Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

saya tujukan kursus ini kepada...

esok ahad 1 april 2012 jam 9.00 pagi Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari akan berlangsung.. insya Allah.. kenapa kami adakan kursus ini? sebenarnya ada kisah di sebaliknya tahun lepas kan kami ada anjurkan seminar From Zero to Hero dalam masa 2 hari kami kongsikan strategi mencari permata melalui subsale, unit pemaju dan rumah lelong tapi penekanan lebih kepada subsale dan lelong dan kami kongsikan mengenai pinjaman, prosedur menyewa, pengurusan penyewa dan prosedur menjual segalanya dalam 2 hari tapi saya ada menerima satu permintaan dari seorang rakan blogger katanya, beliau sahgat berminat nak belajar mengenai pelaburan hartanah lelong tapi beliau memang tak dapat nak pergi kalau seminar 2 hari macamni sebab hujung minggu nak luangkan masa dengan anak-anak dan keluarga Jadi beliau buat permintaan agar kami adakan seminar lelong satu hari sahaja supaya beliau boleh pergi saya telah berjanji padanya saya akan bincangkan hal ini dengan rakan property n co yang lain ...

jam bumi

malam ni jam 8.30 - 9.30 satu dunia akan menyambut Earth Hour kita akan menutup lampu dan memadamkan semua switch lampu ini sebagai tanda menyokong pelestarian bumi dan menyokong ke arah mengurangkan pemanasan global. apa yang boleh anda lakukan adalah beli lilin, kita pasang lilin je kemudian kita borak2 dengan kawan atau ahli kelaurga dengan bercahayakan lilin romantik gitu! boleh pledge sokongan anda di laman web ini  http://livegreen.wwf.org.my/ Tahun lepas sambut Earth Hour dengan mak dan 2 orang anak saudara kami makan malam bercahayakan lilin :)

she got the key!

yesterday my old friend, KS get vacant possession for her very first property. congrats! all i can see from her yesterday is smile, smile and excited. she is my universitymate and was the best residential college manager we have previously she worked in penang but now she already here in cyberjaya last time she also joined us attending Lend A Helping Hand 2011, the charity property talk. she is indeed a very good and supportive friend of me signing security card form  After talking to me about her plan to buy a house, she bought domain 2 in 2010 one and half years waiting for the development progress and now, taraaa!!!! the key handover is happening now the park lift to the park i can say, emkay builds domain 2 very fast if i am not mistaken, the construction works start towards the end of 2010 means, only one and half years to complete, instead of 3 years expected under Housing Development Act the original plan is to hand over the ...

countdown.. esok, lusa, tulat

Hari ni khamis esok jumaat lepas tu sabtu lepas tu ahad. Taraaaa!!! Kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari akan berlangsung pada hari ahad itulah ini bermakna lagi 3 hari untuk kursus ini berjalan. kami memang tak pandai promosi gempak-gempak tak pandai nak cakap riak-riak tak pandai nak tunjuk nilai rumah kami style berlagak tapi setiap kali kami buat event, kami akan usahakan supaya ia satu event yang menarik kami akan pastikan ia penuh interaktif kami akan pastikan suasana belajar menggembirakan dan santai Agen lelong dan pakar pelaburan lelong, Siti Farazila sudah bersedia Puan Nurul, peguam kami juga telah bersedia tahniah kepada semua peserta yang akan hadir. saya maklumkan semula kita akan bermula pada jam 9.00 pagi ahad ini International Youth Center berada bertentangan dengan HUKM jadi harap anda tak sesat dan akan tiba tepat pada masa dalam hari ini saya akan emel kepada anda semua peta dan apa yang perlu anda bawa ke sesi ini nanti ya! ant...

jom pergi seminar Robert Kiyosaki

Robert Kiyokasi yang kita kagumi melalui buku-bukuny dan penulisannya akan datang ke Malaysia Beliau akan muncul di dalam National Achievers 2012 Congress yang akan berlangsung pada 29 - 31 may ini Saya, Haruki dan Sara bersemangat untuk hadir. Harga untuk seminar yang hebat ini adalah RM 297 seorang hingga hujung bulan April ini tapi sebenarnya sebelum ini mereka pernah tawarkan harga istimewa RM 197 melalui Groupon tapi mereka tak maklumkan pada Haruki yang merupakah bekas peserta seminar penganjur yang sama Jadi Haruki berbincang semula dengan penganjur, kenapa harga istimewa begini tidak dimaklumkan kepada pelanggan sedia ada dahulu Akhirnya penganjur bersetuju untuk menawarkan harga RM 197 ini JIKA beliau mendaftar diri di dalam kumpulan 10 orang sebelum hujung bulan mac ini Jadi, saya, HAruki dan Sara dah ada 3 orang kami mencari lagi sekurang-kurangnya 7 orang peserta lagi untuk kumpulan ini Kawan- kawan, mendengar secara terus dari Robert Kiyosaki dengan harg...

janji untuk dimungkiri?

Kita suka berjanji secara mulut je kan kita anggap itu memadai.. tak perlu lah beriya-iya sangat nak letakkan di atas kertas masing-masing berharap atas dasar percaya pada janji mulut ye lah, orang melayu kita dulu-dulu kata, "lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya" tapi tu kes janji hal kecil-kecil.. hal remeh temeh macamana kalau berjanji untuk membeli atau menjual rumah? boleh ke janji pakai muut je? boleh ke terma-terma tambahan pun pakai mulut je? bagaimana kalau tiba-tia satu pihak memungkiri janji, boleh ke kita ambil tindakan undang-undang atau setidaknya menekannya untuk mengotakan janjinya? apabila dua pihak berjanji, telah termaterilah satu kontrak di antara dua pihak tersebut walaupun janji mulut, kontrak secara verbal tetap sah namun untuk faedah bersama, hendaklah apa jua yang dipersetujui itu ditulis dalam bentuk hitam putih sebab kalau hanya kontrak lisan, jika ada pertikaian, kan lebih susah nak buktikan? bila bertulis ni ...

beli-belah buku

sabtu lepas saya pergi membeli belah buku sebenarnya saya menerima voucher buku untuk pelajar hujung semester lepas saya belum pernah guna pun voucher tu hajatnya nak tunggu masuk semester baru sebab boleh lah saya gunakan untuk beli buku teks utk pelajaran saya sebenarnya tarikh akhir voucher ini adalah pada 31 mac 2012 masih ada sedikit masa-masa kecederaan tapi itulah yang kelakarnya voucher buku ni sepatutnya digunakan oleh pelajar di dalam membeli buku-buku pelajaran barulah betul meringankan beban pelajar malangnya ia diedarkan semasa minggu peperiksaan dan akan tamat tempoh sah dua atau tiga minggu selepas masuk semester, bergantung pada jadual semester universiti ini bermakna, pelajar menerima voucher buku semasa mereka hampir nak bercuti semester pada waktu begini, buku bukanlah perkara penting yang ingin dibeli oleh kebanyakan pelajar, khususnya pelajar undergraduate yang belum berfikiran panjang itu sebabnya, mereka cuba menjual voucher itu untuk mendapat...

Permata Hartanah: mau 263 tips hangat?

Jika anda serius ingin membina pendapatan pasif dan menjana kekayaan melalui pelaburan hartanah, siri buku tulisan Renesial Leong wajib anda miliki dan baca Siapakah Renesial Leong? Beliau merupakan seorang pelabur hartanah wanita, rakyat Malaysia yang sangat terkemuka bukan sahaja di Malaysia tetapi di beberapa negara lain di Asia Kalau Azizi Ali lebih fokus kepada hartanah kediaman, Milan Doshi kepada retail lot Renesial Leong sebenarnya lebih terkenal dengan hartanah komersial Buku pertama di dalam siri ini adalah Permata Hartanah ada dalam versi BM, English dan Mandarin. Istimewanya buku ni sebab penuh dan melimpah-limpah dengan tips. ada 263 tips dikongsikan bermula dari mengapa beliau memilih pelaburan hartanah kepada pencarian lombong dan permata hinggalah ke tips menyerlahkan permata anda kepada bakal penyewa dan panduan menginsuranskannya beliau juga ada memberikan tips dari perspektif feng shui yelah. mungkin anda tidak mempercayai feng shui tapi mungkin...

saya masuk sekolah semula

saya akan masuk sekolah semula semalam dah dapat keputusan rayuan pertukaran pengajian yang ditawarkan alhamdulillah dah pun ditukarkan ke diploma lepasan ijazah syariah dan amalan jadi, mulai minggu ni setiap sabtu saya akan berulang-alik ke shah alam kelas dari awal pagi hingga lewat petang hm.. bagaimana dengan seminar2 yang saya dah daftar yang diadakan pada hari sabtu ye? dah lama tak pergi sekolah, belajar kan.. mana pergi beg sekolah saya? kasut sekolah dah buruk, macamana? kalau satu hari nanti dapat uruskan kes seperti ni, memang makcik kayoooo KUALA LUMPUR 19 Julai – Bekas isteri Datuk Khalid Mohamed Jiwa atau Datuk K akan memfailkan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Jumaat ini. Peguam syarie yang mewakili Tengku Zawiyah Tengku Izham, Zulkifli Che Yong berkata, pihaknya sedang mengemas kini perkara-perkara yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Antara perkara dipersetujui ialah tiga buah rumah kediaman termasuk s...

peluang peluang peluang

hari ini Majalah Niaga  telah menerbitkan edisinya yang ke 20 Edisi ni sangat menarik kerana menampilkan temuramah dengan Pengarah Urusan Les Copaque iaitu syarikat yang menerbitkan Upin dan Ipin Beliau adalah Tuan Haji Burhanuddin. Ketahui perjalanan beliau dari seorang pegawai Petronas ke pengarah urusan syarikat penyenggaraan pelantar minyak dan akhirnya membuka syarikat animasi yanag begitu ternama di Malaysia dan di luar negara. Selain itu ada banyak lagi artikel menarik antaranya Ibu Mertuaku Remake, 5 perkara wajib untuk anda menjadi lebih kaya, 6 kebaikan kerja keras dan bisnes part-time dan  banyak lagi yang paling best adalah di muka surat 29 .. hehehehe artikel saya bertajuk Pelaburan Hartanah 2012: Mendung atau Sinar pun ada.. Kawan-kawan kena muat turun edisi ini cepat sebab team majalah niaga sedang mengkaji kemungkinan untuk tutup muat turun percuma ini atau untuk mengenakan bayaran jika kuota muat turun percuma telah mencecah 3,000. Jadi baik cepa...

do you master your property financing?

tajuk di atas sengaja ditulis dalam bahasa inggeris sebab nak memberi definisi kepada tajuk seminar yang baru saya, blogger haruki dan sara hadiri jumaat dan sabtu (semalam) Nama seminar ini adalah Financial Mastery dianjurkan oleh FREEMEN Bertempat di Melia Hotel, Kuala Lumpur dari jam 9.00 pagi - 6.00 petang. Penceramah adalah Michael Tan, Sandeep, Mr Kah Leong dari standard Chartered dan Mr Justin, seorang jurunilai hartanah. Sandeep dan Michael Kah Leong dari Standard Chartered Seminar dua hari ini boleh saya katakan antara seminar pelaburan hartanah terbaik yang pernah saya hadiri Ia memfokuskan kepada 4 perkara yang ada simbol RM ini iaitu - target pelaburan hartanah yang diterjemahkan dalam RM - kelayakan pinjaman anda - pembiayaan pelaburan hartanah anda - penilaian hartanah anda. Paling menarik adalah tips bagaimana bermain dengan 4 perkara ini agar pelabur dapat menjana kekayaan melalui pelaburan hartanah. Seminar ini tidak sesuai untuk mereka y...

Domain 5 Neocyber

EMKAY just launched their last block of Domain Apartment series in Neocyber, Cyberjaya It is called as Domain 5 As the others, Domain 5 is a freehold apartment. There are 3 types of layout. Type 1 >> 419 sqft 2 bedrooms 1 bathroom Price starts from RM 220k Fully furnish Type 2 >> 579 sqft 3 bedrooms 1 bathroom Price starts from 290K Fully furnish Type 3 >> 831 sqft 3 bedrooms, 2 bathrooms Empty unit if interested to book, you just need to pay rm 3k There are discount of 10% given, meaning that you dont need to pay 10% as the deposit. Special for bumis, they can get another 7% discount Thus, during the vacant posession, the bumi buyers can get a check for the 7% discount paid by the loan For this project, the panel financier are UOB, maybank and MBSB MBSB come into the picture specially for those who already bought 2 houses before and still under mortgage. This is because MBSB willing to give 90% loan but with rate of BLR- 1 UOB ...

nak ebook pelaburan hartanah pertama saya?

Ramai yang tertanya-tanya, betul ke saya dah ada ebook pertama? macamana nak dapatkannya? Ya kawan-kawan. benar saya ada keluarkan satu ebook pertama dalam sejarah saya. ebook ringkas yang bertajuk WANG BESAR dalam Pelaburan Hartanah. ya, ebook ni memang ringkas. Di dalamnya saya kongsikan 6 strategi untuk jana wang besar melalui pelaburan hartanah. percubaan pertama menulis ebook, memang banyak kelemahan. Alhamdulillah ada encik Shaiful dan en Yusof yang tolong tegur mana2 ejaan yang salah. Maka saya cepat-cepat buat perubahan dan upload semula. Terbaru, ctfarazila kata saiz font saya telalu kecil. Kesian kalau orang yang sedikit rabun nak membacanya. Pun saya dah besarkan sedikit saiz font tu dan upload semula. Terima kasih kawan-kawan yang bantu proof reading dan bagi komen-komen membina ni. ebook ni saya edarkan percuma kepada rakan-rakan semua Cara nak dapatkannya mudah sahaja. Isi borang langganan yang ada di sebelah kanan blog ni. Nanti anda akan terima ...

FOKUS: itu kata kuncinya

apa yang kita lakukan adalah pilihan kita berjaya atau tidak kita adalah pilihan kita gembira atau tidak yang kita rasa juga adalah pilihan kita memang lumrah hidup kita ada waktu naik, ada waktu turun ada waktu suka, ada waktu duka ada waktu kita berlari, ada waktu kita duduk tapi selama mana kita berlari, selama mana kita terduduk itu pilihan kita selama mana kita rasa gembira, selama mana kita rasa sedih dan putus harapan pun adalah pilihan kita Allah dah tulis di dalam al-Quran, Dia tidak akan ubah nasib sesebuah kaum jika kaum itu tidak mengubahnya sendiri Kita percaya pada ketentuan, tapi kita juga percaya dengan usaha dan doa, Allah akan makbulkan doa kita ini bermakna, kejayaan dan kegembiraan adalah piihan kita Apa jadi kalau kita gagal? Bangun balik, usaha lebih kuat Gagal bagi saya bermakna kejayaan yang dilengahkan Apa jadi jika berlaku sesuatu yang menyedihkan Alihkan fokus, tumpu kepada perkara yang menggembirakan atau mengujakan Bergantung pada tahap...

bagaimana beli rumah no money down?

Rakan saya Siti Z memohon untuk saya kongsikan panduan ringkas Bagaimana untuk Membeli Hartanah secara No Money Down. Sebenarnya untuk menulis dan menerangkan dengan terperinci bagaimana caranya, ia memerlukan satu buku setebal paling kurang 50 muka surat. Namun saya telah berjanji kepada Siti Z untuk meringkaskannya supaya dijadikan panduan asas. Bagaimana nak membeli hartanah dengan No Money Down? Apa itu No Money Down sebenarnya? saya tidak tahu definisi buku atau definisi pakar lain tetapi bagi saya membeli hartanah secara No Money Down adalah apabila anda tidak dapat membeli hartanah tanpa modal iaitu wang desposit. Bukan sahaja tanpa modal, silap-silap anda boleh mendapat wang tunai pulak dari pembelian tersebut. Betul ke tak ada modal? Boleh beli dengan tanpa duit langsung ke? jawapan saya, bolehh. Dah terbukti ramai yang berjaya beli tanpa keluar duit pun. Tapi ada juga yang keluarkan sementara je modal tu, kemudian dapat balik. contoh, keluarkan sementara 10K u...

siapa nak untung rm178?

saper nak untung duit? angkat tangannn saper nak untung duit rm178? angkat tangannn saper nak pergi kursus satu hari, ilmu boleh guna untuk untung puluh-puluh atau ratus-ratus ribu tapi cuma bayar rm50? angkat tangannnn kalau nak, hari ni hari terakhir untuk contest biasiswa kursus bayaran Kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa Satu Hari pada promosi early bird sebelumn 18 mac adalah rm228 tapi kalau masuk contest ni dan menang, cuma perlu bayar rm50 je modul yang sama penceramah yang hebat yang sama kit hartanah yang sama makan tengahari pun sama tapi peserta lain bayar RM 228, anda bayar RM 50 je tak mauu?? hari ini last saya lanjutkan hingga jam 12.00 tgh malam ini 3 langkah mudah 1) Klik like pada status ini  2) klik butang Share kat bawah status tu 3) Dekat status share anda tu, tuliskan ayat "saya nak menang biasiswa Kursus Taiko Hartanah Dalam Masa 1 Hari. Saya nak sangat pergi kursus ni sebab....... " screenshot cara menyertai contest ...

MRTA berganda-ganda

MRTA ni insurans biasanya kita akan ambil mrta untuk melindungi pinjaman kita mana tahu jika kita meninggal dunia atau ditimpa ketidakupayaan kekal, waris tak perlu lah menanggung bebanan hutang tersebut syarikat insurans akan bayar. MRTA tu ni pula ada yang bank wajibkan, ada yang tidak ada yang tak wajib tapi bank nak kita ambil MRTA tu untuk mencantikkan kadar pinjaman maksud saya begini oleh kerana bank akan dapat komisen kalau kita ambil MRTA melalui mereka, mereka boleh lah tawarkan pinjaman dengan kadar lebih menarik pula situasi menang-menang contoh dialog pegawai bank, kalau awak ambil MRTA sekali dalam pinjaman, kami boleh bagi kadar BLR - 2.0 tapi kalau awak tak ambil MRTA, kami hanya boleh bagi kadar BLR - 1.8 Boleh ke tak nak ambil MRTA? Saya pernah jawab soalan tu di sini Kadar MRTA berubah-rubah mengikut umur. Makin berusia seseorang peminjam itu, risikonya semakin meningkat maka kadar MRTA yang perlu dia bayar pun semakin tinggi Kalau dalam...

Taiko Rumah Lelong dalam masa 1 Hari sahaja

kawan-kawan Ramai menjangka harga rumah akan terus naik tahun ni ramai juga yang menjangka harga rumah akan turun Harga naik atau turun, sedar tak yang urusniaga hartanah tetap akan berlaku? Harga naik, ramai tuan rumah jual hartanah Pembeli beli sebab nak duduk sendiri atau sebab nak ikut sama merasa kenaikan harga Harga turun sebab ekonimi merudum dengan teruk ramai tuan rumah jual hartanah sebab tak mampu bayar ansuran bulanan banyak rumah kena lelong sebab tuan rumah tak dapat bayar ansuran bulanan tu langsung tapi tetap akan ada pembeli yang beli rumah lelong atau subsale ni Jadi yang penting bukan bagaimana mencari 'hartanah sure kaya' tapi yang penting kena tahu ilmu bagaimana untuk kaya melalui hartanah Ramai pembaca blog saya tanya, bila saya dan kawan-kawan nak anjurkan seminar lagi? ya, tahun lepas memang menarik 3 program seminar telah pun kami anjurkan peserta-peserta memang sporting dan best ada yang berani tampil ...