Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Sempoi je nak jadi jutawan

Hari ni saya nak kongsikan teknik jutawan melalui pelaburan hartanah paling sempoi. Tak payah teknik pelik-pelik, pecah kepala, ambik risiko tinggi-tingi. Beli rumah satu dengan sempoi dan relax, tetiba jadi jutawan. Caranya: 1) Beli sebuah rumah RM 200,000. Beli semasa muda. Umur kurang 30 tahun.Buat pinjaman 35 tahun. Katakan bayar sebulan RM 1K. 2) Cari yang kadar sewanya kalau tolak bayaran bank dan yuran penyenggaraan pun boleh dapat lebihan sekurang-kurangnya RM 150 sebulan. Contoh: Sewa RM 1250. Tolak ansuran bank RM 1k, tolak maintenance fee RM 100. Ada baki RM 150. 3) Terus menyewakan rumah tersebut. Guna duit sewa tu untuk bayar ansuran ke bank. Untung RM 150 sebulan simpan dalam ASB/ Tabung Haji. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Cukup 35 tahun, pada umur 65 tahun nanti: ** pinjaman dah habis. *** Duit sewa bukan lagi RM 1200++. Mungkin sudah RM2K++. Semua masuk poket sebab hutang dah habis. ****Harga rumah tu pula, kalau purata naik 5% setahun, sekara...

Matang dan senang ke mana-mana

Tempoh hari saya ke Rahang, berhampiran dengan Seremban dan Senawang. Boleh dikatakan di tengah-tengah Seremban dan Senawang lah. Sebenarnya saya pernah ke sana sebelum ni masa survey kedai untuk satu projek kawan dulu. saya suka kawasan ni. kawasan matang, bukan kawasan baru. Dah ada banyak projek perumahan lama di sini. Dijangkakan ada lebih kurang 40,000 penduduk di Senawang. Senawang ni kawasan Melayu Cuma Rahang setakat ini lebih ramai chinese. Seremban pula lebih mixed kan.. Ada kawasan industri Ada sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan cina. ada hypermarket seperti Econsave, Aeon Big, Giant dan tak lama lagu dengarnya Mydin pun nak datang sini. Satu lagi yang best adalah dekat dengan exit tol. Nak ke highway atau keluar dari highway, ada exit tol dalam lebih kurang 1 jam sahaja dari situ. Tak perlu ke exit tol Seremban, nanti jem. Kalau nak naik komuter, tak jauh dari situ ada stesen Komuter Senawang. cun.. Jadi, baru-baru ni saya ke sana la...

Puaka nombor

Apabila membeli rumah, terutama jika membeli untuk pelaburan, pastikan elemen seperti fengshui dan pantang larang bangsa lain. Memang la kita yang muslim ni tak percaya. Tapi sebab kita nak sewakan atau jual balik kan.. Takut yang nak beli tu percaya. Jadi, market kita jadi terhad pula nanti bila ada sesuatu tak kena dari segi fengshui ni. Saya ada sebuah rumah untuk dijual. Dah lama juga rumah ni diiklankan. kos iklan pun dah banyak habis. Rumah ni below market. Harga hampir sejuta. Market value satu juta. Banglow, kawasan freehold. ********    4 ******** Lokasi cun, rumah cun. sayangnya nombor rumahnya no 4 ada chinese call berminat. Tapi bila dengar no 4, terus tak jadi. orang melayu pula, pasarannya kecil untuk harga rumah sebegini. Rumah no 4, tingkat 4, tingkat 14.. kalau boleh elakkan. sei.. no 4 dalam bahasa cina. tapi kalau salah intonasi, maksudnya mati. Satu lagi rumah mengadap simpang 3. T junction. feng shui tak bagus Dari segi logik ...

Dah jumpa yang berkenan, nak menung lagi?

Hari ni saya nak cerita apa yang berlaku pagi Ahad lepas. Ada sebuah rumah teres 2 tingkat bertanah untuk dijual di Taman Haneco, Semenyih. Luas 18x65. memang lah tak besar sangat. Tapi harga jual dia letak RM 250K.  Boleh nego lagi harga ni kalau betul-betul beminat dan cepat booking. Saya berpandangan rumah ni sangat sesuai untuk tinggal sendiri. Susah nak dapat rumah landed dengan harga RM 250K ni. Harga apartment medium cost je ni. Semenyih ni harga rumah pun dah naik. Kalau Setia Eco Park tu, harga paling murah mereka jual dulu pun RM 400k++ untuk landed 2 tingkat intermediate. Memang kalau Semenyih area tepi jalan utama menghala ke Beranang tu, harga dah naik. Kalau Kajang pula, rumah subsale mungkin boleh dapat paling murah dalam RM 430K.. rumah lama. rumah under construction, main harga rm700K ke atas dah... Kalau orang yang bekerja di Putrajaya, Kajang, Cheras memang terbaik lah kalau beli rumah ni. Market value rumah ni tak naik sang...

December 19, 2014 at 06:54AM

2014 dah hampir sampai ke penghujung. Berkongsi pengalaman akan memberi manfaat kepada yang lain. Manfaat itu akan memberi pahala kepada kita semula pula. Jadi, boleh kongsi siapa yang ada beli rumah pada tahun ini? lokasi di mana dan adakah ia untuk disewakan, dijual semula atau untuk tinggal sendiri? Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1yMB1yo via IFTTT

December 18, 2014 at 11:23AM

Blog copy paste. Adalah satu pelanggaran hakcipta jika blogger ini copy paste artikel dari website atau blog orang lain tanpa kebenaran dan memberi kredit / link ke artikel asal. Kalau dari laman web berita online, letaklah kredit dan link artikel asal artikel tu. Jangan copy paste macam kita pula wartawan / penulis asal pula. Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1yMB1yo via IFTTT

Sesi Q&A Ebook Kerjasama kali pertama

Malam kelmarin saya telah berjaya mengadakan sesi Q&A percuma ebook Kerjasama: Alien Beli Rumah Non-Stop. Sesi ini khas untuk pembeli ebook ini sahaja. Dalam membeli rumah secara joint venture ni, saya tahu ramai concern kalau nama tak ada dalam SPA, kemudian muncul perkara yang tak diingini seperti - perselisihan faham - campur tangan suami / isteri rakan kongsi atau - partner yang nama di SPA meninggal dunia Di dalam ebook ini, saya telah ceritakan 3 instrumen penting untuk tangani isu ini. 1) perjanjian joint venture 2) trust 3) hibbah Jadi,untuk menjawab kemusykilan lebih terperinci dan teknikal berkenan joint venture itu sendiri serta 3 instrumen yang saya sebut, saya adakan sesi Q&A ini. Saya jemput Cik Rozailiya dari firma guaman Liya Sani & Associates untuk berkongsi mengenai kepentingan perjanjian dan intipati penting yang tidak boleh diabaikan dalam perjanjian ini. Cik Rozailiya Teringat kata-kata spontan Cik Rozailiya, "kalau boleh ...

Alien Beli Rumah NON-STOP. Bagaimana?

Ramai orang ingat, kalau tak ada gaji, tak boleh beli rumah. Kalau bankrap, tak boleh rumah. Kalau loan dah tak lepas, tak boleh beli rumah. Betul ke? Memang gelap masa depan ke? No no no... Sebenarnya boleh. Ada caranya. Cara ini dipanggil beli rumah melalui teknik joint venture. Dalam bahasa melayu, KERJASAMA! Macamana tu? Beli rumah pakai dua tiga nama atau pakai nama orang lain bukan perkara asing. Cuma ramai masih tertanya-tanya bagaimana sepatutnya ia dilakukan. Bagaimana pembahagian keuntungan seeloknya berlaku. Siapa nak jaga rumah. Ahaa.... ***************************** KERJASAMA! Alien beli rumah NON-STOP ***************************** Kerjasama: Alien Beli Rumah Non-Stop adalah ebook ketiga saya. Ebook ini selepas ebook kedua saya,   5 Langkah Jana Wang Sewa Besar. Ebook ketiga ini akan menjawab persoalan-persoalan yang timbul dalam pembelian rumah secara joint venture. Ia ditulis berdasarkan pengalaman sebenar saya dan  rakan ...

perkara no 6 yang berbunyi cengkerik

Saya banyak menerima soalan sebegini.  "Saya ni berniaga sendiri. Boleh kah saya beli rumah?"  "Saya buat bisnes online sahaja. Boleh ke saya buat pinjaman untuk beli rumah?" Tak salah berniaga sendiri. Bisnes online. Itu semua pekerjaan yang sangat bagus malah digalakkan oleh agama kita. Tetapi untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli rumah, bank akan melihat kriteria berikut: 1) ada tak pendaftaran perniagaan atau pendaftaran syarikat 2) profile perniagaan atau syarikat 3) ada tak akaun bank perniagaan atau syarikat 4) berapa transaksi duit masuk dalam akaun bank tersebut 5) berapa lama perniagaan atau syarikat beroperasi. Sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas 6) borang cukai pendapatan bagi pendapatan perniagaan dan syarikat tersebut. Ramai orang yang hebat dalam perkara 1 - 5. Bila bab perkara 6, mula berbunyi krikkk... krik.... Dah tu, macamana nak beli rumah? Declare cukai pendapatan tak bermakna kena bayar berpuluh ribu ringgit. Ada teknik b...

Gossip rumah semasa kenduri kahwin

Berada di Pasir Mas, menghadiri majlis perkahwinan kawan saya. Ketika sedang makan, saya berbual dengan seorang bapa saudara kawan. Orang kelantan juga. Mesra dipanggil sebagai Ayah Long. Ayah Long sekarang pesara Keretapi Tanah Melayu, berumur 73 tahun. Borak punya borak, beliau berkongsi yang ada orang nak beli rumahnya di Kuala Krai. Dulu masa pencen, dapat duit pencen dan duit ganjaran. Dia gunakan duit tu untuk beli rumah. Katanya, kalau tak beli rumah, dalam 3, 4 bulan duit tu mesti habis. Beringat masa depan, beliau beli rumah tu tapi sebahagiannya buat pinjaman juga dengan Bahagian Pinjaman Perumahan. Sebulan bayar dalam RM 122. Lagi 2 tahun pinjaman habis. Dia tak ingat berapa harga rumah tu masa dia nak beli tu. Tapi saya jangka sangat murah la tu.. sebab katanya, kawan lain yang bukan nak pencen, ansuran tak sampai 100. Dia punya je sebab dah nak pencen sangat, ansuran jadi  rm122. Sekarang ni, ada orang tawarkan nak beli rumahnya dengan haga RM 400k++ k...

kat Johor pun ada rumah bayar 2K sahaja

Semalam saya berkongsi mengenai kebaikan dan peluang pelaburan hartanah under construction. Antara yang bestnya bila beli rumah under con ini adalah boleh beli rumah dengan modal yang rendah. Nak beli rumah yang berharga rm400K misalnya, cuma perlu bayar 1% sahaja. Bukan 10% Bukan 100% macam beli saham dan emas. Maknanya, bayar RM 4K sahaja untuk miliki rumah berharga RM 400K. Tak cool ke tu? Tak semua developer tawarkan projek begini. Kena survey, kena tanya pemaju berapa deposit yang diperlukan jika nak beli rumah tu. Kalau di Kajang, antara contoh rumah yang boleh dibeli dengan modal 1% adalah PROJEK INI. Hari ini saya cuba ronda-ronda booth projek hartanah baru di Iskarnival ini. Nak tengok ada tak projek baru di sini yang boleh dibeli dengan modal yang rendah. ronda... ronda... tanya... tanya.. Jeng Jeng! saya jumpa projek ini. Seri Austin Residence di Wilayah Iskandar Malaysia. Pemaju UM Land. Saya dimaklumkan jika pembeli bumiputra, ada diskaun bumi 1...

Budak UTP Pulang ke Perak

Sirih pulang ke gagang Belut pulang ke lumpur Student UTP pulang ke Perak Begitulah ibaratnya bila saya menerima jemputan dari Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di Ipoh mereka menjemput saya untuk berkongsi mengenai pelaburan hartanah cerita pasal teori, parktikalnya, udang-undnagnya dan peluang-peluang buat duit. Nama seminar ini adalah Seminar Pelaburan Hartanah Islam. Selain saya, ada satu sesi pagi oleh seorang Pengurus Maybank Islamik, bercerita mengenai pelaburan hartanah dari sudut hukum agama. Beruntung betul orang Ipoh sebab saya dimaklumkan yuran yang mereka kenakan hanya RM 20 seorang. Itu pun bukan sebab nak caj sangat Tapi sebab tanda komitmen. Jarang-jarang saya bagi talk dengan berbaju kurung Alhamdulillah.. ramai juga orang Perak yang hadir.  Yang paling terharu bila tuan Azizul Azli Ahmad, pelabur hartanah tegar dan penulis buku yang hebat INI turut hadir ke seminar tersebut. Beliau siap belanja makan nasi vanggey ...

Jom Cari Rumah Hari Ini Sampai Ahad

Ke mana sabtu dan ahad ini? Mahu ilmu pelaburan hartanah secara percuma? Kalau mahu berjaya dalam pelaburan hartanah, proses menimba ilmu sepatutnya diletakkan sebagai satu prioriti. Kalau perkongsian ilmu tu pula percuma, apa lagi alasan kita? Teringat satu ketika dulu saya memang sangat rajin ke Property Talk semasa expo iPropert Speaker best, ilmu yang dikongsi tu power kemudian percuma pula tu. Saya ingat lagi, orang melayu yang hadir tak sampai 10% dalam sesi talk tu. Nampak orang Melayu ramai kat dalam mall, kat kedai shopping atau window shopping. Tak mustahil orang melayu masih ketinggalan lagi. Kali ini satu lagi perkongsian ilmu pelaburan hartanah secara percuma dalam majlis terbuka akan diadakan. Acara Jom Cari Rumah akan diadakan di SACC Mall dari hari ini , 28 Nov hingga Ahad 30 Nov 2014. Akan ada pameran hartanah dan sesi talk. Sesi talk akan diadakan pada hari esok, Sabtu dan Ahad bermula jam 1.00 tengah hari hingga jam 4 petang. Ada 5 orang spe...

Beli Rumah Tanpa Modal Satu Mitos?

Biasa terngiang-ngiang atau anda terbaca mengenai beli rumah tanpa modal kan.. Wah.. orang cakap boleh beli rumah tanpa modal. Maknanya tak payah keluar duit langsung lah ya? Kalau yang belajar properly dan baca artikel berkaitan dengan cermat, akan dapat tahu teknik yang sebenarnya. Yang main dengar-dengar ni.. mula la menimbulkan mitos seperti berikut: 1) Tengok je iklan, terus tanya agen atau penjual. "Saya nak markup s&p boleh? " Padahal tak check market value pun.. 2) Tengok je iklan tu murah sikit dari iklan orang lain, terus anggap rumah ni below market. Tak check market value betul-betul pun. 3) Bila rasa tu rumah tu 10% below market value, terus anggap tak payah bayar deposit langsung. markup s&p, loan 90%, rumah 10% below market value.. so tak payah bayar deposit la kan sebab 10% deposit tu loan boleh cover. 4) Belum apa-apa, baru tengok iklan dan mengendeng minta diskaun ke tahap 10% below market. Rumah pun belum tengok. 5) Lupa ada yur...

Havocers di JB

Saya baru malam tadi lepas maghrib sampai di rumah. Ahad full day ada Havoc Hartanah @ Iskandar Malaysia di Johor Bahru. Havoc betul event ni. Tiket sampai sold out beberapa hari sebelum majlis. Kerusi dan melimpah-limpah dah.. Itu pun masih ada yang call bertanyakan tiket pada last minute. Organiser dengan berat hati terpaksa tolak. Demi event ni, saya tidur jam 8 malam. Bangun semula jam 1 pagi..  iron baju, packing beg dan bersiap. Jam 2.45 pagi gerak dari rumah di Kajang. Mengantuk, isi minyak dan solat subuh.. 3 kali berhenti di R&R. Akhirnya alhamdulillah.. berjaya sampai di lokasi jam 7.30 pagi. Orang JB memang happening. Penuh Iskandar Malaysia Information Center (IMIC) dengan peserta. Ada banyak booth projek baru developer yang dijual dengan harga 250k-500k di situ. Kiranya sambil menimba ilmu, boleh terus shopping atau update diri dengan projek terkini. Penting untuk tahu harga projek baru di sesebuah kawasan. Sebab harga pas...

Kondo dekat MRT bayar RM 5K sahaja

Biasanya projek perumahan berhampiran dengan LRT/MRT/komuter akan mengalami kenaikan harga yang sangat baik. Kerajaan umum sahaja akan ada stesen LRT / MRT / Komuter di situ, harga terus naik. Kerja pembinaan MRT mula, harga naik lagi. Siap sahaja MRT, harga naik lagi dan lagi. Hari-hari kemudiannya biasanya menyaksikan hartanah berhampiran stesen train ini akan menjadi panas dan harganya takkan turun. Nak lagi bonus kalau hartanah tu freehold. Kalau beli dan duduk sendiri pun boleh buat duit. Kalau beli untuk medium atau long term investment pun insya Allah boleh buat duit. Saya nak berkongsi satu projek baru. Oasis 1, Mutiara Heights, Kajang. Kondominium terbaru dari pemaju TLS Group, pemaju yang sama dengan Sepakat Indah dan Sepakat Indah 2 di Kajang. Kiranya kat Kajang, pemaju ni punya track rekod memang baik. Projek perumahannya memang harga naik dengan cantik dan township yang dibina memang berpotensi. Lokasi lebih kurang 3 km dari stesen MRT. Berhampiran den...

5 kerusi panassss

Hari ini saya akan buat persiapan penyediaan handout untuk Seminar Cukai Enterprise: Bayar Sikit Untung Banyak. Seminar ni saya rancang dan cari speaker yang berkelayakan kerana saya dapati sebagai usahawan, ramai yang tak ada idea macamana nak declare cukai perniagaan. Ramai yang nak elak. Ramai yang takut kena bayar banyak. Ramai yang susah nak beli rumah dengan pendapatan perniagaan sebab tak declare cukai. Ehem.. perhatikan istilah 'declare' di sini. Declare tak semestinya kena bayar Declare tak semestinya kena bayar banyak sampai rugi. Kita declare dulu dan kita decide, nak nampak untung ke nak nampak rugi. Nak beli rumah banyak, kita declare untung. Tak mahu tambah aset, kita declare rugi. Biarpun tax accountant boleh buat ini semua, tapi kita sebagai pemilik perniagaan harus ada ilmu ini. Baru kita boleh rancang betul-betul. Untuk sesi Sabtu ini, ada 5 tempat lagi. Untuk sesi 21 Disember ada 10 tempat lagi. Seminar sehari belajar sampai lebam da...

Biar betul orang JB ni...

Hari Ahad ini sangat bertuah nampaknya Suatu masa dahulu saya pernah merancang untuk berkongsi mengenai pelaburan hartanah di Johor Bahru Masa tu tahun lepas. Tapi sedihnya saya ni tak popular, jadi hanya ada seorang sahaja yang daftar untuk hadir Sehinggakan saya terpaksa batalkan sahaja kelas tu dan pulangkan duit. Ye lah.. kos ke JB pun dah berapa kan.. Itu kisah tahun lepas. Tahun ni, alhamdulillah ada speaker femes dan oraniser hebat jemput saya beri talk di JB maka dapatlah saya berkongsi ilmu pelaburan hartanah di sana. Havoc Hartanah temph hari di KL memang havoc habis. Gegaran terasa sampai ke Johor Bahru Itu sebab kali ni Havoc Hartanah akan turun ke JB pula Ada 5 speaker yang akan turun ke selatan demi bertemu pelabur dan bakal pelabur hartanah di sana. Faizul Rizuan: anak muda yang beli 25 buah hartanah pada umur 30 tahun Safuan Rahman : pensyarah yang banyak terlibat dalam subsale dan flipping rumah lelong Abang Abu: Mekanik Wang: pakar motivasi p...

Panggilan maut buat peminjam PTPTN

Minggu lepas, agak kecoh semula kes hutang peminjam PTPTN bakal disenarai ke dalam laporan kredit Bank Negara atau dipanggil sebagai CCRIS. Mereka yang terbabit adalah mereka yang tidak pernah membayar hutang selama  lebih 3 tahun yang lepas melibatkan hutang berjumlah 1.23 billion ringgit. Saya rasa ini satu panggilan maut buat mereka yang terlibat. Tolong jangan buat derk sahaja. Apa kesan dari penyenaraian hutang PTPTN di CCRIS? Ada 2 kesan sebenarnya. 1) Kebolehpercayaan peminjam Apabila seseorang memohon sebarang pinjaman, bank akan merujuk kepada laporan CCRIS setiap pemohon dahulu.  Laporan ini menyimpan semua pinjaman bank yang ada, amaun pinjaman dan rekod bayarannya. Adakah semua bayaran ansuran dibayar mengikut sepatutnya? atau adakah terdapat tunggakan di mana-mana bulan dalam 12 bulan kebelakangan ini? Sekeping kertas (atau mungkin beberapa keping kertas jika peminjam ada banyak pinjaman) akan menjelaskan segalanya. CCRIS y...