Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

malapetaka 2016 dan 2017?

Heboh mengenai Robert Kiyosaki menjangka ekonomi jatuh pada tahun 2016. Anda boleh baca artikel mengenainya DI SINI. Tapi sebelum beliau mengeluarkan kenyataan itu, pakar hartanah tempatan, Milan Doshi sudah menjangka economic cycle akan berlaku pada tahun 2017. saya pernah kongsikan maklumat ini kepada ahli Kelab Alien Hartawan sebelum ini. Kenyataan Milan itu dibuat semasa Property Investment Convention 2012. Lantas, apa yang perlu anda buat? Panik? Batalkan hajat beli rumah? Tunggu 2016 atau 2017 baru nak beli rumah? Saya tahu ramai bersemangat nak beli rumah atau menambah rumah di sini. Tengah bersemangat membara, terus rasa lemah longlai kah? Terus rasa mahu tutup buku dan buka balik tahun 2016 nanti ya? kredit foto: cooldesign http://www.freedigitalphotos.net/images/view_photog.php?photogid=2848 Pandangan saya, jika sudah ada modal, sudah ada ilmu, sudah bersedia memulakan atau menambah pelaburan, masih boleh teruskan. tapi cuba fokus pada hartanah...

Orangnya cun, pinggan juga mesti cun

Hari ini saya nak berkongsi mengenai pinggan mangkuk Biasalah.. tak lama lagi raya kan.. Jadi ramai yang berhajat nak mempunyai pinggan mangkuk baru terutama yang nak menjamu keluarga atau nak buat rumah terbuka Pinggan Corelle memang dah terkenal merupakan pinggan yang berkualiti tinggi, tahan lasak dan rekaan yang sangat cantik. Sungguhpun dia susah nak pecah dan tahan lama, tapi dia ringan. tak macam pinggan seramik atau kaca biasa yang berat. Boleh tengok cara pinggan corelle dibuat di kilang melalui video ini. Hot Corelle Malaysia sedia membantu anda berjimat dengan pinggan corelle yang tahan lasak dan harga lebih murah. Pinggan ini diimport terus dari USA. Harganya pula jauh lebih murah dari harga di pasaraya terkemuka. Anda boleh bandingkan sendiri. Hot Corelle Malaysia diusahakan oleh dua orang adik saya, Ada promosi Hari Raya. Jika beli 2 set terus, boleh dapat harga diskaun. Dah la memang dah murah.. dapat diskaun lagi. kemudian, untuk pelangg...

Besarnya inspirasi di Konvensyen Mini Penulisan 2013:

Sabtu lepas saya telah menghadiri Konvensyen Mini Penulisan . Konvensyen ini adalah anjuran Sekolah Penulisan Nuun dan dianjur bersama oleh Akademi HERO dan kursuspenulisan.com Bertempat di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur bemula dari jam 8.30 pagi - 4.30 petang. Saya merupakan salah seorang ahli kumpulan FB Sekolah Penulisan Nuun yang dikelolakan oleh cikpuan Azzah Abdul Rahman dan saya juga alumni kursuspenulisan.com kelolaan Tuan Zamri Mohamad. Mereka berdua memang guru yang yang hebat dalam bidang penulisan. Cikpuan Azzah dalam penulisan kreatif, Tuan Zamri dalam penulisan non-fiksyen. Nasib baik saya daftar awal. Khabarnya dalam 2 minggu sahaja, lebih kurang 100 tempat duduk ini telah dirembat. wow woww... Maka pada hari Sabtu, 20 Julai saya pun tiba di sana lebih kurang jam 8.38 pagi. katanya pendaftaran jam 8.30 pagi tapi tengok-tengok, tinggal 3 baris kerusi dari belakang je yang masih ada tempat duduk. Dewan sudah hampir penuh dengan peserta seawal pagi la...

5 Langkah Jana Wang Sewa Besar: Rujukan lengkap buat si blur

Menyewakan rumah sekali imbas nampak sangat menarik. Ambil deposit kemudian kutip wang setiap bulan. Perjanjian hanya guna air liur. Simple, sempoi, segera. Kemudian, apabila penyewa ingin berpindah keluar lagi sebulan atau dua bulan, mereka minta ditolak dari wang sewa. Kalau deposit ada 2 bulan, maka 2 bulan terakhir tu tak payah bayar sewa dah. Tuan rumah setuju sebab sebenarnya wang deposit penyewa tu pun dah habis dibelanjakan. Jadi, tolak dengan wang sewaan lebih menyenangkan. Simple, sempoi, segera. Tiba hari terakhir penyewa berpindah keluar, mereka hanya tinggalkan kunci dengan jiran sebelah. Bila tuan rumah ambil kunci dan masuk ke dalam... Alamak! Rumah macam kapal titanic ditarik dari dalam laut. Segala macam sampah bertaburan Daun pintu pecah Perabot ada yang rosak Kipas angin dah tak berfungsi Bil air dan elektrik pula tertunggak beberapa bulan. Nak membaikinya memerlukan kos. Tak membaikinya, bagaimana pula nak disewakan semula. Wang deposit su...

Patah tumbuh hilang berganti?

Sambungan kisah perhubungan 2 bulan yang saya kongsikan DI SINI. Semasa prosedur penyewa berpindah keluar, saya selaku wakil pemilik unit diminta menyediakan surat kebenaran berpindah kepada pihak pengurusan. Tanpa surat kebenaran tersebut, pihak pengurusan takkan benarkan penyewa unit kami membawa keluar barangnya. Wahh.. bagus juga ada orang tolong pantau begini. Jadi, saya pun sediakan surat tersebut. Saya selitkan juga kehampaan hati saya. Disebabkan kerja-kerja renovation, menjejaskan penyewaan unit saya pula. Tiba-tiba saya dimaklumkan, boss pihak pengurusan nak bertemu sendiri dengan saya. Maka saya mencari masa dan kemudian memandulah saya ke Melaka. Kebetulan pula, pada hari itulah penyewa berpindah keluar. Saya bertemu dengan Miss Lay Kwan, CEO syarikat yang menguruskan Dataran Pahlawan. Beliau menyatakan bahawa kegembiraan semua pemilik termasuk syarikat Hatten sendiri adalah paling utama. Melihat kepada apa yang berlaku pada unit saya, beliau merasakan syari...

Perhubungan 2 bulan

Hari ini saya ingin berkongsi satu kisah Kisah mengenai hubungan yang saya jangka satu kenangan manis Rupanya bertukar menjadi satu pengalaman hubungan paling pendek yang saya pernah jalani Rakan peserta seminar Sarjana Hartanah dah tahu kisah ini Ia kisah antara saya dan penyewa retail lot saya Saya beli subsale. Beli dengan rakan kongsi Apabila disbursement pertama dah makin hampir, unit retail ini masih kosong Penjual memberitahu saya untuk uruskan penyewaan baru. Kalau ada orang tanya nak sewa pun, dia akan serahkan nombor handphone saya kepada mereka Sebab katanya, tak lama lagi, memang dah jadi hak kami. Ada 2 penyewa berminat nak sewa satu tu nak buka kedai waffle satu lagi nak buka kedai home deco Yang kedai waffle tu chinese lady di melaka Kedai home deco pula pasangan chinese convert dan isterinya melayu. Ada satu cawangan di Bandar Teknologi Kajang. dekat dengan rumah saya. Saya membayangkan lokasi unit ini kurang sesuai untuk kedai waffle. Lagipun seb...

Tetamu tengah malam

Ahad lepas Serena Guest House telah menerima tetamu pertama En Nazrul , seorang agent Prudential Takaful dari kemaman dan beberapa rakannya. Beliau ada urusan kerja di KL dan pada pagi Isnin perlu menghadiri majlis di Mines. Beliau sepatutnya check in pada hari Ahad lebih kurang selepas zohor Tetapi disebabkan beliau ada beberapa urusan di KL, menyebabkan beliau hanya boleh check in pada jam 12.00 tengah malam Wahh.. tetamu tengah malam! Kemudian awal pagi esoknya jam 7.30 pagi, mereka dah check out. Complimentary sarapan untuk tetamu Alhamdulillah.. sebaik mereka memberitahu mereka telah check out, saya sms mereka mengucapkan terima kasih. Kemudian en Nazrul membalas sms itu yang berbunyi: Sama-sama. Terima kasih kembali kerana keselesaan homestay puan. Semoga dapat berurusan lagi di kemudian hari. Alhamdulillah... terima kasih wifi YES 4G untuk tetamu yang menginap Serena Guest House adalah homestay sulung saya dan rakan kongsi. Berlokasi di apartment Vi...

Peraturan baru Bank Negara: pinjaman hartanah 35 tahun, pinjaman peribadi 10 tahun

Mulai 5 Julai 2013, Bank Negara telah menguatkuasakan peraturan baru 1) Pinjaman peribadi hanya boleh ditawarkan sehingga tempoh maksima 10 tahun 2) Pinjaman pembelian hartanah kediaman atau komersial boleh ditawarkan sehingga tempoh maksima 35 tahun sahaja 3) Tiada lagi 'pre-approved loan' atau pinjaman pra-kelayakan untuk apa-apa pembiayaan peribadi. Arahan ini berkuatkuasa untuk semua permohonan pinjaman yang dihantar bermula 5 Julai 2013 Ia berkuatkuasa kepada semua bank, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Malaysia Building Society Bhd and AEON Credit Service (M) Bhd. Ini bermakna, tiada yang terkecuali. Alasannya untuk menangani kenaikan hutang isirumah yang meningkat sebanyak 12% sejak 5 tahun lalu. Berapa teruk Household debt rakyat malaysia sebenarnya? Mari kita tengok carta ini kalau dilihat dari sini, kadar hutang isirumah berbanding GDP memang agak tinggi iaitu 77% pada tahun 2011.  namun kita boleh nampak yang ia tak berbeza sangat dari tahun 2...

Serena Guest House menyelesakan tidur anda

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.. Saya bantu musafir, pekerja dan keluarga mendapatkan penginapan yang selesa berhampiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Alhamdulillah.. Homestay pertama saya dan rakan usaha telah pun sedia untuk disewa. Homestay ini diberi nama Serena Guest House Lokasi di Villa Tropika, Jalan Bistari, Off Jalan Tropika, Taman Tropika, Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi. Ia merupakan apartment 3 bilik dan 2 bilik air yang luas. 1 bilik air berada di dalam bilik utama. Ia sangat sesuai untuk mereka yang ada urusan kerja di UKM atau di sekitar Bandar Baru Bangi. Atau untuk keluarga yang mahu meraikan konvokesyen di UKM, Uniten atau Infratrsucture University. Atau untuk keluarga yang ingin menghadiri majlis perkahwinan di kawasan berhampiran/ Kelengkapan yang disediakan di sini adalah: Ruang tamu dan ruang makan: - sofa, tv LCD flat screen 32 inci, 2 meja kopi, kipas, aircond dan 1 set meja makan. Bilik u...