Jumaat lepas Perdana Menteri Malaysian telah membentangkan Bajet 2014 di Parlimen. Melihat dari perspektif pelabur hartanah, saya senaraikan antara yang berkaitan secara langsung. 1) Mengawal harga rumah dan tindakan spekulasi dengan cara a) Semakan semula RPGT Kadar Real Property Gain Tax (RPGT) atau Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dinaikkan seperti yang diura-urakan sebelum ini. Kadar untuk tahun ini, jika hartanah dilupuskan dalam tempoh sehingga 2 tahun, kadarnya adalah 15% manakala jika ia dilupuskan dalam tempoh 2 – 5 tahun, kadarnya adalah 10%. Selepas 5 tahun, tiada RPGT dikenakan. Namun mulai 1 Januari 2014 ini, kadarnya akan dinaikkan ke 30% bagi hartanah yang dilupuskan pada tempoh 3 tahun atau kurang, 20% pada tempoh 4 tahun dan 15% pada tempoh 5 tahun. Selepas 5 tahun, tiada RPGT dikenakan namun bagi pemilik hartanah yang terdiri dari syarikat, mereka akan tetap dikenakan cukai sebanyak 5%. Bagi bukan warganegara Malaysia, RPGT yang dikenakan adalah 3...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.