Langkau ke kandungan utama

salah keluasan

Saya telah membeli sebuah apartment di KL pada tahun 2008.
pembelian secara subsale, dari seorang wanita Melayu, Kak M, yang juga merupakan pembeli ke2 rumah tersebut.
Ini bermakna, saya adalah pembeli ke3.
Hanya kak M mempunyai akses kepada salinan s&p asal rumah tersebut.
Saya hanya menerima salinan s&p Kak M sahaja.

Di dalam salinan s&p kak M, tercatat keluasan rumah tu iaitu 1040 sqft.
Jadi, s&p saya pun tulis 1040 sqft la.

Tahun 2010, rumah tersebut dah keluar strata title.
Alang-alang buat strata title, saya refinance rumah tu.
Berdasarkan keluasan tu, valuer memberi nilaian 200K kepada rumah tersebut.
Dapatla refinance 90% dr 200K.

Tiba2 semasa valuer datang membuat penilaian rumah ni, mereka perasan sesuatu.
keluasan di dalam strata title yang keluar hanyalah 900++.. tak sampai 1000 pun...
valuer ni kata, disebabkan keluasan yang sebenar ni kurang dari 1000 ,valuer tak mau kasi 200K.

nasib baik bank boleh dapatkan valuer lain yg tetap boleh bagi penilaian yg sama.
wang deposit rm200 yg saya dah bayar kepada valuer pertama akan dipindahkan ke valuer kedua.

Ulasan

pak wan berkata…
camna buleh jadi gitu ek?? musykil2..
Rohaniah Noor berkata…
tu la..
sama ada Puan M silap tulis kat s&p dier atau mmg dr s&p asal dah silap. huhuhu
quicky berkata…
uish bole jd mcm tu gk ek...susah gk tu...xpon keluasan die tu rumah + parking..tu jd 1000 kot... =p
Haruki berkata…
Nasib baik tak rugi apa2 :)
Rohaniah Noor berkata…
quicky, apartment tu tak dtg dgn parking lot.

haruki, kalau tgk dr segi valuation ni, nampak tak rugi la ... tp sebenarnya saya rugi juga beberapa kaki persegi dr segi keluasan unit yg saya beli..
refinance blh dpt 90% ke eun-yong?
Rohaniah Noor berkata…
syahman, boleh. refinance tak tertakluk bawah peraturan baru BNM
tapi hari tu ada tanya dgn bank Public dgn maybank, kena jgk. bank mana tu eun-yong?
Rohaniah Noor berkata…
uik.. ye ke?
saya refinance dgn affin. cuba call dasuki 0123900481. bgtau la kawan saya... tau nama saya yg betul kan.. heheh.. kang pelik lak dasuki tu dgr nama eun-yong. hahahaha
Omar Property Agent berkata…
found a good entry.
1. i am amused to find that the SPA lawyer did this mistake. bkn supposely the lawyer has to verify with title & previous SPA? or developer yg buat mistake? ie include accessory parcel together with the unit size?
2. anyway we can access the 1st SPA between vendor & dvlpr? vendor SPA lawyer shud have it right? professionally, boleh ke SPA lawyer bg kita info ini? coz my subsale apt doesnt have the layout plan...i need it so in future i have this as ref
Omar Property Agent berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Omar Property Agent berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...