Langkau ke kandungan utama

Laporan bergambar Seminar Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah sesi April 2013

Sabtu lepas, pada 20 April 2013, Seminar Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah sekali lagi telah berjaya dijalankan.
Kali ini pesertanya tak kurang hebat seperti sesi Mac.
Ada seorang yang datang dari Melaka dan seorang lagi yang datang dari Taiping.
Ada rakan sama-sama tersangkut tak boleh fly belajar ke luar negara.
Ada juga bekas rakan sepejabat dan bekas rakan sejawatan
Lebih cool juga kerana ada bekas penyewa datang belajar.
Wow..

Terima kasih kepada anda semua  kerana hadir dan beri kepercayaan kepada saya untuk berkongsi.

Kali ni ada beberapa orang yang pernah membeli hartanah bertanyakan soalan sedikit advance.
memang korek habis lah!

Tapi saya tetap cuba kembali ke modul yang saya rancang supaya newbies tak rasa lost.

Jom kita layan gambar-gambar kejadian.
Yang mana tinggalkan suami atau isteri untuk hadir ke seminar ni, boleh lah tunjuk bukti ni pada mereka ya!
:P


Kalau rasa gembira tepuk tangan. Yeay Yeay!

"Hari ini kita ada undang-undang. Siapa marah kena jual", kata MC

tanya sama hati, apa mahu jadi?

Hafiz: Woww... banyaknya simpanan aku.. kasi tulis...
Ammar: Kak, 3 x 2 berapa ya? err.. err...

Jangan susah hati, nanti saya bagi skema jawapan ya..

Lee:   your handphone bill also need to write down ah?

Haa.., betul dah jawapannya ni, en Faizul, Macam ni boleh jadi best student ni

EN Wahab: Haa..  buat macam ni lah baru betul...
Angguk angguk..

Ammar: Alamak.. saya terlupa nak bawa kalkulator lah.. boleh pinjam?

Rasanya krim muka kau kurang bagus la.. Nampak ada jerawat tu..

Bahawasanya saya.. rakyat Malaysia...

Let me read your character from the handwriting.. hm... you are.. 

Hensem tak saya dengan kameja kelabu ni? Kameja Harley ni wehh..

Nak iklankan homestay tak susah.. letak je kat laman web Mudah.. mudah lah  ia.
Angguk angguk..

1.. 2.. 3... Skema!

1... 2... 3.... cheese!!!!

Kepada semua peserta, jumpa di Kelab Alien Hartawan yaaa
Zassss!!!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
As salam,

Bulan mei 2013 ni bila akan diadakan lg?
Rohaniah Noor berkata…
hm.. setakat ini belum ada tarikh untuk bulan mei.sepatutnya nak buat di KT tapi terpaksa batal pula..
nanti kalau ada tarikh baru, saya maklumkan kemudian ya
Farazila Wahab berkata…
Tahniah! Suka tengok gambar last tu... ;)
Tanpa Nama berkata…
ok..harap buat kat kL gak la. klau jauh2 tu kena tnggu bulan lain la nmpaknya..he2

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...