Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

aikk, kena bayar jugak?

bajet 2012 dah kata, RPGT atau nama dalam bahasa melayunya CKHT dikenakan kepada pelupusan hartanah yang diperoleh kurang dari 5 tahun maknanya kalau kita jual rumah tu yg kita beli kurang dari 5 tahun lepas, kita kena bayar cukai RPGT / CKHT atas jumlah keuntungan yang kita terima kalau jual dalam masa kurang 2 tahun, kadar adalah 10% dari keuntungan kalau jual dalam masa 2 - 5 tahun, kadar adalah 5% dari keuntungan boleh baca artikel saya pasal pengumuman RPGT  ni dalam bajet 2012 di sini  dan di sini Bunyi macam penjual je kan yang kena bayar.. pembeli macam tak terlibat tapi tidak sebenarnya kedua-dua penjual dan pembeli tetap kena bayar juga sedikit sebab? peruntukan ini mewajibkan kedua-dua pihak penjual dan pembeli untuk isythiharkan penjualan dan pembelian hartanah mereka kena isi borang CKHT 2A peguam uruskan orang ni dan hantar ke LHDN kena RPGT atau tidak itu lain cerita isi borang ni je dah tetap kena bayar caj lawyer yang uruskannya dalam k...

Semesra mana Rumah Mesra Rakyat?

Heboh di sana sini orang memperkatakan tentang Rumah Mesra Rakyat Berdasarkan bajet 2012, Rumah Mesra Rakyat ni adalah satu inisiatif baru yang membolehkan rakyat Malaysia yang berpendapatan isirumah kurang dari RM1500 untuk memiliki rumah. Diperkenalkan pada tahun 2002, projek ini membantu golongan yang jenis pendapatan yang sukar mendapatkan pinjaman bank seperti petani dan nelayan. Projek ini diuruskan oleh SPNB. Ada 8 rekabentuk rumah semuanya yang boleh dipilih. Rumah 3 bilik, 2 bilik air berkeluasan 1000 sqft. rumah bertanah. hm.. besar dan selesa juga. teknologi pembuatannya dikatakan menggunakan teknologi IBS atau industrialised building system. saya tak tahu dari segi teknikalnya tapi teknologi ni memang boleh buat rumah dibina dengan cepat. bahasa orang biasa kita panggil, rumah pasang siap. pembeli tidak perlu membayar faedah semasa rumah sedang dibina. Harga ditawarkan adalah RM 65,00 sahaja yang mana pihak kerajaan akan memberi subsidi rm20,000 dari kos ...

symphony park site visit

yesterday i managed to visit the construction site of symphony park for those who do not have any idea about this project, better let it be for those who interested, these are pics taken yesterday construction site - can view cyberia smarthomes from here construction site show house abandoned drainage already done actually there are about 3 lorries and 1 tractor on the left side of the construction site but i dont dare to go deeper there i really hope this project will resume as it bring hopes to local students and local putrajaya workers who really need affordable place to stay to the developer, LUXSTAR, please do anything you can to make this project a success for more photos, click LIKE at my FB page and you can view it there.

sambung alkisah seorang kontraktor

sajer nak bagitau status terkini rumah yang saya kena sambung kerja membaiki sendiri aritu kerja mengecat dinding dah siap khamis malam jumaat tu juga pasang kipas dan lampu baru dah siap jumaat sabtu pula pasang rel langsir dan ganti tombol yang belum buat adalah order pintu baru dan cat semua pintu dan yg paling penting, sampah buangan pemasangan tiles masih ada di balkoni saya dah panggil satu syarikat yang uruskan pelupusan sampah sebegini hampeh,. rupanya rm160 je bayarannya dia letak dulu tong sampah besi tu, esok baru dia ambil konraktor hampeh tu kelentong saya sebelum ni, katanya tong sampah besi tu rm250 kalau dier datang dan nak blah time2 tu jugak maknanya tong sampai, angkut sampah dan terus dia bawak tapi kalau yang tinggal semalaman, harganya rm300 hampeh.. penipu betul. nasib baik projek dgn dia ni tergendala dan saya baru bayar setakat pasang jubin je sekarang ni saya dah 2 kali dpt panggilan telefon dari pekerja dia yang pasang jubin...

saya memang tak glemer tapi...

Saya nak bagitau saya dah ada public page FB sendiri ada kat tepi ni, yang boleh klik LIKE tu jemput la pembaca blog semua klik LIKE bukan apa.. saya menerima add friend dari org yg saya tak kenal setiap hari maksud saya tak kenal ni adalah mmg tak pernah bercakap, tak pernah jumpa, sama ada di dunia nyata atau dunia FB / emel jadi saya berhati-hati nak accept friend orang yang saya tak biasa sebab FB tu mmg FB peribadi saya saya kongsikan pendapat saya pasal politik saya kongsikan status saya tengah makan apa saya share gambar atau artikel orang lain oh, sangat tak berkaitan dengan property tau FB peribadi saya tu... lawak saya dengan adik beradik dan kawan2 peribadi saya sangat drama lagi poyo saya share lagu hindustan! sedangkan kawan2 semua add saya sebab nak tahu pasal property kan ha... jadi kalau betul ikhlas nak berhubung dengan saya melalui FB, apa kata klik LIKE kat page2 sebelah tu dan juga jom join group Property N Co kami di FB.. lagi syok seba...

lima ribu tahun atau lima saat?

Satu dua tiga dan empat Cuba berkali masih tak dapat Lupakan sakit segan dan penat Nanti di puncak pasti terubat  Empat tiga dua dan satu Puncaknya betul aku di situ Ada dah dekat, ramai yang berbatu Cuba lagi dik ku tunggu alhamdulillah... isnin 20 feb dan hari ni 22 feb merupakan hari yang sangat menggembirakan saya hari yang penuh tuah dua hari ini menunjukkan kepada saya kalau kita punya impian dan angan-angan, kita perlu sebut, bayangkan dengan kuat dan usahakannya tak berjaya, usaha lagi tak berjaya, usaha lagi tak berjaya, usaha lagi cepat atau lambat jika angan-angan dan impian itu kuat dan usaha kita tak putus, kita akan tetap dapat capainya alhamdulillah.... kejayaan yang saya capai dlm 2 hari ini adalah juga dengan bantuan rakan-rakan kalau saya seorang, mungkin lebih sukar atau masih belum dapat mencapainya lagi kejayaan 20hb 2006: dapat merasa mee udang terlazat seumur hidup. mee udang di sungai dua, pulau pinang en yob bawa sa...

kedai buruk tak mengapa..

bila bercakap mengenai pemilihan rumah untuk pelaburan, orang mengatakan kata kunci adalah LOKASI, LOKASI, LOKASI Ho Chin Soon kata LOCATION, TIMING, BRANDING saya katakan LOKASI, LOKASI, HARGA Tapi bagi hartanah komersial, penilaiannya berbeza dua kata kunci: VISIBILITY, ACCESSIBILITY Visibility ni adalah sejauh mana lot komersial tu trafik boleh nampak Accessibility pula adalah sesenang mana lot komersial tu boleh diakses oleh aliran trafik atau senang ke orang nak gi kedai / pejabat tu? kedai buruk takper.. yang penting dua kata kunci tadi contohnya kedai di atas ni berada di tengah-tengah simpang empat yang mempunyai aliran trafik yang tinggi di tengah bandar pulau pinang dan mudah pulak orang nak akses jadi, walaupun buruk, jangan sangka ia tak bernilai sewa kedai sahaja dah beribu kemudian tuan punya nya pulak tawarkan sewaan ruang papan billboard elektronik fuhh.. pendapatan berganda! nak tahu lebih terperinci tentang pelaburan hartanah komersial boleh hubu...
ring ring RN: hello JJ: Hello RN yang comel RN: yo yo.. apa cer? JJ: ko sihat..bizi tak? bla bla bla RN: bla bla bla JJ: sebenarnya aku ada nak tanya satu soalan ni.. aku berkenan dengan satu rumah ni kat kawasan ni la.. dekat dengan bandar. Teres dua tingkat. Orang tu nak jual 325K. aku dah tengok dah.. memang aku berkenan la.. RN: ok, so? JJ: nak tanya pendapat ko la.. ok tak? RN: dah check valuation? JJ: belum.. nak check macamana? RN: ko dapatkan alamat penuh siap dengan poskod, berapa keluasan tanah, berapa keluasan built-up rumah tu, berapa bilik, berapa bilik air, apa renovation yang ada mcm kitchen cabinet ke.. build in wardrobe ke.. then bawa maklumat tu ke bank, tanya banker kat situ berapa value dia boleh bagi. Jangan cakap dia nak jual 325K. ko cakap la dia nak jual 360K. tembak tinggi tengok bank boleh bagi tak harga tu. JJ: Kalau bank kata boleh 360K, macamana? RN: ko mark up la s&p nanti jd 360K. jadi pinjaman ko nanti dapat la 90% dari 360K tu

mau tipu cari orang lain laa

bro, orang lain lu boleh kencing wa lu jangan cuba lu nampak wa perempuan, tapi lu tak boleh kencing gua ini ayat dalam hati saya kawan2 pembaca blog wanita biasa tak kawan2 rasa kurang yakin nak pergi bengkel kereta takut mekanik tu kelentong? biasa tak rasa kekok dan tak tahu nak beli barang macamana masa ke kedai hardware bila cari part nak baiki paip? saya rasa majoriti wanita ada perasaan ini kita rasa kurang yakin kemudian kita rasa dan kita dapati peniaga / mekanik lelaki tu cuma ambil kesempatan jual harga lebih mahal jual barang yeng rendah kualiti atau baiki cincai buncai yup, saya ada rasa yang sama masa nak cari kontraktor pasang jubin saya tak ada pengalaman pasang jubin saya rancang nak beli barang sendiri cuma panggil orang pasang jubin pasang lampu dan kipas, saya dah ada technician yang biasa pakai cat nak buat sendiri je jadi saya nak cari kontraktor yang bagus dan harga berpatutan cuba tanya di FB, takde siapa bagi respon.. mungkin ramai...

orang malaysia balik jerman

kat klia ni... hari ni saya menghantar adik dan keluarganya pulang semula ke Germany mereka balik malaysia sebulan jadi hari ni pulang semula ke sana la... semoga selamat perjalanan ke sana lagi 2 tahun setengah jumpa lagi bila diorang balik malaysia terus hm... rasa nak gi kerja kat jerman boleh tak? gaji kat sana boleh tahan.. kos hidup pun murah... hm... sedang menikmati bekalan cekodok labu dan air barli sementara nak check in

Tunas Manja bukan supermarket semata-mata

3 minggu lepas saya ke kuantan berkunjung ke rumah adik dan berkelah di cherating sebelum pulang ke kajang, kami sempat ke Kuantan Parade ternampak beberapa booth jualan hartanah hm.. apa lagi, memang minat saya kan.. apa lagi, mengutip flyers lah. Jadi saya berniat nak kongsikan di sini flyersnya ok ke tak lokasi ni, saya pun tak pasti sebab saya memang tak mahir dengan kuantan ye, walaupun asal pahang, tapi pahang tu besar lagipun dulu masa kecik paling hebat gi temerloh je minum ABC dan nasi ayam di benteng dah habis syok lah tu habis moden dah tu.. tapi tak syok kalau kena keluar asrama pakai baju asrama aduhhh.. hilang glemer rasanya baju asrama tu dah la tak cukup cantik pada mata saya mudah kedut, leceh nak seterika kemudian orang2 kedai tu suka pandang serong kat kami dan perhati kami puncanya sebab dulu2 ada budak sekolah kami kena tangkap curi barang isk... ingat semua orang sama ke? ok berbalik pada hartanah di kuantan yang saya tak mahir sangat selok ...

6 perkara kanak-kanak 8 tahun ajar saya

 Baru pulang dari KLIA saya turut menghantar adik an-nur, bapanya, ibunya dan penterjemahnya berangkat ke Beijing, China Dari Beijing akan bergerak ke bandar Erkang untuk mendapatkan rawatan terbaik untuk adik an-nur pangalaman ini paling berharga bagi saya di tahun 2012 akhirnya saya dapat menatap sendiri wajah adik an-nur dan mencium pipinya hm.. entah kenapa hati saya sangat terkesan dengan perjuangan puan raja rohaisham dan en mohd affandi ini kata ibunya tadi,"memang an-nur takkan pulih seperti insan normal, cuma kita mahu usahakan kehidupan yang lebih selesa buatnya" Apa yang saya belajar tentang kisah mereka? 1) Jangan takut untuk berimpian.  Pasangan ini berimpian besar.. mahu anak-anak mereka menjalani rawatan di China, kemudian menjalani terapi di UK dan beberapa negara lain yang difikirkan perlu untuk memberi kehidupan yang lebih baik pada arwah annisa dan an-nur. Memang tiada jaminan 100% impian kita akan tercapai tapi dengan impian itula...

semoga selamat pergi dan selamat di sana

Pernah saya kongsikan tentang adik an-nur dan arwah adik annisa yang sedang mengumpul dana untuk rawatan di China boleh baca di sini  http://www.propertywaltz.com/2011/12/perkongsian-lewat-2011.html alhamdulillah...  syukur dan jutaan terima kasih kepada Tuhan yang Maha Berkuasa... hasil kutipan dari sumbangan orang ramai, jualan amal, konsert amal, akhirnya adik an-nur akan terbang terbang ke China bersama dua ibu bapanya yang tercinta Adik an-nur akan terbang pada awal pagi 14 februari 2012. tinggal lusa je tinggal Maklumat penerbangan ialah penerbangan MAS jam 12.50am 14hb Februari. Masa untuk check in jam 9.30 malam 13 Februari. Insya Allah esok pagi MHI akan menyiarkan rakaman temubual yang diadakan di rumah mereka semoga selamat pergi semoga segala urusan dipermudahkan semoga rezeki kalian dimurahkan di sana semoga adik an-nur akan pulang ke Malaysia dengan berjalan seperti kanak2 biasa terima kasih kepada rakan2 pembaca blog yang turut menyumbang wal...

jangan guna aircond ni

saya belajar dari kesilapan memang banyak cuba dan silap (trial and error) yang berlaku dalam hidup saya masa kecik dulu selalu cuba dan silap buat biskut raya yang paling tak lupa, tersilap masa mula2 buat biskut batik jawa ada ke saya, kakak dan adik boleh blur macamana nak buat lepas kami campurkan bahan dlm kuali resepi tu tak bgtau yang kami kena masukkan dalam bekas dan tekan mcm nasi himpit (kami panggil nasi kapit) blur punya pasal, kami pergi tumbuk dlm lesung batu bahan2 yang dah digaul tu dan cetak guna pencetak kuih dah biskut batik jawa jadi mcm cookies biasa.. adehhh ok, saya dah melencong apa yang saya nak kongsi hari ni adalah cuba dan silap saya dalam memilih jenama dan model air-cond biasalah kita kan nak jimatkan kos kita akan pilih alat elektrik yang ok tapi dengan kos yang paling murah masa nak pasang aircond untuk rumah sewa saya, saya bertanya kepada kontraktor air-cond nak yang murah tapi ok mereka cadangkan beberapa jenama iaitu haier atau da...

perhatian: rumah ini ditutup sementara untuk kerja menaiktaraf

Saya biasa mengecat tapi tak pernah dan tak tahu selok belok memasang jubin jadi, nampaknya saya dlm proses pembelajaran baru ni rumah ni penyewanya baru keluar masa saya beli dulu penyewa tu memang dah 2 tahun duduk di situ kemudian selepas saya beli, 3 tahun pula dia tinggal jadi semuanya 5 tahun selama dia duduk, dia suka membaiki sendiri kalau ada rosak dia juga jarang komplen tapi bila keluar dan saya tengok keadaan rumah.. alamak... bukan nak salahkan dia, cuma ye lah.. faktor tear and wear pun betul juga lagipun saya beli subsale, jadi memang keadaan dia tak secantik rumah baru la.. rumah berlantai parkir ini perlu diganti dengan jubin dan disiapkan secepat mungkin oleh kerana lokasi sangat panas, penyewa dah ada walaupun kerja-kerja ubahsuai dan pembaikan belum siap mereka dah bayar duit booking dah kontraktor bawa ke jalan ipoh untuk beli jubin pilih jubin murah je.. dan bukan jenis yang permukaannya licin berkilat sebab pengalaman sendiri dulu, jubin...

suami isteri gaduh, penyewa bagaimana?

perkahwinan pasti membahagiakan? oh oh.. ia biasa di dengar di dalam cerita cinderella.. snow white..  rapunzel... penghujung cerita pasti ada ayat "and they live hapily ever after.... " tapi adakah ia hakikat yang sebenar? adakah ia terpakai untuk semua perkahwinan? wohooo... soalan panas tu... pasti ramai dah jawab dlm hati, "tak semua perkahwinan macam tu... ada yang bahagia, ada yang tidak.." saya bukan pakar masalah rumahtangga.. jelas tidak! tapi saya nak kongsikan kesan rumahtangga yang bermasalah pada bidang pelaburan hartanah kita. cerita yang dikongsi di sini adalah berasaskan kisah benar kisah 1 En F dan Puan A adalah suami isteri. Puan A mengeluarkan wang deposit untuk membeli sebuah rumah yang mereka harapkan menjadi rumahku syurgaku mereka. En F pula akan membayar bayaran bulanan. Tetapi mereka kemudiannya tidak tinggal sama sebab En F dapat kerja di negeri lain. Puan A pula dapat kemudahan rumah pekerja. Rumah idaman tadi di...

pelabur hartanah dan 4 sifat-sifat nabi

semalam merupakan ulang tahun kelahiran nabi Muhammad S.A.W alhamdulillah... setiap tahun Malaysia menyambut kelahiran beliau walaupun sambutan ini dikatakan sebagai bid'ah, namun elok kita melihatnya dari sudut positif. jika ia tidak dijadikan cuti umum dan disambut di peringkat nasional, saya pasti ramai yang akan melupakan hari lahir baginda ini sempena maulidur rasul ini, mari kita hayati dan contohi sifat-sifat rasulullah s.a.w apa kata kita cuba lihat ia dari sudut kita sebagai pelabur / bakal pelabur hartanah 4 sifat mulia baginda adalah 1) siddiq atau benar Rasulullah s.a.w seorang yang bersifat benar. kata-katanya, perbuatannya, tindakannya dan seluruh dirinya adalah berasaskan kebenaran. tidak sekali2 ada unsur-unsur pembohongan. melihat kepada kita sebagai pelabur hartanah, kita juga perlu berkata yang benar apabila menyewakan rumah kita atau menjualnya kepada pembeli baru. Jangan pula cat setahun lepas kita katakan cat baru. Jangan pula dah janji nak jual...

doktor + tuan rumah = makcik kayooo

Saya ada seorang kawan kawan sekampung yang memang kamceng masa sekolah rendah Kami satu geng satu kelas sama-sama pengawas sama-sama duduk kat Blok B sama-sama pernah main longkang sama-sama pernah mengharungi lecah jalan tak bertar ke sekolah biar saya panggil dia Jee. kami memang geng tapi bila masuk sekolah menengah, kami bawa haluan berbeza namun hubungan baik tetap dijaga Sekarang Jee seorang doktor cita-cita dia dari sekolah rendah Memang hebat dia ni Tapi yang paling hebat adalah baru-baru ni dia dah berjaya jadi tuan rumah wah.... dia memang dah lama membeli rumah tapi untuk duduk je.. bukan untuk pelaburan namun sejak pertengahan tahun 2008 lagi dia dah mula hubungi saya melalui telefon bertanyakan panduan membeli rumah untuk pelaburan dan kalau-kalau saya ada tahu rumah yang bagus untuk dijual ada la dia tengok rumah rakan pejabat saya nak dijual di mentari court tapi kemudian tak jadi beli kemudian dia ada juga survey rumah di shah alam.. t...