Langkau ke kandungan utama

Sempoi je nak jadi jutawan

Hari ni saya nak kongsikan teknik jutawan melalui pelaburan hartanah paling sempoi.
Tak payah teknik pelik-pelik, pecah kepala, ambik risiko tinggi-tingi.
Beli rumah satu dengan sempoi dan relax, tetiba jadi jutawan.

Caranya:

1) Beli sebuah rumah RM 200,000. Beli semasa muda. Umur kurang 30 tahun.Buat pinjaman 35 tahun. Katakan bayar sebulan RM 1K.

2) Cari yang kadar sewanya kalau tolak bayaran bank dan yuran penyenggaraan pun boleh dapat lebihan sekurang-kurangnya RM 150 sebulan. Contoh: Sewa RM 1250. Tolak ansuran bank RM 1k, tolak maintenance fee RM 100. Ada baki RM 150.

3) Terus menyewakan rumah tersebut. Guna duit sewa tu untuk bayar ansuran ke bank. Untung RM 150 sebulan simpan dalam ASB/ Tabung Haji.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cukup 35 tahun, pada umur 65 tahun nanti:

** pinjaman dah habis.

*** Duit sewa bukan lagi RM 1200++. Mungkin sudah RM2K++.
Semua masuk poket sebab hutang dah habis.

****Harga rumah tu pula, kalau purata naik 5% setahun, sekarang harganya sudah RM 1.05 juta.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beli satu rumah RM 200K, tiba-tiba eh eh jadi jutawan pada umur 65 tahun. Tanpa tinggalkan pekerjaan atau bisnes pung pang pung pang.

Itu kalau beli satu.
Kalau beli 5 buah rumah harga RM 200,000?

**Kalau beli satu rumah harga RM 500K, lagi 35 tahun rumah ni mungkin naik harga ke RM 2.6juta jika kenaikan harga 5% setahun.
Gambar hiasan ni rumah di puncak jalil, nak jual rm 535K, market value RM 550K. call 0123547636 untuk pertanyaan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...

Orang yang tidur sambil TV on. Ini sebenarnya berlaku dari segi psikologi manusia

Tidur kena senyap? Mana boleh... Nak senang tidur, kena pasang tv. ---- Aku la tu… jenis yang lagi senang tidur bila TV menyala. Kalau tak ada TV, bukak je iPad, pasang YouTube ke Netflix ke… janji ada bunyi. Hahaha.  Siapa geng? Rupanya ada sebab tau dari segi psikologi, kenapa agaknya perangai macam ni wujud? --- Lari kejap dari topik travel... tadi saya terbaca satu artikel psikologi, katanya orang yang suka tidur dengan TV on ni sebenarnya ada 8 ciri personaliti tertentu.  Bila aku baca… Iskkk… macam ada kena. Meh saya cerita semula 8 ciri psikologi untuk orang yang senang tidur atau memang selesa tidur sambil tv on ni. --- 1. Kita pandai “adjust suhu emosi” sendiri Ada orang bila stress, dia melenting. Tapi kita… pasang TV. Bukan sebab nak tengok pun, tapi bunyi TV tu macam aircond emosi. Bagi rasa selesa, tak terlalu sunyi, tak terlalu bising. Just nice. Balance. 2. Senyap tu sebenarnya bising gila Bila semua senyap, otak kita jadi makin bingit. Lagi tak sele...