Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

artikel panas: perlu ke beritahu ibu bapa?

Ada beberapa rakan mengadu pada saya Mereka nak beli rumah utuk pelaburan Tapi ibu dan bapa mereka tak bersetuju Alasannya: rumah yang mereka nak beli tu apartment. bukan rumah atas tanah. kemudian, cuma satu bilik atau studio unit pula. Bukan typical 3 bilik tidur, 2 bilik air. Sudahnya bagaimana? Ada rakan yang terus batalkan hasrat nak buat beli. Katanya, nanti mak ayah tak restu. Ok, saya tak nafikan berkat restu ibu bapa ini sangat penting terutama doa ibu. Kalau ibu tak restu, memang susah untuk berjaya dalam satu-satu bidang. Pasti akan ada banyak cabaran. Tapi bagi saya, konsep tak restu berbeza dengan konsep berdikari. Kita buat keputusan sendiri, usahakan sendiri hingga berjaya. Maksud saya di sini, ada perkara yang kita yakin ia keputusan yang betul  setelah kita rujuk pada orang yang telah berjaya lakukannya dan kita sendiri telah menimba ilmu yang secukupnya kita buat saja. tak semestinya setiap perkara mesti mengad...

Dari Penoreh Getah ke Pelabur Hartanah

Saya seorang pelabur hartanah dan penulis. Apa yang saya kongsikan di blog ini adalah dari pengalaman saya sendiri sebahagiannya juga dari apa yang saya pelajari secara formal di universiti atau di dalam seminar-seminar. terima kasih kepada pengajian undang-undang saya. Ia memberi saya pengetahuan dari perspektif undang-undang atas apa yang saya lakukan ini Mungkin rakan-rakan di Facebook sudah tahu siapa saya dahulu saya ada kongsikan di status saya Semasa zaman persekolahan, saya seorang penoreh getah separuh masa. Saya bukan berasal dari keluarga senang. Jam 6.45 pagi keluar menoreh, pulang rumah jam 1.30 atau 2 petang. Bawa balik 2 tong besar getah cair untuk dihantar ke Pusat Mengumpul Getah, Felda. Bila tiba 'hari gaji', ibu beri saya upah RM 5 sehari. saya berhenti menoreh semasa saya di tahun akhir di Universiti iaitu apabila Felda tebang semua pokok getah kami dan tanam semula dengan kelapa sawit. kredit gambar: http://kgsilou.blogspot.com sa...

perjanjian sewaan dan tuan rumah berhati kering

Hari ini saya ingin membuat sedikit sedutan dari apa yang saya kongsikan pada hari Ahad lepas. masa tu saya dijemput sebagai penceramah jemputan untuk Seminar Advanced PHTM. memang bertubi-tubi soalan yang saya terima. wow.. powerlah! Antara persoalan dan jawapannya: Kenapa pentingnya perjanjian sewa secara bertulis? ok, mula-mula saya nak beritahu, perjanjian boleh termaterai dan mengikat melalui 3 cara - bertulis - verbal - implied implied ni, kita tak bercakap.. tak ada perjanjian bertulis.. tapi perbuatan antara kita dan pihak satu lagi tu menunjukkan yang perjanjian tu wujud. contoh, tempoh perjanjian sewa dah tamat sebenarnya tapi penyewa tetap bayar sewa macam biasa tuan rumah pun diam je.. ambil duit sewa dan tak kata apa-apa. jadi, walaupun tak ada persetujuan verbal sewaan diperbaharui, dan tak ada perjanjian bertulis ini bermakna secara impliednya, perjanjian itu diperbaharui. Jika wujud perjanjian bertulis dan semua terma ada dinyatakan, lebih muda...

flip chart tinggi sangat

Sabtu dan Ahad baru-baru ini telah berlangsung Seminar Advanced Pelaburan Hartanah Tanpa Modal Bertempat di Hotel Residence, Uniten. Slot saya pada hari Ahad, jam 10.20 pagi. Saya sampai awal, sempat dengar perkongsian tuan Saufi Karim mengenai pemilihan rumah dalam pembinaan. Banyak tips-tips yang dikongsikannnya mengenai bagaimana memilih intan dari kaca Wahhh.. Selepas rehat minum pagi, masa untuk mendengar celoteh saya eh eh! kenapa flip chart SK ni tinggi sangat? Kredit foto: Tuan Asan Taring https://www.facebook.com/asanrivas?fref=ts Banyak betul soalan-soalan yang diterima. Bertubi-tubi! Memang power lah peserta seminar ni. Tahniahhh!! Jadi, kepada semua rakan-rakan baru yang saya temui semalam, Semoga kalian berjaya dalam pelaburan anda!

Tip-Tip Kewangan untuk Rakyat Malaysia.

Dah lama saya tak buat ulasan buku. Jadi hari ini saya memilih buku ini Tip-Tip Kewangan untuk Rakyat Malaysia. Buku ini tulisan KC Lau , seorang blogger perancangan kewangan peribadi yang hebat. Ia merupakan versi Bahasa Melayu kepada buku  Top Money Tips for Malaysians . Keistimewaan buku ini, ia membongkar tips-tips mudah dan senang dilakukan tapi memberi impak pada pengurusan wang yang lebih baik, pengurangan cukai atau peningkatan pendapatan. Kandungannya terdiri dari 5 Bahagian. Bahagian 1: Tip Kewangan Bijak Bahagian 2: Tip Menjana Wang Bahagian 3: Tip Menjimat Wang Bahagian 4: Tip Melindungi Wang Bahagian 5: Tip Bonus Dalam Bahagian 1, antara tip yang dikongsi oleh KC Lau adalah bagaimana mengira nilai bersih serta beza sikap si bodoh kewangan,  dan si bijak kewangan. Saya paling suka formula nilai masa yang dikongsinya. Melalui nilai masa, kita akan dapat kenalpasti berapa gaji sejam kita. Kemudian, mudahlah kita membuat keputusan sama ada se...

penceramah jemputan paling pendek

Khas untuk kawan-kawan yang dah ada pengetahuan asas mengenai pelaburan hartanah tapi berhasrat mahu belajar lebih lagi mahu jadi lebih mahir lagi Seminar ini sesuai untuk anda Seminar Advance Pelaburan Hartanah Tanpa Modal 2013 Seminar ini anjuran pakar pelaburan hartanah tanpa modal iaitu tuan Saufi Karim. Antara tajuk yang akan disampaikan nanti oleh tuan SK adalah - Bagaimana untuk beli rumah tahun 2013 tanpa keluar wang? - Bagaimana untuk beli rumah idaman anda dengan mudah? - Bagaimana untuk jana pendapatan daripada hartanah anda? - Bagaimana jana keuntungan sehingga 6 angka? - Bagaimana mereka yang baru bekerja patut buat pelaburan hartanah ini? Sk juga akan berkongsi sistem check and run dalam pengurusan homestay. Menariknya, untuk pertama kali dalam sejarah saya, saya dipanggil oleh penganjur sebagai speaker jemputan wahh.. selama ini saya syok sendiri je kan buat seminar sendiri. Alhamdulillah.. lebih ramai lagi orang yang boleh saya kongsikan i...

Vega residensi: dilema anda menghantui

Rasanya ada hampir atau lebih 20 orang menemui saya bertanyakan mengenai Vega Residensi di Cyberjaya. Ada yang bertanya melalui telefon, bersemuka, sms, whatsapp, yahoo messenger dan private message di facebook. nasib baik belum ada yang sampai bertanya dalam mimpi saya lagi. Jadi, apa jawapannya kepada semua soalan-soalan itu, wahai cik rohaniah noor? Mula-mula saya nak beri disclaimer. jawapan saya ni berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya di Cyberjaya setakat hari ini. Ia mungkin kurang tepat Prestasi hari ini tak menggambarkan prestasi masa hadapan :) 1) Bagaimana pasaran di Cyberjaya sekarang? Di cyberjaya sekarang, target penyewa kebanyakannya adalah pelajar Universiti Limkokwing dan pelajar MMU. Walaupun ada kolej CUCMS, tapi pelajarnya sangat sedikit. jadi tak pernah jumpa pun pelajar-pelajar ni nak sewa di sana. Tapi, ada ramai juga expatriate yang bekerja di Cyberjaya yang nak menyewa. Cuma bilangan pelajar lebih ramai la. Penyewa di sana tak suk...

Rumahku syurgaku, punggungku kematu

Malam tadi saya terima satu soalan menarik dari rakan Facebook saya. Untuk manfaat bersama, saya kongsikan soalan dan jawapan itu di sini tapi identiti rakan tersebut dirahsiakan. Soalannya berbunyi lebih begini salam. puan.. saya mohon pendapat puan tentang bandar AKADEMIA. lenggeng .N9. harga 276k Saya kerja pulau meranti . puchong. jarak dgn akademia . lebih kurang 55km.. saya ingin membeli rumah untuk tinggal sendiri. dan jual. adakah akademia berpotensi untuk pelaburan.. atau ada yg lebih sesuai dari akademia. Jawapan saya, (saya ada tambah sedikit point-point yang tertinggal) waalaikum salam.. kalau tuan nak beli untuk tinggal sendiri, jangan fikirkan aspek pelaburan. fikirkan, sesuai ke nak ulang alik 55 km satu perjalanan bersamaan dgn 110km satu hari ke tempat kerja. ekonomik ke? ada sekolah ke kat situ untuk anak-anak? ada pasar atau kedai tak untuk membeli barang? macamana dengan aspek keselamatan? macamana dengan jiran-jiran di situ? selesa tak t...

keluarga bahagia, lot parking punya angkara

Salam Jumaat yang berkat buat semua, Apabila membeli rumah dari pemaju yang dalam pembinaan, adalah perkara biasa pemaju menawarkan satu atau dua lot parking percuma. Dua lot adalah  lebih baik dari satu. Sebab biasanya satu keluarga memang ada sekurang-kurangnya dua buah kereta. Satu untuk suami, satu untuk isteri. Kalau rumah yang disewakan kepada orang bujang, silap-silap 5 orang penyewa, 5 keretanya. Sepatutnya bilangan dan kedudukan parking lot akan dinyatakan dengan jelas di dalam surat perjanjian jual beli. Mana satu lot parking kita. Jadi, bila kita jual rumah tersebut, kita jual sekali dengan lot parking tersebut. Lot parking ni ada keluasan tertentu supaya boleh muat kenderaan penumpang yang biasa Tapi baru-baru ini saya jumpa beberapa lot parking sebegini selang satu lot dengan lot parking saya di Alam Idaman Saya rasa bersimpati pada tuan rumah yang mendapat parking lot sebegini. sebab boleh muat kancil, viva, kelisa, i10 atau kereta seumpamanya je...

pemaju pejam mata, pembeli yang merana

Semalam berlangsung sesi khas 'Saya Mahu Check Defect' sesi ini bukan sesi kursus hartanah yang biasa sesi ini istimewa sebab saya membawa peserta ke rumah yang baru dapat kunci di sana mereka diajar bagaimana nak check defect bukan teori semata-mata bukan juga lihat presentation bukan juga tengok video tapi mereka ditunjuk secara live dan terus kena buat praktikalnya cek cat, cek pintu, cek lubang di dinding, cek tiles yang lompang, cek dinding yang tak rata dan lain-lain semuanya praktikal dan secara sempoi sebenarnya ini idea spontan saya sedang membuat pemeriksaan kerosakan dari pemaju untuk rumah saya ini dan saya dapati banyak betul defectnya jadi saya terfikir kan lebih bagus jika ia dapat dikongsikan kepada sesiapa yang akan menerima kunci rumah baru mereka tak lama lagi sebab saya percaya, ramai yang masih belum sedar kepentingan check defect secara terperinci ramai juga yang kurang mahir bagaimana nak lakukannya sebab pemaju hanya mahu ju...

betul ke harga mudah tu?

Hari ini saya nak berkongsi soalan yang saya terima di Facebook. Saya copy paste soalan itu di sini termasukla typo yang ada ;) Salam Cik Rohaniah Noor, Saya pengikut blog Cik. Banyak ilmu properti yang saya belajar dari melalui blog Cik. Terima kasih semoga Tuhan membalas pahala setiap ilmu yang dikongsikan dan dimurahkan rezeki. InysAllah. Jika Cik tidak keberatan saya ada soalan. Mohon dapat berkongsi kepada pembaca blog Cik jika ada kelapangan.boleh percaya harga rumah di dalam internet seperti dalam Mudah.my etc? Harga yang ditawarkan kadang2 lebih dari market value. Apa langkah selamat sebelum kita membeli rumah berpandukan harga di internet. Semoga blog Cik berkembang menjadi blog properti terbaik Malaysia. Terima kasih Jawapan saya: waalaikum salam tuan. terima kasih kerana membaca blog saya. terima kasih juga atas doa tersebut. aminn.. harga yang seller letak dalam iklan ni harga yang dia mahu jual. mungkin harga penilaian bank. mungkin lebih tinggi. jadi...

Rumah mampu milik Pulau Pinang

Berita baik kepada semua orang Pulau Pinang 7 hb baru-baru ni, kerajaan negeri Pulau Pinang telah melancarkan rumah mampu milik khas untuk rakyat Pulau Pinang kredit gambar: FB Buletin Mutiara ada 2 lokasi untuk projek ini 1) Bandar Cassia, Batu Kawan 2) Jalan SP Chelliah, Georgetown Projek ini mengandungi 19,172 unit kesemuanya  Ada 4 keluasan semuanya dengan harga berbeza. ada 700 sqft, 800 sqft, 900 sqft dan 1000 sqft 919 unit daripadanya adalah rumah kos sederhana rendah berharga RM 72,500. 98 unit di Batu Kawan berharga RM 168,000 dan 273 unit berharga RM 220,000. Manakala di Jalan SP Chelliah pula,  - unit 800 sqft dijual pada harga RM200,000 - unit 900 sqft dijual pada harga  RM300,000 - unit 1000 sqft dijual pada harga RM400,000 Unit paling besar iaitu 1000 sqft terhad hanya 82 unit sahaja. kredit gambar: http://satkuru.com Jelas di sini, fokus lebih kepada unit yang lebih kecil dan murah Tapi...

pergi gym adalah pakej terbaik!

Rabu petang saya iklankan sofa, katil single dan tilam untuk dijual. Punca nak jual? Katil tu sebab sebelum ni cuma ada katil single di bilik utama Penyewa nak saya tukar dengan katil queen. Sofa tu pula masih baik, tapi 3 tahun. maka foamnya dah lembut. Rumah sewa fully furnish, penyewa pula anak orang kaya dari Mesir dah tentu lah sofa sebegini tak berkenan di hatinya Jadi saya iklankan untuk dijual. borong. Alhamdulillah.. pada hari Khamis,  Faiz bersetuju membeli ketiga-tiganya sekali sebab dia nak furnishkan rumah sewanya saya bantunya sewa lori tapi sebab nak jimat, kami hanya ambil lori sahaja. tak ambil pekerja untuk angkat barang jadi, hanya saya dan dia sahaja lah yang bawak turun barang ke ke pintu utama lori hanya akan angkat dari pintu utama masuk ke dalam lori sahaja sofa ni pula, ya rabbi! berat sungguh! angkat berdua dari dalam rumah ke lif pun dah berde'eh.. walaupun rumah kat tepi lif sahaja Faiz angkat sofa di sebelah depan.  ...

ada apa dengan rak kasut?

"Assalamualaikum M***, saya ke rumah tadi.  hantar kabinet kasut.  Itu sebagai tanda terima kasih sebab jaga rumah dengan baik dan sambung kontrak sewaan untuk tahun kedua." Begitulah bunyi sms saya kepada penyewa saya Jika penyewa kita tu penyewa yang bagus, apa salahnya sekali sekala surprisekan dia kan beri sesuatu  sebagai hadiah atau tambah/ upgradekan perabot walaupun dia tak minta tujuannya sebagai tanda penghargaan sebab dia jaga rumah kita dengan baik berapa ramai penyewa di luar sana yang tak bayar sewa yang asyik lewat saja yang tak mahu cuci dan bersihkan rumah yang lari keluar dari rumah diam-diam tinggalkan bil tertunggak Jadi, bersyukur sangatlah jika dapat penyewa yang bagus dan berganda syukur bila penyewa yang bagus ini menyambung kontrak sewaannya Tak payah kita bersusah payah cari penyewa lain Tak payah berisiko rumah kosong sementara atau sebulan dua sementar atunggu penyewa baru Jadi, apalah salahnya beri ...

Wang Besar! Wang Besar!

Wang besar! Wang besar! Yeaaahhhh... jeritan itu kedengararn memanggil-manggil wang sambil memusing roda. Mengharapkan wang yang besar datang.. Masih ingat lagi pada program TV Roda Impian? Saya pasti ramai masih ingat Pengacaranya Halim Othman, diikuti arwah Hani Mohsein Tapi itu wang besar di rancangan TV yang sebahagian dari kita tak berpeluang pun nak jadi peserta atau pemenang wang besar itu Tapi demi kawan-kawan pembaca blog saya Saya bawakan kepada anda peluang mendapatkan Wang Besar secara PERCUMA yess yesss PERCUMA! kalau dulu ada yang tercari-cari dan keliru tak boleh nak klik la.. tak boleh isi borang la.. tapi kali ini saya siap buatkan satu laman khas untuk dapatkannya lebih mudah, lebih cunn! Mungkin ada yang dah dapat, tapi kalau ada yang belum, apa lagi.. Mari klik DI SINI sambil jerit Wang Besar!! Wang Besar!!

ketakutan selepas dapat kunci

"Rumah dah nak siap. dah nak dapat kunci. yeayy tapi.... tapi.... tapi saya risau la...  ada orang nak sewa ke nanti? banyak unit tu...  harga sewa pun boleh untung ke...." ini adalah antara dialog kebimbangan biasa pembeli rumah under construction bila dapat kunci memang best. tapi nak bersaing pula kan unit lain untuk dapatkan penyewa kalaulah projek tu ada 300 unit bermakna unit kita tu akan bersaing dengan 299 unit yang lain bayangkan ada 300 orang berlegar-legar di tepi jalan depan apartment tu pantang ada potensi penyewa lalu, semua pemilik pakat serbu dia. penyewa ada banyak pilihan. wowowww... ibarat lagu P. Ramlee, "yang mana satu idaman kalbu..." ok, tu kalau 300 bayangkan kalau unit-unit projek Mayland atau beberapa projek besar lain satu projek serviced apartment ada sampai 600 unit. waaaaaaa....ibarat 600 orang pemilik berlegar-legar mencari penyewa alamat penuh sesak jalan depan projek tu Jadi bagaimana caranya supaya kit...

Orang-orang hebat berjamaah: PU2013

Semalam baru selesai 2 hari seminar Pelabur Underground 2013 Pada pandangan saya, seminar ini sangat hebat kerana menghimpunkan orang-orang yang hebat di bawah satu bumbung dari speakernya, jemputan khasnya dan tak kurang juga peserta-pesertanya Sesi yang paling saya gemar dah tentunya sesi Sifu Pai atau Faizul Rizuan ia memang sangat memberi inspirasi saya pasti ramai peserta seminar juga bersetuju dengan saya kalaulah ada anugerah ikon pelabur Malaysia, saya pasti beliau layak menerima anugerah ini sebab saya pasti, ramai rakyat Malaysia, tak kira bangsa telah banyak belajar dari beliau secara online dan juga offline Saya juga sangat berminat dengan perkongsian tuan Raja Kamil dan tuan Faisal Mustafa sebab bidang pemasaran dan perniagaan online yang saya sedang belajar dan cuba perbaiki sekarang alhamdulillah.. semalam dapat berguru dengan mereka pula Perkongsian tuan Jamal Jermi mengenai perniagaan vending machine dan Tuan Wahi mengenai kereta sewa juga sangat m...

Saya di bawah tanah

Aktiviti saya 2 hari hujung minggu ini. masuk bawah tanah. Saya hadir sebagai peserta Seminar Underground 2013. Ramai kawan-kawan ada sama kawan sesama pelabur hartanah kawan sesama blogger kawan yang pernah hadir seminar saya kawan yang jadi friend FB saya kawan yang like page FBsaya kawan dalam group FB Property N Co dan kawan-kawan yang jadi silent reader blog saya ni. Terima kasih kerana menegur saya. errr.. sebenarnya sejak saya menulis di blog kan.. ini lah kali pertama saya hadir seminar yang ada orang kenal saya sebelum saya perkenalkan diri tu yang saya macam teruja. hehehe... ................................. hm... sebenarnya isnin baru-baru ini saya ke group coaching Dr Azizan Osman. sayangnya seminar beliau tidak membenarkan sebarang gambar diambil. maka tak dapat lah saya kongsikan gambar seperti di atas :(