Langkau ke kandungan utama

8 speaker: 1 paling kerdil

Anda hadir ke satu tempat
nak belajar bagaimana untuk buat duit dari pelaburan hartanah
Sekali, tengok-tengok ada 8 orang pakar berkongsi dengan anda rahsia mereka
mereka kongsi analisa peta
mereka kongsi trend pasaran hartanah semasa
mereka kongsi Formula U+H
mereka kongsi teknik menyewakan rumah

dan macam-macam lagi.

Dari satu acara tu, anda boleh dapat maklumat mengenai
- impak LRT dan MRT
- impak beli bumi lot, bumi kuota dan unit bumi reserve
- mana bohong maa benar dalam pelaburan hartanah
- konsep Islam dan Harta

dan lain-lain lagi.

Menarik kan?

Haa... demi acara yang sangat menarik inilah, saya telah dilamar oleh pihak penganjur untuk turut sama berkongsi ilmu saya yang sedikit ini di dalam pentas Konvensyen Pejuang Hartanah.



Konvensyen ini akan diadakan pada:

Tarikh: 3 dan 4 Mei 2014
Masa: 8.30am hingga 6.30pm
Tempat: Shah Alam Convention Centre (SACC)

Sebenarnya ketika saya menerima pelawaan ini, saya tak tahu pun siapa speaker lain yang akan dijemput.
Saya hanya tahu, Ahyat Ishak sudah pastilah ada kerana dia organiser.
Tapi speaker lain, saya tak bertanya.

Namun kemudian bila laman web konvensyen ini siap, mata saya terbeliak melihat 7 orang speaker lain.
Alamak.. semua nama-nama besar.



Ahyat Ishak



Dr Shah Razali


Faizul Rizuan


Yusnizam Yusoff


Ishmael Ho


CR Fadzli UNIC.


peguam dan penulis buku tuan Khairul Anuar pun ada.

speaker kelapan adalah saya sendiri..


Rohaniah Noor

Macam terasa kerdil sangat pula nak berdiri di samping mereka ni nanti...
(dah la memang saya kot yang paling rendah bila berdiri dengan mereka nanti.. huhuhu)
kemudian, saya seorang sahaja perempuan.
erkkk..

Pendaftaran telah pun dibuka.
saya harap kawan-kawan dapat daftar dan tandakan tarikh ini dalam kalendar anda
Sebab ada sesetengah speaker di sini jarang-jarang buat seminar sendiri
hanya boleh baca buku tulisan mereka sahaja.

Yuran konvensyen ni pun sangat berpatutan
Cma RM399 sahaja untuk seorang
atau RM699 untuk 2 orang
dan dengan yuran sekecil ini, anda dapat belajar dari 8 orang speaker dan pelabur hartanah tegar sekaligus.

Power kan...?

Untuk mendaftar dan maklumat lanjut, boleh KLIK DI SINI.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...

Bakal graduan bertanya bila boleh buat pinjaman rumah?

Entah kenapa sekarang ni mood rasa nak jawab Q&A. Soalan diterima dari pembaca blog saya. Saya copy paste termasuk ejaan dan bahasa rojak. "Assalam kak rohaniah..sy student uitm..n dah final semester...insya Allah bln 7 ni selesai study sy...sy nk btanyakan 1 soalan...lps study ni mungkin sy akan bekerja...berapa lama tempoh bekerja yg bank akan tengok kita dah boleh buat loan rumah..segelintir kenalan sya kata ia mgambil masa hingga 2 tahun utk bank tgk komitmen kewangan golongan mcm sy ni. Baru lah bank pcaya yg kita dah kerja lama n stabil..ada ke cara utk sy dapat loan lbh cepat drpd mnggu smpi 2 tahun?...memndangkan harga rumah pun semakin mahal..minta pencerahan kak..sy bru nk belajar psl property... " Jawapan: Untuk memohon pinjaman perumahan, anda perlukan 3 bulan slip gaji dan 3 bulan penyata bank yang menunjukkan gaji masuk ke dalam bank. Amaun dalam slip gaji dan amaun yang bank in ke bank hendaklah sama. Ini bermakna, sekurang-kurangnya 3 bulan b...