Langkau ke kandungan utama

Domain 3: pelabur hartanah berjemaah

Alhamdulillah...

setelah menunggu selama 2 tahun 3 bulan, akhirnya penyerahan kunci Domain 3 berjalan dengan lancar semalam.

Unit studio 550 sqft ini saya beli dengan deposit hanya RM 4,000.
Harganya RM 201,000 berada di tingkat 16.

Domain 3


Semalam saya mengambil kunci dari Kenny, salesperson EMKAY yang baik dan sporting.
Kawan saya, Huda menemani saya.

Huda pun ada beli satu unit di sini.
Asalnya beliau memang tak ada rumah lagi dan tak ada pun pergi belajar pelaburan hartanah ni.
Tapi sebab dia kawan saya dan geng study saya, maka terpaksalah mendengar saya dok membebel ajak beli rumah.

Kebetulan Domain 3 masa tu baru dilancarkan dan wang pendahuluannya rendah.
Apa lagi.. saya pun ajak lah dia dan beberapa rakan membeli.


tangan Huda. boleh jadi model jam tak?

Ada 2 rakan tak jadi beli disebabkan faktor luaran.
Tapi Huda tetap beli satu unit.
Seorang kawan baik dan jiran saya, Kak Jue pun beli satu unit juga.

Tapi Huda dan kak jue akan ambil kunci minggu depan, selepas hari raya aidiladha.
Nanti saya teman mereka pula :)

Pembeli paling blur adalah kakak saya. ehehehe
Dia pesan pada saya, tolong carikan property yang bagus untuk dia buat pelaburan.
Maka saya lah yang uruskan A - Z pembelian Domain 3 ni untuk dia.
Dia stand by duit RM 4K sahaja.
Nanti cari penyewa dan uruskan penyewa pun atas saya juga
:o

Katanya, kalau saya tak bawak dia tengok rumah tu, pasti dia akan kata pada anak-anaknya,

"Rasanya mak ada satu rumah kat cyberjaya... tapi entah kat mana entah rumah tu...."

Teringat dulu semasa Domain dijual, adik saya dan beberapa rakan pun turut membeli.
Alhamdulillah.. mereka gembira membuat pelaburan ini.
Dan kini masa untuk sentimental value yang sama bagi Domain 3 pula.

Ya, itu sebabnya bagi saya, unit Domain dan Domain 3 ini sangat istimewa kerana perasaan seronok membeli beramai-ramai dengan keluarga dan kawan kan..

kunci

Ok, semalam semasa mengambil kunci di pejabat pemaju, mereka siap minta pembeli bergambar di satu backdrop yang telah mereka sediakan.
Kemudian terus mereka cetak gambar itu dan masukkan ke dalam frame, kemudian serahkan kepada pembeli
Bagi saya, ia sangat sweet dan menyentuh hati.

Bayangkan jika pembeli rumah pertama diberi sekeping gambar berframe yang ditangkap pada hari penyerahan kuncinya.


Kenny membawa saya dan Huda masuk ke dalam apartment ni.
Ada dalam 5 ke 6 orang pelajar arab Lim Kok Wing dah tunggu di pintu pagar.
Mereka minta nak sewakan kepada mereka.

Saya tanya, when you want to move in?
Katanya, "Can we move in today?"

Hah!! terkejut kami.. Maaf lah.. kunci pun baru je dapat.. sekurang-kurangnya lagi 2 minggu sebab biasanya gril ambil masa 2 minggu untuk siap.
Itu yang saya terangkan kepada mereka.
Tapi apa pun, saya ambil no telefon mereka.

studio unit

Masuk ke dalam unit saya, perasaan gembira tak boleh nak diceritakan.
Menikmati pemandangan seketika, kemudian saya mulakan pemeriksaan jika ada kekurangan atau kecacatan pembinaan.

Ada beberapa kecacatan yang saya dapat kesan.
Tapi insya Allah hari ini akan sambung periksa lagi dan tanda kecacatan tu.

Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana dan apa perkara yang perlu diperiksa sebaik mendapat kunci, jemputlah datang ke Charity Talk kami pada 9 disember nanti.
Akan ada satu tajuk khas pasal ni.

Kalau berminat nak hadir dan turut menyumbang, boleh isi borang DI SINI.


Pintu masuk
Unit studio pandangan dari tingkap. 

Dapur

Lift lobby tingkat 6

Pintu masuk ke lot parking

Parking


Malam tadi juga saya beli langsir. Cantik tak?
Nak upah mak tolong jahitkan. heeee


Langsir


Ulasan

Unknown berkata…
Salam. Nak tanya, ada lagi kosong ke domain ni?
Rohaniah Noor berkata…
puan hasnah, puan nak sewa atau beli? kalau nak beli, mungkin ada owner nak jual lepas dapat kunci ni. tapi kalau nak sewa mmg banyak kosong. puan boleh juga sewa unit saya :)
Farazila Wahab berkata…
Congrats! Cantik sangat!
Unknown berkata…
cantik rumah...tahniah...:)

tahun ni semua rumah yg saya beli kena pecah lock baru dpt masuk... BIla laa dpt rasa beli rumah org bagi kunci sambil ambil gambar peace...huu huu...
Haruki berkata…
Congrats Anie. Belum pasang lampu or anything dah ada orang nak move in! LOL!
Shahril Sidek berkata…
belom pernah mengalami perasaan beli rumah baru..
selama ni asyik duk beli rumah yg x der kunci jer, kena pecah sendri, lps tu psg kunci baru sendri..
Rohaniah Noor berkata…
ctfarazila, terima kasih :)

haruki, hahaha,, tu lahh... bersemangat betul!

Shahril Sidek, rumah juga tu walaupun kena pecah kunci sendiri. yang penting money money moneyyy

ameen saliman berkata…
Salam cik puan rohani, berapa anggaran sewa skrg utk domain 3?
ameen saliman berkata…
Salam cik puan rohani, berapa anggaran sewa skrg utk domain 3?
Rohaniah Noor berkata…
en ameen, bergantung. kalau 1 bedroom kosong mungkin 1300. kalau fully furnish 1600

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...