagi perkara iaitu real property gain tax (RPGT) jika anda menjual property tu kepada pihak lain, anda akan dikenakan cukai ini berdasarkan bajet 2012, RPGT distruktur semula untuk hartanah yang diperoleh kurang dari 2 tahun, kadar RPGT adalah sebanyak 10% untuk hartanah yang diperoleh 2 - 5 tahun, kadar RPGT adalah 5% kalau dah lebih 5 tahun, tiada RPGT dikenakan pengiraan RPGT ini adalah berdasarkan keuntungan harga rumah tu. jika anda beli dulu 100K kemudian nak jual pada harga 150K, jadi kadar rpgt akan dikira dari keuntungan 50K yang anda dapat tu. Jadi, maksudnya...