Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

kisah aiskerim dan kitkat

Bulan Januari 2014 saya katakan adalah bulan perpisahan. Antaranya pada bulan ini sahaja, 3 orang penyewa menamatkan penyewaan di rumah sewa saya. Dan saya berjaya pula menghalau penyewa yang saya ceritakan DI SINI terdahulu. 2 penyewa yang keluar ini untuk rumah di cyberjaya. Mereka memang penyewa yang baik. Kedua-duanya pelajar di Limkokwing Universiti. Kedua-duanya berasal dari Iran. Salah seorang dari 2 orang ini, seorang pelajar lelaki. Kontrak penyewaan setahun dah tamat. Beliau mahu menyewa master bedroom di cyber heights pula di rumah kawannya. Beliau terlalu sibuk katanya. Hinggakan memerlukan lebih masa untuk mengemas barang dan keluar dari rumah tersebut. Tapi memandangkan cyberjaya memang tengah musim sejuk sekarang ni, saya benarkan dan berlebih-kurang sahaja. Itu pun, dia tak sempat bersihkan sampah-sampah dalam rumah. Dasyat juga. Tapi hanya sampah. Rumah dan perabot tak rosak. Saya tolak sedikit amaun dari depositnya untuk upah cleaner buang s...

Jana 30k setahun melalui rumah lelong?

Tahun 2014 nampaknya semakin mencabar kan untuk pelabur hartanah. Bila tengok harga hartanah baru, wow wowww.. Pasti tak lulus pinjaman ni. Mana taknya... Harga rumah kondominium 3 bilik 2 bilik air pun dah mencecah RM 500k ke atas. Kalau yang berharga kurang RM 300k, hanyalah unit studio seluas 450 sqft sahaja.. Haihh... Macamana nak duduk dengan anak-anak? Ahaa... Jangan terasa masa depan gelap. Masih ada caranya untuk anda membeli rumah 3 bilik 2 bilik air dengan harga di bawah RM 200k. Peluang masih ada melalui pembelian hartanah lelong dan subsale. Malah, tahukah anda ada ramai orang yang berjaya menjana keuntungan sekurang-kurangnya RM 20k- 30k dalam masa setahun. ******************************************* Seminar Taiko Rumah Lelong sesi Feb 204 ******************************************* Propertywaltz.com akan membawakan dua orang taiko rumah lelong. Siti Farazila, pakar rumah lelong wanita yang fokus kepada strategi keep. Beli rumah lelong untuk jana wa...

penyewaan tamat bila penjual jual rumah

Semalam saya mengecat rumah. Sebenarnya saya beli rumah ni melalui subsale. Dapat harga jauh lebih rendah dari harga pasaran. Saya dapat 2 unit, satu pada harga RM 135K, satu lagi pada harga RM 137K. Harga pasaran pada masa tu adalah RM 170K. saya pun apa lagi... markup snp lah untuk dapatkan wang tunai. Ahaa.. inilah namanya beli rumah, dapat wang. Hujung bulan Oktober, salah satu rumah ni dah pun selesai prosedurnya. Bank saya dah bayar habis kepada vendor (penjual). Sebenarnya beberapa bulan sebelumnya lagi saya dah maklumkan kepada agen yang menjual dan peguam bahawa saya mahu rumah itu kosong. Saya tidak mahu menyambung sewaan yang masih ada. Kononnya agen dan peguam ambil maklum. Saya tidak diberi no telefon vendor, jadi sukar untuk saya menghubungi vendor secara terus. Sebaik loan saya disburse duit, saya bertanyakan peguam. Penyewa dah keluar ke? Peguam kata, penyewa ada lagi. Beliau hanya pindahkan 2 bulan deposit dan setengah bulan deposit kepada saya. ...

corner lot di melaka bawah harga pasaran

Rumah teres corner lot di Melaka dengan harga di bawah RM 200K, woww.. woww... Sepupu kawan saya nak jual rumahnya di Melaka. Di Taman Desa Molek, Air Molek, Melaka. Rumah teres setingkat corner lot ni tanahnya besar. 2400 kaki persegi. Ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Rumah dah pun diubahsuai dan dibesarkan berbanding rumah asal. Beranda rumah luas. Kat garaj tu senang-senang boleh parking 2 kereta. Manakala di tepi dan depan rumah pula, boleh parking lagi 4 - 5 buah kereta. Maknanya kalau nak buat kenduri kendara atau kalau keluarga yang besar, memang tak ada isu nak parking kereta. pemandangan belakang rumah.  Rumah ni freehold. Malay customary land, jadi hanya boleh dibeli oleh orang melayu je. Jadi, kawasan ni memang kawasan orang melayu lah. Dekat sangat dengan sekolah. Dalam 100 meter ke Sekolah Kebangsaaan Ayer Molek. Kat depan simpang masuk rumah ni ada deretan kedai dan petronas. Kat petronas tu juga ada pasar...

Gelombang Salamiah Hassan

Off topic dari pelaburan hartanah dan kewangan sebentar. Malam tadi saya mendapat peluang menghadiri preview konsert Gelombang Salamiah Hassan di Istana Budaya. Menikmati vokal yang hebat dari beliau, persembahan yang berjiwa, susunan muzik yang terbaik dari Aubrey Suwito.. Memang satu konsert yang hebat. Saya menunggu-nunggu lagu Menghitung Hari. Sangat gembira dapat melihatnya menyanyi live di depan mata. Ada segmen beliau mengimbau kenangan dengan ibu dan bapanya. Katanya, Dato SM Salim memberitahunya yang suara arwah ibunya sangat sedap menyanyikan lagu Patah Hati. Beliau juga menjemput abangnya yang juga seorang komposer lagu ke atas pentas untuk membuat persembahan bersama. Salamiah Hassan dan gambar arwah ibunya Lagu penutup, Gelombang pula adalah lagunya yang paling popular dan paling beremosi. Dinyanyikan dengan sangat baik olehnya. Membuatkan penutup konsert di mood sedih tapi terasa zaman kegemilangannya. Jika ada peminat Salamiah Hassan atau lagu...

saya si halimunan

Kadang kala bila melihat pencapaian orang lain dalam pelaburan hartanah, saya rasa diri saya agak perlahan. Kadang kala bila melihat pencapaian blogger pelaburan hartanah lain, saya rasa diri jauh tak setanding. Tanpa blog ini, pasti memang tiada orang yang nampak saya. Rohaniah Noor akan terus halimunan atau kekal di ingatan orang lain sebagai seorang yang kurang digemari. Mengenali saya secara peribadi bukanlah sesuatu yang hebat. Jauh bezanya dengan orang yang dapat bertemu atau mengenali arwah Yasmin Ahmad. Jauh ibarat langit dan bumi. Itulah sebabnya saya lebih suka anda LIKE FB public saya yang ada di sebelah kanan blog ini sahaja berbanding add friend di FB peribadi saya. Saya punya banyak kelemahan Saya punya banyak alasan jika mahu justifikasikan kelemahan saya. Kadang kala saya berfikir-fikir. Mungkinkah perkongsian saya di blog ini dapat mengimbangi kelemahan saya? Apa pun kelemahan kita, saya kira kita perlu fokus pada kelebihan kita dan lakukan apa yang ...

Jatuh bangun Serena Guest House 2013

Baru semalam saya menulis  DI SINI  mengenai homestay Serena Guest House saya yang disewa sebulan terus. Rupanya petang semalam saya menerima khabar dari kakak cleaner yang jaga homestay tu. Penyewa sebelum ini mahu menyewakan lagi sekali untuk kawannya yang akan tiba ke Malaysia esok. Beliau mahu sewa sebulan juga. Alhamdulillah.... Kalau boleh saya kongsikan sedikit pengalaman saya menjalankan homestay ini sejak beberapa bulan ini. Saya dapat sewa rumah ini mulai Jun 2013. Rumah kosong. Saya partner dengan kawan lama saya yag juga peserta Seminar Wang dan Hartanah yang saya anjurkan. Kami pasang kabinet dapur, beli perabot, cat semula, pasang langsir, siapkan rumah... bulan Julai 2013 homestay mula diiklankan untuk disewa. Saya letak iklan di Mudah, promosikan di blog dan melalui agen marketing iaitu blog  http://www.anastasyea.com/ dan blog adik saya di  http://catatandarideutschland.blogspot.com serta mendaftar di inapdesa.com Pendapatan...

Homestay disewa sebulan

Homestay Serena Guest House baru sahaja tamat penyewa selama sebulan terus pada hari Khamis baru-baru ni. Penyewa ni student dari Libya Mahu datang ke Malaysia untuk buat kursus pendek Bahasa Melayu Selepas tu, tak tahu lagi mereka akan sambung belajar di mana. Jadi, kawan mereka yang memang pelajar Sarjana di UKM bantu carikan penginapan untuk sebulan. Alhamdulillah..  walaupun kalau banding sewa sebulan dengan sewa ikut malam, jauh sewa sebulan lebih murah tapi rasa rileks sikit lah untuk tempoh sebulan tu. Penyewa pun baik. Cleaner yang jaga rumah tu seminggu sekali diupah pula oleh penyewa untuk cuci rumah. Alhamdulillah.. khamis penyewa sebulan ni keluar, Sabtu ada tetamu lain masuk. Seorang ibu yang carikan penginapan untuk anaknya dan kawan-kawan anaknya yang ada perlawanan ragbi di GMI. Homestay saya ni memang dekat sangat dengan GMI juga. Bertuah anak ini dapat ibu sebegini. Tolong carikan homestay, bayarkan sewa, siap extendkan lagi sampai...

Tenants from Hell.. Hell.. Hell..

Siapakah penyewa? Adakah semua yang indah-indah sahaja akan berlaku kepada tuan rumah? bagaimana jika anda bertemu dengan penyewa dari neraka? Bagaimana mahu menghalau mereka jika mereka tidak mahu keluar dari rumah anda? Aha... saya mendapat ilham untuk istilah penyewa dari neraka ini semasa menulis artikel INI. penyewa dari neraka boleh muncul di depan sesiapa sahaja. mereka boleh muncul dalam pelbagai wajah. mungkin secantik Julia Roberts, sekacak Tom Cruise atau stereotype seperti Awang Hitam. Alhamdulillah.. artikel yang saya tulis dalam Bahasa Inggeris mengenai penyewa dari neraka telah pun diterbitkan di dalam Majalah Property Insights yang terbaru. Terima kasih banyak-banyak kepada Editor dan pihak Property Insights keseluruhannya kerana memberi peluang kepada artikel saya ini. Yang paling best adalah, dalam isu ini, sudah ada gambar profile saya yang comel ini.. heee..... Berbaloi buat photo shoot dengan kak Tilo Tama tempoh hari.. Kepada kawan-kawan, ...