Minggu lepas saya ke tapak pembinaan dan pejabat jualan Ivory Residence. Ia satu projek kondominium pertama di Saujana Prima, Kajang. Merupakan satu lagi projek pembangunan oleh TLS dan reka bentuk kondonya memang menyerupai projek Pearl Avenue di Taman Sepakat Indah, Kajang. Model Ivory Residence TLS sememangnya pemaju yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Kajang. Projek terdahulu mereka seperti Sri Ria, Sri Lavender, Sri Ixora di Taman Sepakat Indah 2 memang mencatat kenaikan harga yang baik dan kadar sewaan yang bagus semenjak pelajar-pelajar arab di UKM, UNITEN dan sekitar memilih kawasan itu untuk tinggal. Terkini, Pearl Avenue di Taman Sepakat Indah sedang rancak dibina dan tak lama lagi akan siap. Projek ini dibina di atas tanah freehold. Ada 3 blok semuanya. Keluasan setiap unit sama sahaja iaitu 1288 sqft. Harga jualan bermula dari RM 353,520 Ini bermakna harga bagi setiap kaki persegi adalah bermula dari RM 275 per sqft sahaja. Harga ni dikira harga yang...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.