Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Hari pertama property & co

hari pertama property & co alhamdulillah berjalan dengan lancar. rohaniah noor tu walaupun neves still boleh bercakap sampai kering tekak nicole tu pulak walapun blank nak buat exercise tapi main aci kelat jemput rohaniah noor ke depan. pagi2 sabtu yang hujan.. peserta pun sesat2 nak jumpa tempat tapi tetap program dapat berjalan.. makanan pun boleh tahan sedap. kari ayam dia best.. sayur pun banyak sedap2.. woohoooo.. sesuai utk orang diet.. hehehe malam tadi pulak larian pun berjaya 5 km larian dapat di selesaikan dalam masa 37 minit. alhamdulillah.. larian terakhir sebelum ramadhan.. sekarang ni hari ke2 sharing session property & co masih berjalan. siti farazila dengan rumah lelongnya.. heeee.... petang ni abang ensem akan datang memperagakan kehensemannya.. lepas tu malam ni dier akan lead majlis tengok anak bulan ye... hm... tak sia2 jemput abang ensem,,, hehehehe

esok yang mencabar

esok memang sangat mencabar sebab pagi2 lagi sharing session property & co bermula. ehem ehem... nak kena bercakap 4 jam.. aduh.... kena buat senaman tekak la macamni... petang pulak lepas abis session dalam pukul 6, saya kena cepat2 gerak ke putrajaya sebab ada The Shape Night Run wowweee... yang tak bestnya masa nak daftar, pendaftaran kategori 12 km dah penuh. dh ditutup. jadi terpaksalah daftar kategori fun run je.. 5 km... :( larian start 8.40 mlm.. ye lah.. fun run je kan.. pelepasan paling lewat lah.. kemudian pagi2 ahad sambung balik session property & co.. fuhhh.... kalau abangensem minum revive isotonik, saya minum gatorade kaler ungu je.. hehehe ok, kepada kawan2 property & co, kita jumpa pagi esok. kepada kawan2 running, kita jumpa petang esok.

pilih-pilih lagu untuk 2 hari lagi

Sharing Session Property & Co lagi dua hari lah...wahhh sabtu pagi2 pukul 9 ia akan bermula.. so sejak semalam saya mendengar, memilih dan menyusun lagu2 untuk digunakan semasa sesi itu nanti. hehehe... rasanya saya paling layak untuk tugas ini sebab saya paling gemarkan muzik antara kawan2 lain.. sebenarnya untuk sesi sebelum ni dah ada dah lagu2 gempak yang saya pilih khas. fail2 lagu tu saya simpan dalam pen drive saya dan notebook saya sekali notebook saya slow giler... mcm nak mati. so saya clearkan folder lagu tu dengan alasan, ada backup dalam pen drive sekali pen drive hilang pulak daaaa..... puas cari tak jumpa... so, nampaknya terpaksa lah saya kumpul semula dan tambah pula dengan lagu2 lain supaya lebih meriahhh untuk peserta, jangan bimbang.. jika anda peminat pop, ada lagu pop untuk anda jika anda peminat r&b, fuyooo.. banyak giler lagu r&b sebab saya peminat r&b jugak jika anda peminat hip hop, hehehe... mana saya boleh tinggal... jika anda peminat lagu be...

property investment convention 2011

6 dan 7 Ogos ini saya akan menghadiri Property Investment Convention 2011 di Gardens Hotel, Kuala Lumpur. Sebenarnya saya peminat Milan Doshi. buku2 beliau memang saya baca. Last sekali bertemu beliau adalah pada hujung tahun lepas dalam satu sesi minum petang istimewa bersama beliau, Dr Peter Yee, Gerard Kho dan beberapa lagi orang2 yang berpengalaman salam pelaburan hartanah. Itu sebab bila saya dapat tahu pasal konvensyen ni, saya terus tertarik untuk hadir. tengok heading dia.. ok gak Will the property bubble burst this year? Where is the property market heading to? Is the Property Market going up, down or sideways? Kena pulak ada promosi buy 1 get 1 free tiket. apa lagi... hehehehe... saya pakat dengan auction queen kita lah, ctfarazila. kalau ada yang berminat nak attend, pendaftaran masih dibuka. Boleh baca lebih lanjut berkaitan konvensyen tu di laman web mereka http://www.wealthmasteryacademy.com/picpromo/ atau di laman FB mereka http://www.facebook.com/pages/Property-Investme...

Innertalk workshop dan saya

Hadiah hari lahir tahun 2009, saya menerima satu hadiah yang sangat bermakna. Kawan saya menghadiah saya sekeping cd audio subliminal programme yang dipanggil InnerTalk. Ia merupakan satu rangkaian program subliminal yang dicipta dan dipatenkan oleh Dr Eldon Taylor dari Amerika. Dr Eldon telah mencipta satu rangkaian produk yang dapat mendidik dan mengubah minda separa sedar kita kepada sesuatu target yang tertentu melalui audio seperti muzik instrumental dan sound effect mcm bunyi ombak, burung dan bisikan suara. Setiap audio berbeza2 berdasarkan apakah yang hendak kita didik subconscious mind kita. contohnya bagi cd yang bertajuk Self Discipline and Determined banyak mengubah minda separa sedar pendengar cd tu supaya secara automatik menjadi seorang yang berdisiplin dan rajin berusaha di dalam pelajaran atau pekerjaan mereka. Ada satu lagi contoh, cd yang bertajuk Freedom From Stress mengajar minda separa sedar kita utk relaks dan tidak stress. Satu lagi contoh cd yang bagus adalah F...

Dr Lo' Lo': serikandi yang pergi

Isnin malam selasa saya tertidur awal. sangat awal. Pukul 1.00 pagi terbangun. Bila buka facebook, saya terkejut bila mendengar berita pemergian Allahyarhamah Dr Lo' Lo', MP Titiwangsa. Memang sejak minggu lepas saya dengar berita beliau sakit dan sedang menjalani rawatan akibat barah. tak sangka.. belum tamat satu penggal perkhidmatan arwah sebagai ahli parlimen, arwah telah pun meninggalkan seluruh ahli keluarganya, penduduk di bawah kawasan parlimen Titiwangsa dan kita semua. Selasa pagi2 tu saya berusaha meluangkan sedikit masa melawat pengkebumian jenazahnya. Subhanallah... jalan Datuk Keramat sampai jam. masa saya sampai, orang dah nak sembahyangkan jenazah dah. memang ramai yang datang dan menyembahyangkannya, baik lelaki dan perempuan. saya jangka mesti lebih seribu orang ni rupanya lebih kurang dua ribu orang.. masya allah.. ini lah tanda2 orang yang disayangi Allah.. memang saya tak pernah bersua muka dengan arwah apatah lagi berbual dengannya.. memang tidak kenal dia...

Fitnah: CTOS diperintah bayar RM200,000

Rakan group FB Propety & Co, encik Ishak berkongsi pautan berita ini. Dari Utusan Malaysia, 16 Julai 2011 berkenaan seorang eksekutif kanan Pertonas telah memenangi satu kes saman ke atas CTOS kerana mengemukakan maklumat yang tidak tepay kepada bank hingga menyebabkan beliau gagal mendapat pinjaman. Respon spontan saya ketika membaca artikel ini adalah, " Padan Muka CTOS. Pandai simpan data, pandai lah update ye.." boleh baca berita penuh di bawah ini KUALA LUMPUR 15 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan syarikat rujukan kredit, Credit Tip Off Sdn. Bhd. (CTOS) membayar ganti rugi RM200,000 kepada seorang bekas eksekutif kanan Petronas kerana memfitnahnya dengan menyalurkan maklumat kredit yang tidak tepat, kira-kira enam tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah Sheikh Hassan Badjenid turut memerintahkan jumlah ganti rugi itu dibayar dengan faedah lapan peratus mulai hari ini sehingga penyelesaian penuh kes tersebut. Dalam penghakiman bertulis be...

venue baru seminar property & co

nak maklumkan, seminar property & co ditangguhkan ke 30 dan 31 julay 2011 Venue bukan lagi International Youth Center tapi di First Business Inn, Kuala Lumpur. Boleh semak di sini untuk lokasi http://www.firstbusinessinn.com/location.php maaf kami terpaksa ubah tempat sebab di venue lama, bilik seminar dah penuh pada tarikh berkenaan. nampaknya kita akan bertemu betul2 sehari sebelum ramadhan.. semoga mendapat keberkatan... (lama betul tak update blog. sejak apa yg berlaku minggu lepas, saya rasa down melihat apa yg berlaku. so kena bertongkat kayu untuk bangkit semula update blog. nasib baik ada entri yg mudah tapi penting ini.. setakat memanaskan badan.. hehehehe) just nak kongsikan antara video yang buat saya sangat sedih sejak minggu lepas :( mengingatkan diri saya yang ini merupakan blog berkaitan pelaburan hartanah, maka saya tidak mahu menulis lebih2 di sini.. cukup lah saya kongsikan di dalam facebook saya.. hanya pesanan saya, lihatlah video ini dengan mata hati.. dengan p...

esok BERSIH 2.0?

hm.. besok adalah tarikh perhimpunan BERSIH 2.0 ada dengar khabar pengangkutan awam akan ditutup. LRT, monorel, komuter ada yg akan ditutup. malah perhentian, puduraya dan pekeliling pun mungkin ditutup dan operasinya dipindahkan ke hentian bas jalan duta atau terminal bs selatan. permit bas tambahan juga dah dibekukan. hm.. bunyi macam dah nak darurat. nampaknya keputusan kami menunda seminar property & co satu keputusan bijak memandangkan kesukaran pengangkutan ke tempat seminar nanti. memang ada 6 orang peserta tak mahu ia ditunda. selebihnya nak kami menundanya ke tarikh lain atau lebih elok kami menundanya. maaf kepada 6 orang ini. kami kena mendengar suara majoriti. pada masa kami set tarikh seminar ni, tarikh bersih belum diwar-warkan lagi kemudian bila dah dengar pasal tarikh bersih ni pulak, kami tak sangka keadaan akan jadi seteruk yang saya tulis di atas tu. hm.. masing2 dgn pendapat sendiri berkaitan bersih membersih ni. tapi jika anda tidak terlibat, seeloknya duduk d...

Property & Co sharing will be postponed

For the safety of all participants,FROM ZERO TO HERO.. HOW WE MAKE MONEY FROM PROPERTY INVESTMENT by Property & Co will be postponed to another date to be advised later. sorry for any inconvenience. For any enquiries, please contact sara at email ppchong09@gmail.com or call 0123775966.

Kak As tengok Apartment Damai

Saya di Ipoh, ada hal kerja di sini. Sementara menunggu tamat waktu rehat tengahari, saya update blog sekejap. Sambung kisah Kak AS. Kisah lama baca di sini http://www.propertywaltz.com/search/label/kak%20as%20beli%20rumah Sebenarnya kisah Kak As yang saya tulis di sini dah berlaku beberapa minggu dahulu. Terlambat bercerita sebab kekangan masa, Jadi, kalau kawan2 minta kami buat itu ini, memang tak boleh ubah la dah sebab benda ni dah berlaku. Ok, sambung... lepas tengok Mandarina Court, Kak As dan saya pergi ke Apartment Damai di Bandar Sunway. Bertentangan dengan Sunway Pyramid, tak jauh dari Mentari Court. Harga jual yg ditawarkan adalah rm75K tapi agent tu kata boleh kurangkan harga jadi 70K sewa kat situ dlm rm500. rental yield yg bagus. berdasarkan sewa 500 pada harga 75k, rental yield adalah 8%. Penyewa tu dah lama duduk situ. Masa kami jumpa, penyewa tu cakap macam2 tentang keburukan apartment tu. sampah banyak tak terjaga.. management problem.. lif selalu rosak.. sampai kami...

Larian dan mesej saya

Pagi ni saya baru menamatkan satu lagi larian. Kali ni 7 km sahaja.. ntv7 feel good run. bertempat di Damansara Utama, dekat dengan Sri Pentas. alhamdulillah.. larian berjaya ditamatkan dalam masa 56 minit 32 saat. yang menariknya larian kali ni kami diberikan bib kosong. takde nombor. yang ada hanya column untuk kami tulis apa2 sahaja mesej kami untuk disampaikan di dalam larian ini. Apa lagi, saya pun tulislah mesej saya yang memang saya sangat sokong selama ini. "SAVE THE TURTLES NOW" Hm... kalau ada yang pernah ingat, saya pernah menulis tentang kempen mengutip tandatangan untuk petition SAVE THE TURTLES NOW dulu petition ni dianjurkan oleh WWF. rupanya saya tidak berseorangan di dalam menyampaikan mesej cintakan haiwan terancam. seorang rakan baru yang saya kenali hari ini menyampaikan mesej yang sama tema. "STOP THE ILLEGAL PANGOLIN TRADE" Betul mesej yang dia sampaikan ni. Akhir-akhir ni banyak kes penyeludupan tenggiling berlaku. mereka tangkap tenggiling da...

Domain saya penuh

hehehe.. jangan keliru dengan tajuk di atas Bukan Domain propertywaltz.com ni yang penuh Sebaliknya rumah saya di Domain Neocyber yang dah penuh. Bulan 4 haritu tenant middle room saya keluar. Kalau ada yang masih ingat saya pernah bercerita tentang tenant saya yang cantik dari Phillipines :) Dia keluar sebab nak duduk satu rumah dengan boifren dia.. hehehe.. melepas lah hazree... wink wink Tapi sebenarnya masih belum cukup setahun sewaan Dia janji nak carikan pengganti Malangnya dah 2 pengganti dia carikan tapi tak jadi masuk Janji nak masuk hujung minggu sekali cancel. Sedangkan saya dah reject la saper yg call saya nak tengok rumah. Saya pun kononnya this time tak nak la strict sangat sebab kawan2 tenant saya kan.. so bila dah kata nak masuk tu, saya tunggu lah kena pulak deposit tenant tu masih ada pada saya lagi. 2 bulan deposit. Tapi 2 kali asyik cancel last minute. Bakal penyewa ke 3, masih di singapore. nak datang hujung Mei dan start menyewa 1 Jun. saya tanya dia, confirm ke n...