Langkau ke kandungan utama

Boikot projek baru?

Harga property baru melambung naik?
Skim rumah pertama menyokong dengan menaikkan had dari 220K ke rm400k?
Harga mahal pun, unit masih sold out?

terutama kepada flippers di luar sana, saya harap anda berhati-hati.. langit tidak selalu cerah.

Dr Peter Yee mengkategorikan property cycle melalui 4 musim: musim panas, musim luruh, musim sejuk dan musim bunga.
Beliau mengjangkakan kita berada di hujung musim panas atau di hujung property boom cycle.

hm.. saya suka membaca artikel ini.


Mari boikot projek baru yang dijual dengan harga hilang akal ini.

Marketing developer sentiasa tunjukkan kat kita yang unit mereka cepat je dah sold out.
Betul ke?
Kalau ye, kenapa The Star keluarkan statistik ini.

Average take-up rates of new property launches drop this year to 50% - 65% compared to 80% - 90% last year.
Source: the star 15 oct 2011

Ini menunjukkan jualan unit projek baru dilancarkan menurun tahun ini, bukan makin hangat.
Anda dikaburi taktik pemasaran developer nampaknya..
Kalau jualan hangat, masakan developer perlukan suntikan dari Bajet 2012 hinggakan had pembelian rumah di bawah Skim Rumah Pertama dinaikkan?

Mungkin boleh renung sebentar Household Debt rakyat Malaysia berbanding beberapa negara lain.

Mari boikot projek baru yang dijual dengan harga hilang akal ini.
Mari tingkatkan ilmu perancangan kewangan masing-masing.



Ulasan

narfey berkata…
Harga kereta di Malaysia dan Singapore antara paling mahal di dunia. That explain big part of the problem. Property price in Singapore mmg lagi mahal, tapi di offset dgn gaji yang lagi tinggi dan kadar pembelian kereta yang lagi rendah berbanding Malaysia.
Rohaniah Noor berkata…
hm.. betul tu.. harga kereta di malaysia mmg sangat mahal. kos hidup pulak spt barang makanan dan bahan mentah pun mahal. pakaian pun sale mcm tak sale je...
Haruki berkata…
20 years ago, as a teenager looking for part-time work, I found a sales job paying RM3 per hour. Now, my teenage nephew, found a sales job for the holidays paying RM3.50 per hour. Gaji naik 50 sen an hour, or 8hour X 50sen = RM4 a day, or RM4 X 30 days = RM120 a month. Net per month is RM840 vs RM720 for sales assistant job (20 years difference). Apartment PJ 20 years ago <RM100k, today same apt in PJ = RM300k.
Gaji naik 17%, kos apartment naik 200%. Something is wrong.

Catatan popular daripada blog ini

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Bakal graduan bertanya bila boleh buat pinjaman rumah?

Entah kenapa sekarang ni mood rasa nak jawab Q&A. Soalan diterima dari pembaca blog saya. Saya copy paste termasuk ejaan dan bahasa rojak. "Assalam kak rohaniah..sy student uitm..n dah final semester...insya Allah bln 7 ni selesai study sy...sy nk btanyakan 1 soalan...lps study ni mungkin sy akan bekerja...berapa lama tempoh bekerja yg bank akan tengok kita dah boleh buat loan rumah..segelintir kenalan sya kata ia mgambil masa hingga 2 tahun utk bank tgk komitmen kewangan golongan mcm sy ni. Baru lah bank pcaya yg kita dah kerja lama n stabil..ada ke cara utk sy dapat loan lbh cepat drpd mnggu smpi 2 tahun?...memndangkan harga rumah pun semakin mahal..minta pencerahan kak..sy bru nk belajar psl property... " Jawapan: Untuk memohon pinjaman perumahan, anda perlukan 3 bulan slip gaji dan 3 bulan penyata bank yang menunjukkan gaji masuk ke dalam bank. Amaun dalam slip gaji dan amaun yang bank in ke bank hendaklah sama. Ini bermakna, sekurang-kurangnya 3 bulan b...