Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

rumah lambat siap?

Tahukah anda yang setiap projek pembangunan hartanah kediaman ada dateline nya? Kalau beli apartment, rumah mesti siap dan dapat kunci dalam masa 3 tahun. Kalau beli rumah bertanah, ia mesti siap dan dapat kunci dalam masa 2 tahun. Tapi ada banyak kes rumah lambat siap. CF lambat dapat. menyebabkan pembeli lambat dapat kunci. Macam dalam artikel terbaru saya di Majalah Niaga ini. Artikel ini mengenai hak pembeli rumah dalam pembinaan. Apa perlindungan yang ada dalam undang-undang di Malaysia sekiranya rumah yang mereka beli lambat disiapkan oleh pemaju? Kemana mereka patut pergi? Siapa dah baca angkat tangan! Kepada yang belum baca lagi, boleh klik  DI SINI. oh ya... rumah lambat disiapkan berbeza dengan projek terbengkalai ya..  kalau terbengkalai ni sampai melibatkan pemulihan projek biasanya oleh pemaju baru setelah KPKT campur tangan. tapi rumah lambat siap ni lain.. pemaju yang sama.. projek tak terbengkalai..  cuma kemajuan p...

jawatan kosong segera. gaji RM 900 - 1100

Rakan saya baru mengambil alih satu kiosk rojak buah di Balakong. Tapi tak cukup pekerja. Oleh yang demikian, jika ada kawan-kawan yang mempunyai ahli keluarga atau kawan yang sedang mencari kerja, mohon panjangkan tawaran jawatan kosong ini ya. tak kisahlah lah sama ada sepenuh masa atau sementara cuti semester ini yang penting boleh hadir latihan segera dan boleh mula bekerja pada 1 julai ini. URGENT.  jawatan kosong sebagai Food Kiosk Assistant di balakong. gaji RM 900 - 1100. Tempat berhawa dingin. Hubungi 0123547636

kisah retail lot: lubuk emas atau lubuk pusar?

Pelaburan dalam retail lot. Terasa nak berkongsi mengenai potensi pelaburan retail lot. adakah ia lubuk emas atau lubuk pusar air? untuk itu, saya kongsikan antara kelebihan dan risiko / kekurangan dari pengalaman dan pembacaan saya sendiri Kredit gambar: The Star Kelebihan 1) harga jualan lebih murah biasanya retail lot mempunyai keluasan yang kecil. Walaupun harga persqft nya lebih mahal dari rumah atau kedai pejabat, tapi dek kerana keluasannya kecil, maka harga jualannya lebih mampu milik. Harga mungkin sekitar RM 150K - RM 500K sahaja berbanding kedai pejabat yang boleh mencecah RM 1juta atau lebih. Maka ia mampu dibeli oleh mereka yang mahu melabur dalam hartanah komersial tetapi mempunyai kelayakan pinjaman yang kecil atau modal yang kecil. Tapi ada juga retail lot seperti di Sungei Wang yang harganya telah melonjak naik melebih RM 1 juta. 2) kenaikan harga tinggi Sama seperti hartanah komersial yang lain, kenaikan harga retail lot lebih tinggi berbanding ...

pinjaman perumahan v pinjaman peribadi: mana lebih jimat?

Akhir-akhir ini pinjaman peribadi untuk kakitangan kerajaan banyak yang menawarkan kadar pinjaman rendah ada yang 3.99% ada yang 4.5% ada yang 5% tempoh pinjaman pun boleh pergi hingga 20 atau 25 tahun. bagi kakitangan awam, pinjaman perumahan kerajaan ditawarkan pada kadar 4%. situasi ini menyebabkan kumpulan FB Property N Co menerima soalan ini dari tuan Fauzan. Soalan yang membuka satu perbincangan ilmiah yang bagus di sana. Soalan ini juga memberi ilham kepada saya untuk hasilkan satu penerangan berbentuk video. Kita anggap pembeli hendak membeli sebuah rumah berharga RM 100,000 Jadi, saya buat perbandingan sekiranya beliau mendapat pinjaman perumahan dengan margin 90% kadar pinjaman 4% selama 20 tahun dan membandingkan dengan pinjaman peribadi RM100,000 atas kadar faedah dan tempoh yang sama. Hm.. kalau lah peminjam mendapat margin 100% pinjaman perumahan bernilai RM 100,000 pun, hasilnya tetap sama. Pinjaman perumahan yang berasas...

CIF superhero kami!

Sejak 2 minggu ini saya dan rakan kongsi sibuk dengan projek homestay pertama kami. Haaa... nama pun projek pertama, jadi saya sangat berdebar tak pasti sama ada lokasi ini berpotensi besar atau tidak tak pasti juga sama ada saya berbakat menguruskan homestay atau tidak selama ini hanya sewakan rumah macam biasa je kan.. kali ni buat sesuatu yang baru. Berkongsi dengan rakan satu universiti yang juga rakan running saya beliau juga merupakan peserta Seminar Wang Besar dan merupakan salah sorang ahli Kelab Alien Hartawan. Kami mencuci rumah Mengecat dinding untuk menambah seri Membeli belah perabot dan kelengkapan elektrik dan memasang kabinet dapur Perabot ada yang terpakai dan ada yang baru Antara perabot terpakai yang saya beli adalah katil Set katil terpakai dari hotel Katil hotel ni kan jenis divan yang kepala dia berasingan Tapi kat kedai tu katil queen dan single ada. kepala untuk queen dah tak ada Rasa tak cun la katil queen tak ada kepala, saya ...

Group mentoring dan coaching gaya Rohaniah Noor

Ramai yang bertanya, bila saya nak buat seminar seterusnya? Sebenarnya untuk bulan 5 dan bulan 6 ini saya memang ada tetapkan tarikh seminar tapi oleh kerana marketing lemah, saya terpaksa batalkan. Tapi dalam masa yang sama, saya dah mulakan sesi group mentoring dan coaching. Saya buka untuk peserta Seminar Wang Besar sesi Mac dan April terdahulu. Program ini berjalan selama 4 bulan. Mereka akan dibantu dan diberi panduan Saya buka untuk 5 tempat sahaja dan 4 orang menyertainya. Saya tak mahu ramai-ramai sebab takut saya tak dapat fokus pula nanti. Kami mulakan sesi pertama pada hujung Mei 2013. Seorang peserta coaching merupakan seorang anak muda dari JB Seorang lagi seorang guru datang dari Alor Setar 2 orang lagi orang Lembah Klang. Saya buat sesi pertemuan sebulan sekali dalam kumpulan Tujuannya supaya ada networking sesama alien ini Pelaburan dalam jamaah kan lebih mudah dan pantas dilakukan. Lagi satu yang bestnya dalam group mentoring dan coaching ni, ...

futuristik. gempak. tinggal-kerja-bermain

Salah satu ciri hartanah yang mempunyai potensi pelaburan yang baik adalah, ia mestilah mempunyai elemen stay-work-play kurang dari 5 km. Saya acapkali kongsikan kriteria wajib ada ini kepada peserta seminar saya. Hari ini saya nak berkongsi satu projek pembangunan baru kepada anda semua Projek pembangunan bercampur yang mempunyai ketiga-tiga stay-work-play dalam satu tempat. Projek tersebut adalah Zeva @ Equine South. Zeva bukan hanya kediaman tapi ada kedai dan mall di bawahnya. Ia berkonsepkan pembangunan komersial dan futuristik. Kena pula, lokasinya betul-betul bertentangan dengan Jusco Equine dan bersebelahan dengan Putra Walk. Lokasi ini juga tidak jauh dari UPM dan Cyberjaya / Putrajaya. Jadi, setakat ini, pelajar tempatan UPM, MMU, Limkokwing dan CUCMS memang ramai tinggal di sini. Belum kira pekerja-pekerja di Cyberjaya dan Putrajaya lagi. Di Equine juga ada sekolah antarabangsa. Alice Smith international school. Mudah nak akses ke LDP, MEX, Elite dan ...