Langkau ke kandungan utama

ada apa dengan rak kasut?

"Assalamualaikum M***, saya ke rumah tadi. hantar kabinet kasut. 
Itu sebagai tanda terima kasih sebab jaga rumah dengan baik dan sambung kontrak sewaan untuk tahun kedua."

Begitulah bunyi sms saya kepada penyewa saya

Jika penyewa kita tu penyewa yang bagus, apa salahnya sekali sekala surprisekan dia kan
beri sesuatu  sebagai hadiah
atau tambah/ upgradekan perabot walaupun dia tak minta

tujuannya sebagai tanda penghargaan
sebab dia jaga rumah kita dengan baik

berapa ramai penyewa di luar sana yang tak bayar sewa
yang asyik lewat saja
yang tak mahu cuci dan bersihkan rumah
yang lari keluar dari rumah diam-diam tinggalkan bil tertunggak

Jadi, bersyukur sangatlah jika dapat penyewa yang bagus
dan berganda syukur bila penyewa yang bagus ini menyambung kontrak sewaannya
Tak payah kita bersusah payah cari penyewa lain
Tak payah berisiko rumah kosong sementara atau sebulan dua sementar atunggu penyewa baru

Jadi, apalah salahnya beri surprise kepadanya kan?

Dulu saya pernah surprisekan penyewa saya 
Bila saya dapat bonus tahun 2009
dia pun dapat bonus juga... bonus dari saya


Tapi siang tadi ada beza sedikit 
saya hantarkan rak kasut baru kepada mereka

Alkisahnya
sebenarnya saya tak letak rak kasut dalam perabot rumah sewa
Jadi penyewa mula-mula dulu beli rak kasut kecik dan yang terbuka
ada kat dalam gambar kat sebelah sofa tu

rak kasut tu lah yang diwariskan dari seorang penyewa ke penyewa seterusnya
jadi harta warisan

tapi saya tengok rak tu macam tak cukup je
lagipun terbuka kan.. nampak tak kemas


Jadi baru tadi saya hantar rak kasut baru
Rak tertutup, jadi nampak lebih kemas dan cantik

Harga murah je 
saya beli RM tiga puluh lima
tapi hati tenant saya gembira


jadi, ada apa dengan rak kasut?

Ulasan

sitiezahim berkata…
hehehe betul kan..dapat penyewa yg bagus, hati kita pon sonang...:D
Rohaniah Noor berkata…
haah... mmg senang hati sangat
Haruki berkata…
Where you bought the shoe rack?
Rohaniah Noor berkata…
Haruki, i bought it at furniture shop named lestari something, opposite jusco equine. i have known the salesman, roni for few years already so can kawtim the price lah

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...