Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

5 soalan orang blur nak beli rumah

Dua hari lepas, saya ditanya satu siri soalan oleh sepupu saya. Saya pasti soalan-soalan ini pasti ada pada mereka yang blur dan baru nak beli rumah untuk duduk sendiri. Saya kongsikan soalan dan jawapannya di sini. 1) Beliau ingin membeli rumah berharga 380K, tetapi kelayakan pinjaman perumahan kerajaan beliau hanyalah rm320K Bolehkah? Jawapannya, boleh.. tapi beliau kena keluarkan wang tunai untuk baki RM 60K yang tak cukup lagi tu lah.. 2)  Bagaimana pula jika kelayakannya 380K tapi nak beli rumah berharga RM 320K sahaja? Jawapannya.. pun boleh.. Buat pinjaman untuk maksima RM 320K sahajalah.. kalau ada wang tunai dan nak kurangkan bayaran bulanan, boleh buat pinjaman kurang dari amaun RM 320K tu. Mungkin buat pinjaman RM 300K sahaja, lagi RM 20K dia boleh bayar deposit dengan tunai. Dengan ini, bebanan bayaran bulanan lebih rendah. Ingat, rumah untuk kita duduk adalah liabiliti. Kerana kita bayar dia setiap bulan sehingga mungkin 30 tahun. Tapi ia tid...

mereka berakhir di Lautan Hindi

Kita semua sedang bersedih dengan apa yang berlaku pada pesawat MH370 Hati kita masih meruntun sayu mendengar kata-kata Perdana Menteri semasa sidang media malam tadi. Penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi. Jika kita yang mendengar dan mengikuti ini pun terasa sedih begini Berganda-ganda lagi hati ahli keluarga dan mereka yang sangat dekat di hati krew dan penumpang. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun... Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Buat kapten Zaharie dan pembantu juruterbang Saya percaya tuan telah lakukan yang terbaik untuk menyelamatkan pesawat ini.

Bermalam di Emanuel Homestay, Danau Toba

Beruntungnya jika kita tinggal di lokasi pelancongan kan.. Sebab dengan tanah yang sedia ada, kita hanya perlu tambah bilik dengan pintu berasingan Dan kemudian sewakannya sebagai bilik penginapan. Dah jadi satu sumber pendapatan tambahan kan.. Saya lihat di Langkawi, ramai orang kampung berhampiran Pantai Cenang buat begini. Teringat semasa saya ke Danau Toba. Saya gamble sahaja ke sana walaupun belum ada penginapan. Kerana pada masa itu cuti umum Chineese New Year atau di sana ia dipanggil 'Imlek'. Ketika di Medan sehari sebelumnya, saya cuba menghubungi semua hotel dan penginapan yang ada di internet. Tetapi semuanya penuh. Saya gamble juga bergerak ke sana. Sedang saya jam 4.00 petang baru tiba di Tuk Tuk dan berseorangan. Berjalan kaki dari simpang ke Tuk Tuk ke kawasan pelancongannya lebih kurang 3 km juga. Apabila tiba di hotel-hotel di kiri kanan, semuanya penuh. Hinggalah saya melewati sebuah kedai runcit yang ada papan notis dengan kotak bertuli...

Biawak hidup yang disayangi

Malam tadi saya dah siapkan satu lagi siri pesanan bergambar saya. Mesej tersebut adalah: Ramai memilih membeli kereta yang sehabis maksima mampu dibayar secara bulanan. Tapi terlupa pula mengambil kira bayaran road tax tahunan, insurans, tayar botak, kos parking, tol, minyak dan kos penyenggaraan. Ramai memilih membeli kereta kerana katanya di situlah simbol kejayaan. Dah bekerja di KL, pegang jawatan eksekutif kan.. ada kereta gempak barulah berjaya namanya. Biarpun setiap bulan semput bayar hutang kereta. Ramai mengeluh nak beli rumah mahal. Sedangkan harga rumah yang lebih murah atau sama dengan harga kereta mereka pun banyak. Itupun tak tentu dapat buat pinjaman ke tak.. komitmen dan penuh. Sedar atau tidak... kereta adalah ibarat biawak hidup yang paling disayangi kebanyakan kita. Insya Allah dalam Bengkel Wang dan Hartanah, saya akan kongsikan kesan pembelian kereta dan bagaimana ia boleh melenyapkan harapan anda untuk membeli rumah (atau...

Bengkel Wang dan Hartanah sesi Mac 2014

Ramai bertanya bila saya akan adakan seminar saya sendiri seterusnya? Baiklah... atas permintaan, saya akan anjurkan sekali lagi Bengkel Wang dan Hartanah seterusnya. Saya tukar namanya dari seminar ke bengkel kerana saya dapati ia lebih bersifat interaktif. Lebih berbentuk bengkel berbanding seminar yang lebih pasif. Bengkel Wang dan Hartanah sangat sesuai kepada mereka yang baru mahu belajar mengenai pelaburan hartanah. Atau kepada mereka yang baru beli satu unit rumah tetapi masih kurang jelas mengenai tips dan trick penting. Menghadiri bengkel ini, peserta akan didedahkan dan memahami: - Pengurusan wang dan kewangan peribadi - Menggali hartanah panas - Prosedur beli rumah - mengenalpasti kelayakan pinjaman - Teknik mendapatkan pinjaman - kenalpasti jodoh hartanah - Pro dan Cons: Beli rumah under construction, subsale dan lelong. - serta bonus: bagaimana menyelesaikan hutang PTPTN dalam masa 3 tahun. Bengkel ini akan diadakan pada : Tarikh: 30 Mac 2014 ...

3 tips beli perabot dan alat elektrik dengan DISKAUN BESAR

Hari ini saya ingin berkongsi tiga tips beli perabot dan peralatan elektrik baru dengan diskaun gempak-gempak. Kredit foto: http://www.desaku.com.my/story/raffi_electrical_enterprise/13198068533367 1) Beli di kedai elektrik, bukan di kedai peralatan elektrik konsumer. Barang elektrik seperti kipas syiling, lampu kalimantang dan water heater boleh dibeli dengan lebih murah di kedai elektrik. Kedai menjual parts elektrik seperti mentol, wayar, casing dan lain-lain biasanya ada menjual kipas syiling, water heater dan set lampu kalimantang. Ada juga yang menjual air-condition. Beli di sini jauh lebih murah kerana harga ditawarkan adalah harga kepada kontraktor. Berbanding beli di kedai peralatan elektrik yang menjual peti ais, mesin basuh, TV dan sebagainya, harganya adalah harga yang sudah di mark up. 2) Beli banyak barang sekaligus di satu kedai sahaja. Jika anda mahu membeli beberapa perabot, beli semuanya di kedai yang sama sekaligus. Begitu juga dengan peralata...

Selamat datang PFR, sayonara BLR

Kadar BLR akan dimansuhkan di Malaysia? Bank Negara telah mencadangkan untuk menggantikan kaedah BLR atau Base Lending Rate dengan kaedah baru iaitu Prime Financing Rate (PFR). Sebelum ini, Bank menggunakan kadar BLR minus di dalam menetapkan kadar pinjaman produk mereka. Kadar BLR pula ditentukan berdasarkan kadar Overnight Policy Rate (OPR) yang bank negara tetapkan. Itu sebab biasa kita dengar, orang beli rumah dapat pinjaman dengan kadar BLR - xx. Contoh:  BLR - 2.0 BLR - 1.8 BLR -2.2 dan sebagainya Katakan Faizal membuat pinjaman RM 200K dengan kadar BRL - 2.0 apabila BLR = 6.0, kadar pinjaman yang dikenakan ke atas beliau adalah  kadar faedah = 6.0 - 2.0                      = 4% tetapi apabila Bank Negara menaikkan kadar OPR dan menyebabkan BLR naik ke 6.6, maka kadar faedah yang dikenakan ke atas Faizal menjadi kadar faedah = 6.6 - 2.0           ...

D' Aman Residence @ Puchong

Hari ini, Ahad ada pelancaran projek baru. D'Aman Residence @ Puchong. kondominium 23 tingkat dengan 419 unit rumah. Ia merupakan fasa ketiga bagi pembangunan projek Calisa Residence. Semua unit ada 3 bilik dan 2 bilik air Tetapi ada 5 jenis layout dengan keluasan berbeza Type A1: 943 sqft Type A2: 1085 sqft Type A3: 855 sqft Type B: 1076 sqft Type C: 1208 sqft Setiap unit didatangkan dengan 2 lot parking percuma. Harga dijangkakan dalam RM 4xxK Pemaju projek ini adalah Masteron Sdn Bhd Sebelum ini, perojek mereka adalah Koi Legian, Koi Tropika, Koi Kinrara dan Koi Boulevard. Jadi, pemaju ini mempunyai reputasi yang bagus. Projek ini dijangka siap pada tahun 2016 nanti. Untuk tempahan, hanya RM 3K sahaja diperlukan. Ada tawaran bayaran yuran guaman percuma juga, katanya. Jika berminat, boleh hubungi Ken Chai dari GS Realty Sdn. Bhd. +6017-3628918 / +6016-4229178 / +65-91210600

wanita: amankah anda?

saya amat terharu bila pada bulan lepas pihak Property Insight cadangkan saya tulis artikel bertajuk 'Women and Property'. Tajuk yang sangat menarik. Dari pemerhatian saya, perempuan masih lagi terkebelakang dalam  pelaburan hartanah. Terutama perempuan melayu. Ramai yang sekadar kongsi beli satu rumah dengan suami Dan rumah tu untuk kediaman sendiri. Saya amat kecewa dengan perkembangan ini. Kerana rata-rata kita lihat, ramai wanita pandai-pandai. Belajar sampai tamat pengajian sijil, diploma, ijazah pertama mahupun sarjana atau PhD. Kalau kita lihat secara keseluruhan, majoriti graduan adalah wanita. Kadar kemasukan ke universiti memang dah lama lebih ramai wanita. Jadi, saya percaya ramai yang menjawat jawatan yang baik di luar sana. Ramai yang menjadi usahawan yang hebat juga. Tapi di mana silapnya hinggakan kebijakan dan semangat untuk berjaya itu tidak dipanjangkan ke bidang pelaburan hartanah juga? Sekurang-kurangnya mengimbangi jumlah pelabur harta...

Mercelite ke maxilite?

Berhati-hati dengan jenama cat. Kebiasaan bagi tuan rumah untuk mengecat semula rumah sewanya jika didapati cat dah luntur. Atau bagi pemilik rumah yang baru dapat kunci dari penjual. Rumah subsale ni kadang-kadang rumah lama.. Perlu dicat semula supaya nampak cantik dan macam baru. Barulah boleh ambil kadar sewa semasa yang cun. Bulan lepas, saya mengecat salah sebuah rumah sewa saya. Untuk warna asas putih, saya suka pakai cat Maxilite. Murah dan kualiti bagus. Cat sebelum ini yang masih berbaki, saya pinjamkan ke kawan saya. Dia guna untuk cat rumah di cyberjaya dan tertinggal pula cat tu di situ. Kebetulan pada hujung minggu saya nak mengecat tu, dia balik kampung. Dia cadang, ambil sahaja cat putih yang dia dah beli tapi tak jadi guna. Sebab saya dah bagi guna cat saya je kan.. Cat dia tu ada di rumahnya, betul-betul depan rumah saya sahaja. Saya ada kunci rumah dia. Jadi, saya pun ambil dan bawa ke rumah sewa saya. Saya tak syak apa-apa. Cuma semasa memban...