Langkau ke kandungan utama

saya dah cakap, saya masih muda...

Saya dah cakap, saya masih muda...
Ramai tak percaya.. ramai kawan-kawan buat icon :P bila saya cakap macamni

Haa.. kan sekarang anda boleh tengok..
Mereka pun kata saya masih muda.
Kalau tidak, takkan la tajuk artikel ini sebegini kan...

'Young & Savvy Investors: Secret Revealed"



ahaa....
alhamdulillah.. 
saya diberi peluang ditemuramah untuk cerita saya ditulis di dalam Majalah Property Insights isu Oktober 2013.
Walaupun saya tak sehebat blogger hartanah atau pelabur hartanah lain di luar sana, tapi saya rasa teruja juga.
tak pernah pun berangan muka saya ni layak dicetak berwarna dalam beberapa ribu salinan.
heeee....

Ini cover majalah isu ini.



Penulis artikel ini, en Najib merupakan anak muda yang sangat baik.
Baik sangat orangnya.. sanggup datang ke Alamanda untuk temuramah saya.

Saya pula bila dihubungi oleh en Najib untuk buat temujanji bertemu, saya jadi gabra
kemudian mula risau.. nak pakai baju apa?
hahahaha.

kawan-kawan saya tahu, saya bukan kaki shopping.
saya tak ada banyak baju yang boleh dibawa ke majlis.
banyak tshirt sempoi dan baju yang dah agak lusuh je.

Blur, saya tanya pendapat Haruki.
Kata beliau, dia suka tengok saya pakai jaket coklat ni.
haaa... saya pun apa lagi... seterika jaket tu, kameja peach, tudung peach dan jeans.
harapnya nampak ok la kan...
harap tak bikin malu majlis... hehehe....




Selain kisah saya, ada juga perkongsian seorang lagi pelabur hartanah muda
haa.. yang ni memang sangat muda.
Patrick Chay atau lebih terkenal dengan nama patchay memang hebat.
umur baru 26 tahun tapi portfolio hartanahnya sudah RM 1 juta



woww...
Kiranya pertembungan Gen X dan Gen Y la ni .. hmm...
Jadi... kalau nak tahu apa cerita kami berdua, boleh la dapatkan majalah ni.
Insya Allah, masih ada di kedai-kedai majalah.

Terima kasih kepada en Najib kerana menulis artikel yang hebat ini.
Begitu juga dengan penerbit majalah ini, Mr Chua.
Terima kasih tak terhingga kepada mereka berdua.

Ni kiranya pertama kali dalam sejarah saya ni.. 
tak tahu bila lagi akan ada artikel sebegini
jadi, elok sangat lah kalau anda beli dan framekan di bilik kerja anda.
Buat kenangan. hehehehe....

(ok, dua ayat terakhir itu sangat poyo.. )

Ulasan

Farid Adam berkata…
dah jadi retis properties...hehe

Jom terjah entri terbaru saya - 4 Sebab Mengapa Pembaziran Berlaku
salfhi berkata…
wow.. thniah.. mau cari ini majalah
Suhaimi berkata…
Saya berminat nak menceburi bidang hartanah ni. Setakat ni belum berpeluang.
Haruki berkata…
Looking smart, Anie!
Unknown berkata…
tak beli lagi bulan ni punya.. takkan lepaskan :D
sitiezahim berkata…
patut kak anie beli sedozen buat adik bradik.. hihihi... :P

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...