Bila saya menulis tentang peraturan baru Bank Negara , ada yang bersemangat nak tunggu 1 Julai untuk refinance atau jual property mereka. Memang boleh... memang akan tiada penalti kerana menyelesaikan hutang lebih awal jika mengikut kenyataan akhbar ni, ia untuk semua jenis pinjaman pengguna pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kereta.. tapi jangan lupa bagi urusniaga hartanah, anda masih tertakluk kepada satu lagi perkara iaitu real property gain tax (RPGT) jika anda menjual property tu kepada pihak lain, anda akan dikenakan cukai ini berdasarkan bajet 2012, RPGT distruktur semula untuk hartanah yang diperoleh kurang dari 2 tahun, kadar RPGT adalah sebanyak 10% untuk hartanah yang diperoleh 2 - 5 tahun, kadar RPGT adalah 5% kalau dah lebih 5 tahun, tiada RPGT dikenakan pengiraan RPGT ini adalah berdasarkan keuntungan harga rumah tu. jika anda beli dulu 100K kemudian nak jual pada harga 150K, jadi kadar rpgt akan dikira dari keuntungan 50K yang anda dapat tu. Jadi, maksudnya...