Langkau ke kandungan utama

masih ramai orang yang baik.. terima kasih!

Untuk pengetahuan anda, AE yang hensem dan baik hati telah mengumumkan bahawa jualan ebook beliau dari 1-10 disember 2011 akan disalurkan ke sumbangan Lend a Helping Hand 2011

alhamdulillah, AE telah mengumumkan pagi tadi bahawa setakat ini beliau telah berjaya mengutip sebanyak RM 225 hasil jualan ebook ini
boleh baca di blog beliau

pembeli ebook tersebut adalah

  1. Muhammad Farid Bin Muhammad Kassim
  2. Nurul Aini
  3. Mohd Izhar Bin Ismail
  4. George Simbeh

Selain itu juga setakat ini sebanyak 7 orang peserta seminar ini telah tampil dan membuat bayaran yuran sumbangan.
mereka adalah


1. Ismawati Ismail
2. Azril Hisyam
3. Noraidah Ismail
4. Aslam
5. Nor Hisamuddin Ismail
6. Mohamad Izwan Ishak
7. Khairil Anuar Mustafa

malah ada 2, 3 orang daripada mereka ini yang belum pasti dapat datang
tapi tetap nak memberi sumbangan seolah-olah mereka hadir.




Apa boleh saya katakan...

terima kasih banyak2 pada AE dan pembeli ebooknya yang bersama-sama menyokong projek ini
terima kasih kepada 7 orang peserta seminar ini yang sungguh prihatin
Juga buat en esa yang turut sudi turun padang memberi talk pada 17 dis nanti
tak lupa pada matjoe dan sitiezahim yang menawarkan ruang pengiklanan percuma

Saya doakan semoga murah rezeki kalian semua
semoga hati kalian semua sentiasa dikurniakan kegembiraan
semoga kalian terpelihara dari hasad dengki dan fitnah manusia
Semoga kalian semua menjadi pelabur hartanah yang lebih berjaya lagi di masa depan
Terima kasih tak terhingga dari saya, fara dan nicole.

Semoga lebih ramai lagi peserta tampil untuk sama2 menyumbang dan menyertai sesi ini..

Ulasan

AJ berkata…
teringin nak hadir tapi time kerja laa pula...seminar abangensem sudah saya hadiri,seminar ini pun terasa teringin di hati...
Rohaniah Noor berkata…
sitie, amin....

eyriqazz, nak buat macamana kerja kan... takper, mungkin ada rezeki di lain masa :)

Catatan popular daripada blog ini

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...

Orang yang tidur sambil TV on. Ini sebenarnya berlaku dari segi psikologi manusia

Tidur kena senyap? Mana boleh... Nak senang tidur, kena pasang tv. ---- Aku la tu… jenis yang lagi senang tidur bila TV menyala. Kalau tak ada TV, bukak je iPad, pasang YouTube ke Netflix ke… janji ada bunyi. Hahaha.  Siapa geng? Rupanya ada sebab tau dari segi psikologi, kenapa agaknya perangai macam ni wujud? --- Lari kejap dari topik travel... tadi saya terbaca satu artikel psikologi, katanya orang yang suka tidur dengan TV on ni sebenarnya ada 8 ciri personaliti tertentu.  Bila aku baca… Iskkk… macam ada kena. Meh saya cerita semula 8 ciri psikologi untuk orang yang senang tidur atau memang selesa tidur sambil tv on ni. --- 1. Kita pandai “adjust suhu emosi” sendiri Ada orang bila stress, dia melenting. Tapi kita… pasang TV. Bukan sebab nak tengok pun, tapi bunyi TV tu macam aircond emosi. Bagi rasa selesa, tak terlalu sunyi, tak terlalu bising. Just nice. Balance. 2. Senyap tu sebenarnya bising gila Bila semua senyap, otak kita jadi makin bingit. Lagi tak sele...