Langkau ke kandungan utama

Vista Angkasa akan bertukar penyewa

Malam tadi saya ke rumah sewa di Vista Angkasa.
Penyewa yang merupakan pelajar makab perguruan berhampiran dan juga 2 orang budak perempuan yang dah bekerja.

pemandangan dari balkoni rumah saya

Saya sewakan rumah ini kosong.
cuma ada peti ais sahaja.
Sepatutnya mereka nak sewa setahun sahaja hingga Februari 2013
tapi memandangkan mereka ada praktikum pula, jadi mereka panjangkan penyewaan hingga hujung bulan Mei ini.

Memandangkan mereka penyewa yang bagus, saya tak ada masalah.
Kalau tak nak keluar puntak mengapa.

Malam tadi saya ke sana
Saya nak ambil semua resit pembaikan yang penyewa bantu saya uruskan dan bayarkan.
ini untuk tujuan cukai pendapatan lah

Kemudian, saya bertemu dengan 2 orang budak perempuan yang dah bekerja tu
mereka nak sambung menyewa di situ
tapi mereka akan cari kawan-kawan untuk tinggal bersama lah

sebenarnya saya ingat bila penyewa pelatih maktab ni keluar, saya nak partly furnish atau fully furnishkan rumah ni
boleh lah sewa tinggi sedikit
tapi bila ada yang nak terus tinggal, muka pula innocent... memang boleh buat tuan rumah lemah semangat cair

last-last saya tawarkan kepada mereka untuk naikkan sewa rm100 sahaja
Dari sewa rm1400 sebulan ke rm1500 sebulan
kontrak setahun atau 2 tahun.

Setelah berfikir, mereka pun bersetuju.
sewaan baru akan bermula pada Jun nanti.

Kepada tuan rumah, jangan lupa naikkan sewa anda mengikut harga pasaran ya
kalau penyewa yang sama, memang biasanya kita tak sampai hati naikkan sewa tu banyak
tapi kalau bertukar terus penyewa, lebih mudah.

Dalam kes saya ini, kenaikan sewa tak tinggi
tapi saya dapat zero vacant period
sebab penyewa yang baik terus bersambung.
Maka wang sewa berterusan masuk ke akaun bank.

Alhamdulillah..

Ulasan

Amri berkata…
Saya ada rumah sewa. penyewa nk keluar hujung Mei. Macam mana nak memudahkan bakal penyewa baru melihat rumah sewa tu....
MySham berkata…
kadar sewa kawasan sana berapa? kalau lebih kurang ok lah..janji dapat penyewa yang tak memeningkan tuan rumah
Din berkata…
Salam Kak.

Apa alasan yang kak gunakan untuk naik sewa jika penyewa tu mmg nak tinggal lagi?

Hadramawt Kingdom berkata…
Salam. Boleh sy tahu berapa harga pasaran skrg utk vista angkasa? Dulu akak beli berapa ye? Kalau tak keberatan bleh share sikit..hee.TQ
Rohaniah Noor berkata…
Amri,
kalau nak bakal penyewa view rumah sekarang, boleh minta bantuan tenant bukakan pintu dan tunjukkan rumah. Tapi ini kalau tenant jaga rumah dengan baik. Tapi kalau penyewa tu lelaki bujang yang tak pernah bersihkan rumah.. nak tunjukkan pada wanita bujang atau famili, takut keadaan rumah kotor pula. Bakal penyewa pun takut bila tengok.

MySham, kadar pasaran sana lebih kurang je.. mungkin boleh push lagi rm100 kalau kosong untuk unit 3 bilik macam saya. tapi tak apa lah.. saya rasa dah ok lah ni sebab budak2 ni bagus dan saya tak payah susah-susah cari penyewa baru.

DIn,
kalau katakan dah 2 tahun penyewa menyewa dengan harga lama, boleh bgtau penyewa yang bayaran bulanan kita ke bank dah naik. kadar interest dah naik, tak macam dulu. jadi terpaksa naikkan sedikit sewa. Lagipun kalau sewa rumah lain di situ, harga mmg dah naik dah pun.
jadi, kena make sure harga sewa yang kita nak naikkan tu sama dengan harga sewa pasaran. bukan lebih tinggi

CIk Nadz,
saya tak pasti berapa harga pasaran sekarang sebab ramai orang jual di situ lebih tinggi dari harga penilaian bank. saya beli dulu tahun 2008 harga rm170K
Din berkata…
Terima kasih Kak :)
carikejayaansatu berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
carikejayaansatu berkata…
Salam,saya bangga kalau ada melayu kita yang mempunyai property di vista angkasa tu,sebab harga hartanah di area kerinci dan pantai dalam ni gila2 punya..
Property Info
Unknown berkata…
Bole sy tau.. bape thn balance vista angkasa..? Tq

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...