Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

untung ke bukit beruntung?

Salam dari Rome, saya nak berkongsi satu soalan ini dari rakan Fb saya. Apa pendapat rakan-rakan, terutama yang tinggal atau bekerja atau tahu lokasi yang dinyatakan di bawah. Saya copy paste soalannya: salam, ape pendapat kak ani berkenaan kawsan bkt beruntung? ada harapan x bukit tu nak beruntung? rumah dilelong pd harga tak munasabah. ada peluang pelaburan ke dlm 2 atau 3 tahun lagi disana Nota: dulu saya bekerja di kilang Perodua di Sg Choh. Jadi, agak familar dengan bukit beruntung tapi itu 10 tahun lepas.

Koln

siang tadi melawat Koln. Ia terkenal dengan keindahan senibina dan sejarah Cologne Cathedral yang bermula pada abad ke 4. namun begitu, apa yang ada sekarang adalah struktur kedua yang dibina bermula dari tahun 1248 dan siap pada tahun 1265 kami juga pergi ke sebuah masjid di sana.  Masjid ini di bawah jagaan persatuan muslim turki. dulunya kecil tapi sekarang sedang diubahsuai menjadi besar. ada pejabat untukdisewa di Koln. Ada yang berminat nak buka cawangan pejabat di sana?

kami dah sampai amsterdam dan duisburg!

pagi ini menulis dari duisburg, germany. Sambung dari kisah INI . perjalanan di atas kapal terbang kami semalam dari KLIA ke amsterdam, Holland mengambil masa 13 jam. memang itulah 13 jam saya yang paling tak produktif. tidur, makan, tengok movie, tidur semula, makan, bangun ke tandas dan tengok pemandangan, tengok movie, makan, tidur pusing itu sahaja rutinnya dari jam 9 pagi waktu malaysia hingga jam 10 malam keluarga abang hantar ke klia. macam nak pergi umrah pula :) sampai di amsterdam, kami jalan-jalan di dalam lapangan terbang sambil menuju ke gate B32 untuk ke Dussedolf pula sambil berjalan, sambil survey harga barang di kedai perfume CK One, Hugo Boss dan beberapa lagi cuma 49 euro untuk 2 item. hohohoo saya juga dapati handycam dan kamera lebih murah berbanding di Malaysia itu harga selepas convert ke RM kalau penduduk sini yang menerima gaji dalam euro, lagi besar kuasa beli mereka tulip segar yang dijual di airport Schiphol, Amsterdam Cuma handphon...

Rahsia terbongkar! mana dapat duit pergi Jerman?

Jam 9 pagi hari ini kapal terbang saya akan berangkat ke Amsterdam Transit 2 jam di sana seterusnya ke Dussedolf, Germany. Bersama saya adalah ibu saya dan adik saya yang bongsu. Kami mahu melawat adik saya dan keluarganya di sana suaminya sedang melanjutkan pengajian PhD atas tajaan majikan di sana wahhh... bagaimana kami bekas penoreh getah ini ada wang melancong ke Eropah? Haa... saya telah berjanji di Facebook untuk menceritakan kisah di sebaliknya Masih ingat kisah photo shoot pertama saya INI? Kisah ini berlaku pada tahun 2010 Sebenarnya photo shoot itu berlaku kerana saya menjadi antara peserta sebuah rancangan realiti online. Nama rancangan tersebut adalah Property Millionaire Challenge Ia dianjurkan secara usahasama oleh The Star dan Freemen. Pada masa itu, ada 14 orang dipilih menyertai rancangan ini selepas menjalani audition Hohoho.. tak sangka saya ada nasib juga melepasi audition Tapi awal-awal lagi 2 orang yang merupakan pasangan suami isteri me...

potensi tanah di alor setar

ada banyak peluang orang nak jual tanah pertanian tapi ada rumah sebiji seperti ini di Alor Setar banyak juga tanah yang berada di tepi jalan utama. Ada rakan yang mahir dengan potensi tanah di sini? Gambar di atas adalah tanah yang baru dibeli oleh seorang rakan lama beliau juga merupakan ahli Kelab Alien Hartawan yang saya baru tubuhkan Siapa yang hadir ke seminar Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah secara automatik menjadi ahli kelab ini begitu juga kepada semua perserta seminar anjuran saya dan Property N Co terdahulu

Teknik panas: bagaimana untuk tidak membayar RPGT

Heboh orang memperkatakan dan mengongsi video ini Mana tak hebohnya.. antara kandungannya adalah bagaimana untuk tidak membayar RPGT atas keuntungan jualan hartanah untuk pengetahuan rakan-rakan, RPGT atau Real Property Gain Tax  ini bahasa melayu dipanggil Cukai Keuntungan Harta Tanah. Ia cukai yang dikenakan atas setiap keuntungan jualan hartanah Mulai 2013, kadar PRGT dinaikkan kalau hartanah tu dijual dalam tempoh kurang 3 tahun dibeli, cukai dikenakan adalah 15% kalau 3 - 5 tahun dibeli, cukai dikenakan adalah 10% kalau lebih dari 5 tahun, barulah tiada cukai dikenakan. Cukai ni memang wajib dibayar oleh penjual yang memperoleh keuntungan dari jualan hartanah maknanya, jika harga jualan lebih tinggi dari harga belian Peguam penjual dan peguam pembeli yang akan isytihar transaksi jual beli ini kepada LDHN Tapi, jika bayar cukai itu wajib, bagaimana boleh ia boleh dielakkan untuk dibayar? menurut video ini, apa yang mereka lakukan adalah 1) Sediakan 2 perjanj...

Laporan bergambar: Seminar Wang Besar

Seminar Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah batch pertama sesi Mac 2012 telah berlangsung dengan lancar Alhamdulillah... saya dapat bantu mereka memahami asas kewangan peribadi, bagaimana mengenalpasti kemampuan dan jodoh hartanah masing-masing dan bagaimana menggali hartanah yang hebat-hebat. Walaupun pada awalnya banyak betul rintangan bukan sahaja pada saya tapi pada jurugambar kami juga, Safwan dari ProxyMedia Pro Layan gambar-gambar Haaa.. meh tengok sini kawan-kawan... kita belajar Kalkulus. Tuan Harun, kena bangun... kita nak nyanyi lagu negaraku ni. Kawan-kawan, ok tak? Chan: entah.. aku dok ghalit main sms. hehehe Kira.. kira... soalan ni senang je.. mesti boleh score punya lah! Kami di PMC sentiasa menekankan betapa pentingnya anda semua menjaga jenama minyak hitam untuk Harley Davidson anda tu..  ok.. berbalik pada tajuk homestay... Betul ke apa yang diorang bebelkan kat depan ni? Dah la meja tak ada.. huhuhu Saya Hazl...

Apa isi kandungan seminar ni?

Esok seminar Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah. Sesi pertama ia diadakan modulnya berbeza dengan modul yang pernah saya dan rakan-rakan Property N Co buat pada tahun 2011 dulu Yang tu namanya Seminar From Zero to Hero Lantas, oleh kerana ini seminar berbeza, modul berbeza maka ramai yang bertanya kepada saya tajuk apa yang akan saya sampaikan dalam seminar Wang Besar ini? Tuan / puan, dalam seminar satu hari ini, tajuk-tajuk yang akan dibentangkan, antaranya adalah Sesi saya: - asas perancangan kewangan, cashflow, mengenali kekayaan, hutang, konsep air paip, kebebasan kewangan dan mengenalpasti nilai bersih. - Asas pelaburan hartanah, Bagaimana buat duit melalui hartanah, Mengenalpasti matlamat pelaburan - Tanya kalkulator anda - Lombong dan emas: bagaimana menggali hartanah hebat berkilau-kilau - Strategi beli hartanah: apa jodoh hartanah anda? - Kenal dan tangkap: mengenalpasti potensi pembelian hartanah dalam pembinaan, subsale dan lelong - 11 Langkah membel...

Pengumuman, peta dan gambar

Dua hari lepas, saya dah email kepada semua peserta yang mendaftar untuk hadir ke seminar sabtu ini Seminar Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah Tapi ada antara peserta yang beritahu mereka tak dapat email tu walaupun alamat email dah betul dah dan juga ada seorang atau dua orang yang membuat bayaran ke akaun Sifu Pie yang saya tak dapat alamat email mereka Oleh yang demikian, elok jika saya tulis di sini apa yang peserta perlu tahu dan bawa. Seminar akan diadakan mengikut butiran berikut: Tarikh: 16 Mac 2013 (Sabtu) Masa : 9.00 pagi - 5.30 petang Tempat:No 12-1 , Jalan Putra 3, Taman Putra Kajang, Kajang, Selangor. Pendaftaran akan bermula pada jam 8.30 - 9.00 pagi. Pakaian -Pakaian Kasual Apa yang perlu dibawa? 1) Pen dan buku nota 2) Jaket / shawl / baju panas, jika suhu bilik sejuk atau tidak menentu. 3) Kalkulator. Penggunaan kalkulator di telefon bimbit boleh cuma kurang digalakkan kerana kurang selesa untuk mengira angka yang besar. 4) Sne...

Cek yang mengembang-kuncupkan hati

Minggu lepas saya telah menerima cek wang booking sewaan untuk hartanah komersial saya yang pertama Kalau kawan-kawan masih ingat, saya pernah bercerita tentang projek ini DI SINI. Sebuah retail lot di Dataran Pahlawan, Melaka. Kami beli subsale dengan harga RM 388K tapi bank beri penilaian RM 430K. Beli melalui joint venture dengan seorang geng lama pelabur hartanah dan seorang peserta seminar saya pada tahun 2011 dulu. kredit foto: http://www.melaka3.com Proses pindah milik dan disbursementnya ambil masa sangat lama. Insya Allah bulan ini atau bulan hadapan baru betul-betul full disbursement  tapi wang booking sewaan dah diterima. Sewa bermula pada bulan hadapan. Bulan ini mereka buat renovation dahulu. Tapi apa pun, rasa kembang kuncup tengok cek booking sewa unit komersial yang pertama ni. Syukur, gembira... Hartanah komersial ni permainannya berbeza. Apatah lagi retail lot. Terima kasih kepada Mr Milan Doshi yang m...

SPNB v PR1MA? Rumah mana lebih popular?

Akhir-akhir ini ada banyak pengumuman rumah mampu milik untuk rakyat di Lembah Klang. SPNB Dua minggu lepas, SPNB telah mengumumkan pelancaran Skim Rumah Pertama Rakyat. Lokasinya sangat bagus, di Sungai Buloh dan di Shah Alam . Permohonan ini terbuka untuk pemohon yang memenuhi syarat ini: - warganegara Malaysia - belum pernah beli rumah. Jadi, ini akan jadi rumah pertama Rohaniah Noor lah. - Umur Rohaniah Noor tak lebih 35 tahun - Pendapatan pemohon seorang mestilah tak lebih dari RM 5,000 - Pendapatan pemohon dan pasangan pula mestilah tak lebih RM 10,000 - telah disahkan dalam jawatan kerja sekarang sekurang-kurangnya 6 bulan Setakat ini, belum ada pengumuman mengenai berapa harganya yang sebenarnya lagi. Untuk memohon rumah ini, layari URL INI. PR1MA Manakala semalam pula, heboh di berita-berita media masa perdana. Perdana Menteri mengumumkan 2078 unit rumah mampu milik di bawah PR1MA telah dilancarkan di Alam Damai, Cheras.. Harga bagi rumah ini j...

Sabtu lebih popular

Saya bantu orang buat duit melalui pelaburan hartanah. Sebab itu saya tulis blog, tulis ebook dan anjurkan sesi perkongsian ilmu. Oleh kerana ada lebih ramai permintaan untuk saya adakan seminar sesi April pada hari Sabtu maka dengan itu tarikh seminar sesi April adalah pada hari Sabtu 20 April 2013 bukan lagi Ahad 21 April 2013 Tempat masih lagi di Lembah Klang tapi saya  akan umumkan kemudian di mana. Siapa patut hadir seminar ini: - Orang yang baru nak mulakan pelaburan hartanah - Orang yang nak beli rumah tapi kurang faham prosedurnya bagaimana - Orang yang dah beli satu rumah tapi masih blur bagaimana proses sebenarnya dan bagaimana beli rumah boleh jadi jutawan - Orang yang berasal dari keluarga miskin atau sederhana tapi berimpian nak jadi jutawan - Orang yang nak tahu di mana kesilapan saya dan mahu ambil iktibar Kalau dah mahir dan beli 3 rumah dan dah mahir dengan strategi, seminar ini bukan untuk tuan / puan / cikpuan. Yuran seminar adalah RM 228 s...

Duplex muplex. apa tu?

Apa itu unit Duplex? Semalam saya menerima beberapa soalan begini. Ini gara-gara satu unit panass yang saya kongsikan di mailing list saya lah. Kalau anda tanya pakcik google, apa itu duplex, memang boleh pening dibuatnya. Sebab istilah duplex ni merujuk pada percetakan, telekomunikasi, perubatan dan termasuklah hartanah. Tapi jangan pening. Yang kita nak tahu sekarang adalah apa itu unit duplex merujuk kepada hartanah. Apa pun definisi istilah ini, dalam bahasa mudahnya unit duplex di Malaysia adalah unit yang nampak macam 2 tingkat. Tapi tingkat atas tu tak penuh. Lantainya hanya separuh. Jadi, dari tingkat atas tu, anda nampak tingkat bawah tu macam ada ruang yang bersyiling tinggi. Pening? haaa.. mari tengok gambar -gambar ini. Ini contoh unit duplex di Empire SOHO Pemandangan dari tingkat bawah. kredit gambar http://jazzmint.net/blog/2010/09/empire-soho/ ini pemandangan dari tingkat atas. Ini pula gambar bagi unit duplex Subang SOHO Bagi U...

dah tutup tapi dah buka?

Selamat pagi kawan-kawan.. Sebenarnya saya nak beritahu Pendaftaran untuk Seminar Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah pada 16 Mac ini telah pun ditutup Seminar yang saya kongsi DI SINI. Dah terlebih 30 orang. saya takut kalau ramai sangat nanti tak selesa.. Jadi saya minta maaf kepada yang belum sempat buat pendaftaran Tapi jangan bimbang, saya buka pula pendaftaran untuk sesi April saya dah tetapkan tarikhnya Iaitu pada hari Sabtu , 20 April 2013. Haaa.. jadi yang mana tak boleh datang hari Ahad, boleh la datang sebab hari Sabtu Yang isteri nak bersalin bulan ni pun, insya Allah dah boleh hadir bulan April (tahniahh ya... nak dapat cahaya mata baru ... ) Harga masih sama.. harga early bird hingga 3 April adalah RM 188 seorang atau RM 350 untuk dua orang. Selepas 3 April , harga adalah RM 228 seorang atau RM 420 untuk 2 orang. Cara nak daftar pun macam biasa Boleh buat pembayaran segera ke akaun CIMB 16010000461106  atas nama Kaseh Trading and Serv...

Padah menjadi rakan saya

Memang padah sungguh jadi rakan saya Rakan sepejabat saya ni, baik orangnya Perempuan dari Pantai Timur. Datang ke sini untuk bekerja. Nampak dia berjimat dalam perbelanjaan. Setiap bulan hantar wang ke kampung. Pergi kerja ada pemandu... pemandu bas. Katanya dia nak sambung belajar. nak buat Ijazah pula. Saya sokong. Saya pesan padanya, sambung lah belajar sementara muda. Ambil bidang yang diminati. Kalau harap pada jawatan sekarang, nak naik pangkat susah. Padahnya bermula apabila saya mula berkongsi (atau membebel) tentang betapa perlunya dia membeli rumah kata saya, beli rumah.. sementara belum berkahwin. Kalau tak beli rumah pun, duit habis juga ke lain. Puas hampir setahun kena bebel, akhirnya saya kongsi padanya satu projek apartment baru. Villa Tropika. Bayar RM 500 sahaja. Selebihnya masuk dalam pinjaman. Memang sesuai sangat untuk orang yang tak ada tunai banyak dan tak ada modal tapi nak beli rumah Saya pernah kongsikan kis...