Langkau ke kandungan utama

Personal Coaching Eksklusif untuk Punky

Saya buat personal coaching pelaburan hartanah.. itu tak pelik kan
tapi macamana kalau saya buat personal coaching hantar kucing ke klinik doktor haiwan?

Aha...
itulah yang saya lakukan semalam

Kawan saya, Atiq (bukan nama sebenar,katanya... sebab nama kat IC lain sikit) ada seekor kucing.
dia bela kucing tu dah lebih 10 tahun dahulu.
kucing kesayangan dia

Tapi kemudian lepas grad dan berkahwin (alamak.. kantoi pulak status perkahwinan dia. Tak boleh AE nak mengorat), dia tinggal di KL.
Kucing kekal di rumah ibunya di Negeri Sembilan

Hampir dua tahun lepas, kucing tu jatuh sakit.
Air liur sentiasa keluar, menitis-nitis.
Sampai mulutnya berbau.

Kucing tu dari comel, gebu dan gemuk dan jadi kurus dan hilang kehensemannya.
Memandangkan dia kotor dan busuk, maka dia tidak lagi dibenarkan masuk tidur dalam rumah.

Kucing tu hanya duduk di luar rumah sahajalah..
Tapi dia dapat makanan macam biasa...
makan kibble, makanan kucing ala-ala friskies tu.

Namanya Punky.

Bila dia bercerita mengenai kucingnya yang sakit, saya pun cadangkan dia untuk bawa ke vet.

Keadaan Punky

Beberapa bulan berlalu... ingatkan dia dah hantar.
Rupanya belum!
haihh..

Dia kata, dia tak berani hantar ke vet sebab dia dengar nanti vet akan cucuk dan senyapkan kucing dia..
alamak...
Atiq sangat naif..

Biasanya vet terpaksa cadang buat begitu jika kucing tu cedera teruk yang tak ada harapan nak pulih
atau ada penyakit yang sangat kronik.
Dari dia tersiksa, lebih baik senyapkan sahaja..
Itu hanya cadangan doktor, tapi doktor akan minta kebenaran pemilik haiwan dahulu.

Senjata terakhir saya memberi inspirasi kepada dia untuk hantar kucingnya adalah kisah seekor anjing dan tuannya seorang kanak-kanak dalam satu filem jepun.
dan juga kisah Minah, seekor kucing jalanan yang saya beri makan tapi kemudian saya tinggalkan bila saya pindah rumah
Nampaknya dua kisah sedih ni berjaya menginsafkan dia untuk buat tindakan pantas!

Memandangkan saya pun dah bercuti tanpa gaji, dia pun tak ada pengalaman bawa kucing ke Vet, maka saya tawarkan untuk temankan dia

Maka bermula lah sesi personal coaching bagaimana menghantar kucing ke vet.

Punky dalam sangkar


caranya tak susah. 5 Langkah mudah sahaja:

1) Ambil kucing itu di rumah ibunya.
2) Masukkan kucing ke dalam sangkar dan kemudian masukkan ke dalam kereta
3) Pandu kereta ke Vet yang berhampiran dan mempunyai rekod rawatan yang bagus atau yang tak ada komplen didengar bila bertanya pakcik Google.
4) Daftarkan kucing di kaunter pendaftaran Vet
5) Kucing dirawat.

Semalam kami ke Klinik Haiwan Senawang di bandar Senawang.
tak jauh dari Giant.

Doktor kata, Punky kena ulser mulut.
Tu sebab air liur asyik keluar.
ulser dah teruk dan lama..
sampai lidah dia sakit dan dia tak larat nak menjilat bulu dia.
Itu menyebabkan bulu dia kotor sangat
Dan dia perlu diberi makan ikan yang lembut atau wet food memandangkan keadaan mulut dia ni.
Kibbles tak sesuai.

Muka bersalah..

Doktor kata bulu Punky perlu dicukur sebab dah kotor sangat
nanti bulu dia akan tumbuh balik.

Memandangkan usia Punky ni dah agak tua, ada kemungkian ulser ni susah nak baik atau tak boleh baik semula.

Tapi kuasa Allah, kita tak tahu kan..
saya sendiri pernah merawat seekor kucing jalanan yang terkena sporo.
Orang kata sporo susah nak baik.
Lebih baik senyapkan je..

Tapi alhamdulillah..saya dan adik usaha juga dengan minyak gamat
Akhirnya lepas 4 bulan, luka di kaki kucing tu akibat jangkitan sporo pun sembuh

Jadi, saya doakan miracle pada kucing Atiq.

Semalam Punky tu tidur wad dulu.
Doktor boleh monitor keadaan dia untuk 3 hari ini..


Saya dan Atiq selepas berjaya dalam misi menghantar kucingnya ke vet


teringat skrip dalam sebuah filem jepun yang saya sebut di atas.
Ayah budak tu ada berpesan yang lebih kurang begini bunyinya
"boleh kalau kau nak bela anjing ni..
tapi igat..
kau mungkin ada beberapa dunia..
dunia persekolahan.. dunia dengan keluarga.. dunia dengan kawan-kawan ...
tapi bagi anjing ini.. hanya kau sahaja dunia dia..."

Semoga cepat sembuh, Punky!
Harap kawan-kawan yang membaca blog ini pun turut mendoakan kesihatan Punky ya...
Terima kasih..

(saya tidak buka pendaftaran personal coaching untuk orang lain hantar kucingnya ke vet ya... ini sesi eksklusif.. huhuhu)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...