Langkau ke kandungan utama

Kacak adalah satu bonus

Rumah saya di Domain 3 Cyberjaya disiapkan dalam pertengahan bulan Disember 2012.
Saya buat partly furnish sahaja.





Saya cuba iklankan sendiri, tapi saya dapati permintaan pada waktu itu sangat perlahan.
Memang di Cyberjaya ni, ada masa hangat, ada masa dingin.

Bila pelajar sedang bercuti semester atau lagi seminggu dua hendak bercuti semester, masa itulah yang paling dingin.
Penyewa pulang ke negara masing-masing.
Ada yang masih ada kontrak penyewaan dengan tuan rumah, mereka terus batalkan.
Ada yang memang sudah berbincang dan bersetuju dengan tuan rumah, penyewaan kurang setahun.
Sebab biasanya mereka masuk semester pada bulan awal bulan Mac dan bercuti pada bulan Disember.


Kebetulan pada waktu itulah rumah saya di Domain 3 disiapkan.
Orang kata, langkah kiri.

Tapi saya tetap berdoa agar saya tetap akan mendapat penyewa.
Dengarnya ada pelajar baru mengambil kursus Bahasa Inggeris dalam bulan Januari ini.
Ada juga sebilangan pelajar yang tidak pulang ke negara dan mereka mengambil peluang cuti semester untuk berpindah ke rumah baru.


Disebabkan saya sangat sibuk dengan peperiksaan maka saya serah kepada agen.
Sebenarnya ini kali pertama saya menggunakan perkhidmatan agen untuk mendapatkan penyewa.
Biasanya saya buat sendiri.

Kali ini saya tak mahu terlepas peluang mendapatkan penyewa secepat mungkin semata-mata disebabkan saya sedang berada di dalam dewan peperiksaan atau sedang berhempas pulas belajar di jam-jam terakhir.
Biarlah saya kalut dan tertekan dengan peperiksaan sahaja.


Alhamdulillah...
Saya sangat gembira kerana semalam saya sudah pun menandatangani booking form penyewaan.
Agen Phillips telah membantu saya mendapatkan seorang penyewa lelaki dari Iran.
Beliau telah membayar sewa dua bulan sekaligus.

Pengalaman saya dengan pelajar Iran setakat ini memuaskan.
Mereka membayar sewa dan bil-bil itiliti dengan baik.
Cuma seorang penyewa perempuan tu terlalu teliti dan cerewet.
Dan seorang lagi lelaki iran handsome dan rileks.


Diharapkan penyewa kali ini juga penyewa yang baik orangnya...
(jika dia kacak, ia  adalah satu bonus hehe.. )

Selepas ini saya akan blacklist 2 jenis penyewa di Cyberjaya.
Satu: warga afrika atau mana-mana negara benua afrika, muslim atau non-muslim
Kedua: Kazakhstan.

Ulasan

sam berkata…
brapa sewakan domain 3 ni anie? ni unit 2 bilik ke?
domain 1 sy masih lagi bertahan dgn RM2000.. alhamdulillah sebab promotekan unit ni dulu.. saya punya penyewa dari Mali muslim (consider afrika ke).tapi okay.. bayar utk setahun terus..
sitiezahim berkata…
khazastan tu i punya penyewa la kan? huhuhu..kacak tu penting, sejuk sket mata pandang dia kalau kene ngadap dia...hahaha
Rohaniah Noor berkata…
AMIR.DIN,
nanti saya kongsikan, kenapa kazakh

sam, ni studio, tak ada bilik. saya sewakan RM 1400. woww.. bagusnya penyewa bayar 2 bulan terus. ok jugak la kalau macamtu.. unit anda 3 bilik atau 1 bilik ya?

sitiezahim, haaaa.. penyewa u la tu.. tu lah kalau hensem, nak tgk paip rosak ada la motivasi sikit kan... kekeke.. tapi semalam dah jumpa dia dah. jenis chubby chubby comel :)
faizal berkata…
Puan sy plan nak beli rumah subsale di cyberia... Any comment from u vs domain
Rohaniah Noor berkata…
en faizal, cyberia nampak ok tapi market value dia rendah sedikit. better beli projek lebih baru, unless unit cyberia tu mmg dia jual murah
faizal berkata…
Tqvm... Boleh share contact no agent yg tlg carikan u tenant
Saya dah terbeli cyberia... Hehe tak tau la murah ke tak
Tapi loan boleh mark up... Dan dpn cash back la
Sekarang tengah make up... Utk rental

Lg 1 sory ye address u as PN.... Tp lebih formal kot...
Unknown berkata…
Hi faizal, berapa sewa kamu di cyberia? berapa sqft?

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...