15 Februari 2013

keluarga bahagia, lot parking punya angkara

Salam Jumaat yang berkat buat semua,

Apabila membeli rumah dari pemaju yang dalam pembinaan, adalah perkara biasa pemaju menawarkan satu atau dua lot parking percuma.
Dua lot adalah  lebih baik dari satu.
Sebab biasanya satu keluarga memang ada sekurang-kurangnya dua buah kereta.
Satu untuk suami, satu untuk isteri.
Kalau rumah yang disewakan kepada orang bujang, silap-silap 5 orang penyewa, 5 keretanya.

Sepatutnya bilangan dan kedudukan parking lot akan dinyatakan dengan jelas di dalam surat perjanjian jual beli.
Mana satu lot parking kita.
Jadi, bila kita jual rumah tersebut, kita jual sekali dengan lot parking tersebut.

Lot parking ni ada keluasan tertentu supaya boleh muat kenderaan penumpang yang biasa

Tapi baru-baru ini saya jumpa beberapa lot parking sebegini
selang satu lot dengan lot parking saya di Alam Idaman



Saya rasa bersimpati pada tuan rumah yang mendapat parking lot sebegini.
sebab boleh muat kancil, viva, kelisa, i10 atau kereta seumpamanya je ni

kemudian saya terfikir, adakah memang dalam s&p dia ada tertera sebegini

lalu saya saya semak s&p saya.


Memang jelas dalam s&p pun dah ditunjukkan saiz parkingnya tak penuh.
dan pembeli ni dah pun tandatangan s&p ni.
Aduhai... bagaimana ya?

Kena pakai kancil seumur hidup ke?
memang betul hidup berjimat cermat lah sebegini :)

Lagi satu, lot parking ini menekankan konsep hidup aman tenteram dan muafakat

kenapa saya katakan begitu?

cuba tengok dalam s&p tu semula
2 parking lot bagi setiap unit diletakkan rapat-rapat dan bersambung
maknanya satu kereta diletakkan di belakang kereta kedua
dan selagi kereta kedua tak keluar, kereta pertama tak boleh keluar

Kalau yang duduk ni suami isteri yang aman damai, mungkin tiada masalah
kalau masa tu sedang bergaduh?
si isteri dapat tahu si suami main kayu tiga
dan si suami pula letakkan kereta di lot belakang
haaaa.. berkaratlah kereta si suami tu!

ataupun jika yang tinggal adalah penyewa yang jenis buat 'hal ko, hal aku'
tuan punya kereta belakang balik kampung dan tinggalkan keretanya di lot depan
merana lah tuan punya kereta belakang

jadi, demi lot parking
elok sangatlah jika hidup aman damai dan berjiat cermat ya

6 ulasan:

shah berkata...

fuh... payahlah dpt parking mcm ni... hampir semua unit dpt double park... yg untung developer... dpt jimat space

sitiezahim berkata...

fuhh info bagus ni...:D

Haruki berkata...

We usually forget to check the parking lot in the SPA... good info.

Unknown berkata...

Thanks for sharing. Never thought of going thru simple thing macam nie dalam snp.

Matjoe berkata...

pening gila hal mcm ni, untung la beli umah landed, parking senang, xde nk pikir problem ni

Farazila Wahab berkata...

parkingla terjulur keluar sikit kalau beli kereta besar...

takkan tak boleh kot? hehe...