Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

hari terakhir bayar zakat 2015

Ini post pertama saya selepas kemalangan pada motorsikal yang berlaku pada 28 November lepas. Alhamdulillah... kesihatan saya semakin baik berbanding sebelumnya. Tapi saya masih tak boleh tengok skrin notebook lama. Jadi, nantilah saya tulis detail di sini ya. Untuk update blog ini, saya copy paste apa yang saya sempat update di FB. ...... Hari terakhir 2015, last minute bayar zakat secara online... selepas saya dan sahabat saya, Normi yang merupakan admin  fb page Saya Backpacker makan malam spesel sambut tahun baru tadi. Zakat salah satu rukun islam. Maknanya agama suruh kita cari harta dan bina kekayaan untuk bayar zakat. Beli dan punyai banyak rumah sewa mungkin dapat bayar zakat lebih dari yang cuma dapat beli sebuah rumah je dan tak ada pendapatan tambahan. Begitu juga negara Islam yang lebih kaya kan lebih berkuasa dari negara Islam yang miskin. Selamat tinggal 2015. Salam Tahun Baru 2016. Saya makin kurang muda.. tapi masih muda lagi kan..

Jangan beli rumah sekarang?

Jangan beli rumah sekarang. Beli rumah tahun depan. Itu kata-kata seorang Professor di sebuah IPT baru-baru ini. Tapi betul ke? Aha... 29 November ni insya Allah saya akan kupas mengenai hal ini. Bukan itu sahaja, saya akan kongsikan juga bagaimana nak beli hartanah yang mampu anda miliki, prosedur pembelian dan strategi rumah dari pemaju supaya pembeli dapat memaksimakan keuntungan. Jom.. Sesi ini percuma sahaja kepada semua yang mahu belajar. Sambil belajar, sambil kita riki-riki ada projek best kat Shah Alam 2. Danau Perintis namanya. Apartment 3 bilik dan 2 bilik air dengan keluasan 889 sqft. Harga bermula dari RM347K sahaja. Wowww... kalau tengok projek-projek baru, banyak developer bangunkan unit studio atau unit satu bilik sahaja dengan harga RM300K++ ni. Tapi IJM Land bina rumah 889 sqft, sesuai untuk keluarga. Memang terbaik dan sesuai dengan keperluan. Lagi kababoom bila pemaju tawarkan beli rumah ini dengan 0%  downpayment. Khas untuk pembeli...

Potong mangga sebelum VP

Rumah ni dah dijual. Tapi sementara menunggu proses tukar hakmilik selesai, owner nak sewakan je la. Lagipun buyer pun beli untuk sewakan juga. Sekali agent yang pegang kunci hilangkan satu bundle kunci rumah termasuklah kunci rumah ni. Ding dong ding dong, dah 2nd disbursement. Vacant posession atau penyerahan kosong rumah dah nak berlaku. Kunci rumah harus diserahkan kepada peguam untuk diserah kepada buyer. Apa lagi.. Terpaksa lagi pagi ni pergi potong mangga. Pergi kedai hardware berhampiran, caj rm53 termasuk GST. Resit simpan, nak claim balik dari agent yang hilangkan kunci. #potongmangga #kisahperundinghartanah

Terpaksa jadi separuh jutawan dengan satu rumah.

Dua minggu lepas, saya melawat rumah rakan bekas sepejabat saya. Dia nak sewakan rumahnya, nak minta saya tolong carikan penyewa. Rumahnya ni sebuah unit kondominium di Casa Idaman, Tropicana, Petaling Jaya. Ada 3+1 bilik dan 3 bilik air. Fully furnish, memang cantik gila perabot dia. Banyak build in furniture sebab dulu dia ingat nak duduk situ. Nak ceritanya, dia beli rumah ni pada tahun 2005. Harga masa tu lebih kurang RM280k. Uihhh masa tu rasa mahal betul hartanah ni. Kondo pun sampai dekat 300K? Mahal giler! Tapi walaupun mahal, kawan saya beli juga. Sebab konon nak duduk kan.. Pejam mata, bulatkan hati, jadi berani.. Letak booking, terus beli! Lepas rumah siap, dia fikir jauh pula nak ulang-alik ke tempat kerja di Putrajaya. Jadi, dia sewakan je la. Pejam celik, tarik nafas, hembus nafas. Sekarang ni harga pasaran rumah ni dah lebih RM700K. Tak caya gi search kat iproperty. Casa tropicana for sale. Nak bagitaunya, dulu masa nak beli, dia rasa mahal ...

Yang layak, jangan tengok sajer..

Semalam jumpa seorang jurutera dari sebuah agensi kakitangan awam. Muda lagi orangnya tapi memberanikan diri beli rumah. Tu pun lepas kena desak dengan kawannya. Dia dah beberapa tahun duduk kl dan kawannya beritahu ada rumah mampu milik Sky Awani di Sentul. Kawannya beri no hp saya. Dari mesej whatsapp hinggalah borang permohonan dan semua dokumen dan cek booking bertukar tangan semalam. Sky awani tinggal dalam 50 unit je untuk bumi. Tak grab cepat, orang lain grab. Harga cuma rm300k untuk apartment fasiliti ala kondo kat sentul. Keluasan 800 sqft, 3 bilik tidur 2 bilik air. Oleh kerana ni projek rumah mampu milik, ia hanya untuk yang berpendapatan isirumah bawah 10k sahaja dan tinggal atau kerja di KL lebih 3 tahun. Yang gaji lebih tu, kasi can orang yang lower income. Yang layak pula, jangan tengok saje. Penting juga: belum ada rumah di wilayah persekutuan lagi. Nak mohon kena isi borang,  sertakan dokumen sokongan dan cek atau bank draft rm15k. Ada minat ...

Shah Alam 2 mengulang kejayaan Seremban 2?

Teruja saya mendengar yang IJM akan membangunkan Shah Alam 2 Wow.. wow... teringat kejayaan Seremban 2. Shah Alam 2 sebenarnya kat Puncak Alam. Dasyat juga tempat ni nanti. Kalau tengok allocation tanah, 51% untuk rumah kediaman. 3% untuk lot komersial 46% untuk institut pendidikan dan insfrastruktur. Hoho.. bayangkan ada 3 IPT di kawasan tu yang sedang dirancang dan dah sedia ada. satu kampus Universiti Industri Selangor, satu kampus universiti teknikal Malaysia - Jepun dan satu lagi kampus UiTM yang dah siap ni. Perghh... Dari segi accessibility pulak, nampak Shah Alam 2 ada akses yang mudah ke jaringan beberapa highway. Antara highwaynya: (1) Persiaran Mokhtar Dahari (2) North Klang Valley Expressway (NKVE) (3) ELITE Expressway (4) KESAS Expressway (5) Federal Highway (6) Guthrie Corridor Expressway (7) LATAR Expressway (8) Proposed Damansara - Shah Alam Highway (DASH) Lagi satu, kat sana ada Tesco dan McDonalds. Kalau dulu, orang kata lokasi lokas...

orang melayu penakut?

Kawan saya nak letgo rumahnya di Villa Tropika, Sungai Tangkas, Bangi. Rumah ni corner unit. Saiz 1109 sqft Asalnya cuma 3 bilik tapi dah reno jadi 4 blk tidur 2 blk air. Sebab rumah ni disewakan pada satu geng sublet. Mereka tambah bilik nicely dengan partition, jadi 4 bilik. Rumah ni dekat sangat dengan komuter ukm. Jalan kaki je. Nak ke UKM pun dalam 1-2  km lebih je ni. Dekat. Freehold pulak tu. Tak banyak freehold di Bangi. Lain semua leasehold. Rumah ni boleh muat 10 orang penyewa kalau letak perabot dan katil double decker. Satu kepala sewa rm230 siap utiliti. 10x230 = RM 2300 sebulan. Owner nak letgo rm340k, market value 350k. Maknanya bayaran ansuran sebulan rm1600-1700. Tapi kalau sewakan ikut kepala tadi, dah berapa untung sebulan kan.. Ada buyer dah tengok. Kata serius nak beli, tapi bila dah deal, tak jadi pulak. Takut. Takut tak dapat penyewa. Lokasi ni dekat dengan universiti, dekat dengan tren, lokasi hot orang nak sewa. Nak takut ...

alamak.. slide belum siap

Pagi ni saya bangun awal.  Hari ni kena siapkan slide untuk talk Sabtu ni. Ada Havoc Hartanah di Johor Bahru, Beginilah persediaan kami, speaker. Kalut dengan kerja tapi masih tetap perlu sediakan modul, bahan dan slide untuk talk kami. Di Havoc Hartanah, tajuk semuanya tajuk yang fresh.  Yang belum pernah dibentangkan dalam Havoc Hartanah sebelum ini. Jadi, jika anda datang ke Havoc terdahulu, anda takkan dengar perkongsian yang sama dengan Havoc akan datang. Ini sebabnya kami mahu anda datang ke setiap Havoc. Barulah dapat ilmu baru, dapat aura lebih dan dapat cabutan bertuah banyak. Ahaaa! Baik, untuk orang JB. Kami speaker dari KL dan Singapura datang ke JB khas untuk kongsi ilmu setakat yang kami ada ni dengan korang. Jom kasi meriah Havoc Hartanah JB ni. Tarikh: 24 dan 25 Oktober, sabtu dan ahad ini Masa: 8.30 pagi - 6.00 petang Tempat: Galeri Glulam, Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru. Antara tajuk yang akan di...

ada ke budak U nak belajar pasal hartanah?

Wowww.. teruja saya semalam bila mendapat info terbaru dari Ahyat ni. Dia dan tuan Aziz Rescom telah dijemput memberi talk di UiTM Puncak Alam. Wahh.. satu perkembangan yang bagus bila talk berkaitan property dah mula masuk ke kampus universiti. Sebab mudahlah pelajar universiti terdedah dengan ilmu seperti ni. Bila dah grad nanti, ilmu dah penuh di dada. Dapat gaji pertama pun dah tau apa nak buat. Tinggal masuk gear satu dan rempit je. Menutur ahyat, walaupun event ni kat UiTM Puncak Alam, tapi ia bukan untuk student je. Ia terbuka untuk semua. Jadi, kawan-kawan semua boleh datang. Tak ada masalah. Tajuk talk ni catchy habis. Miliki Rumah Pertama dalam 10 Bulan Langsai Hutang Rumah dalam 10 Tahun. Tarikh pada 28 Oktober 2015, jam 2 - 5 petang Tempat di Dewan DK500, UiTM Puncak Alam. Orang Shah Alam, Puncak Alam, orang KL, Sungai Buloh dan sewaktu dengannya, jom kasi gegar UiTM. Student Uitm sendiri.. jangan kasi dewan korang penuh dengan orang luar. RSVP ...

Beli rumah Fasa 1 sengeh lebar

Bandar Baru Salak Tinggi nampaknya akan ada projek perumahan baru. Greenwoods Salak Perdana namanya. Fasa pertama projek ini akan menawarkan rumah teres berkeluasan 20x70. Pemajunya Paramount Property. Tanah freehold. Hmm.. sebut pasal rumah dalam pembinaan, salah satu tips buat duit melalui rumah dalam pembinaan adalah beli dari fasa awal projek. Kalau projek tu besar dan ada beberapa fasa, tangkap satu, atau dua unit semasa baru pelancaran fasa 1. Sebab masa fasa 1, harga lebih murah. Pemaju pun baru mulakan projek kan. Jadi harga ala-ala promosi lah. Bila sambutan dah bagus, fasa 1 dah nak sold out atau dah sold out, pemaju akan buka fasa 2. Masa tu keyakinan pemaju pun dah tinggi. Jadi, jangan harap lah fasa 2 akan dijual dengan harga yang sama dengan fasa 1 dulu. Yang dah beli fasa 1, sengeh lebar lah masa tu.. Buat untung masa beli rumah. Kan... Balik kepada projek Greenwoods ni, 10 haribulan Oktober tempoh hari, encik Ahyat Ishak dan encik Aziz Ahma...

Bila sumpahan PTPTN menghantui

Dulu saya pernah kongsikan perancangan PTPTN nak masukkan rekod peminjam culas dalam laporan CCRIS. Saya pernah tulis DI SINI. Jadi sekarang ni ia dah pun dilaksanakan. Siapa yang langsung tak pernah bayar PTPTN tu, hati-hati.. Beberapa minggu lepas, seorang client saya nak beli rumah. Komitmen ok, gaji ok. Kiranya kalau tengok pada kelayakan pinjaman, memang lepas lah. Tapi kalau dia submit permohonan pinjaman, sure permohonan kena tolak. Sebab dalam CCRIS dia ada rekod macamni. Bukan 1 atau 2 lagi.. tapi sampai 83 bulan yang keluar kat bayaran tertunggak. Bila bank tengok, jawapan bank satu je. "Selesaikan pinjaman PTPTN ni. Bagi clear dalam CCRIS". Nasib baik pinjaman PTPTN dia ni belas-belas ribu je. Jadi dia pun pergi ke PTPTN, bayar habis. Kemudian barulah boleh bayar booking rumah yang dia nak beli. Kalau tak, sampai bila-bila dia sangkut tak boleh beli aset. Terbaru, ada seorang lagi prospek buyer berminat nak beli apartment yang saya jualkan...

October 04, 2015 at 09:10AM

Teknik jimat legal fee bila jual rumah. Guna lawyer yang sama dengan pembeli. Gambar: rumah landed untuk dijual. RM 275k, market value 300k. Below market. Lokasi Rinching, Semenyih. Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1PcoEYz

Bila Ahyat Ishak kongsi strategi pelaburan

Dalam beberapa kerat speaker melayu, saya akui memang syok kalau belajar dan dengar sesi perkongsian Ahyat Ishak . Dia punya skill public speaking memang terbaik. Kompom tak ada yang tersengguk-sengguk atau rasa nak balik sebelum talk habis. Memang pasti syok dan khusyuk je dengar. Kalau tak percaya, cuba tanya mereka yang datang belajar strategi pelaburan hartanah dari Ahyat baru-baru ni. Ahaa.. sabtu lepas,  19 september 2015 Ahyat Ishak ada buat sesi perkongsian percuma, ilmu strategi pelaburan hartanah. bertempat di KDU University College, Glenmarie . Ramai juga balak, tak kalah aweks dan golongan wanita kental yang hadir. Crowd katanya memang ohsem.  Banyak rahsia strategi yang Ahyat dah bocorkan haritu. Sebenarnya, kalau belum tahu, sekarang dah ada kampus baru KDU di Glenmarie. haa.. bukan kat Damansara Utama je lah. Dekat kampus baru ni lah, site projek Utropolis. Saya pernah kongsikan mengenai projek ini DI SINI. Ka...

Sembang buku suara serak

Batuk pun banyak bercakap juga. Haah.. ikutkan saya batuk hari ni. Suara pun dah serak dan tak berapa nak keluar. Tapi dah janji kan nak buat sesi sembang santai buku hari ni. Jadi, takde hal punya. Alhamdulillah sesi Gelanggang Oakheart #8 mengenai buku Beli Rumah Kababoom! tadi dah pun berjalan dengan baik. Sesi berlangsung di Kafe Buku Oakheart (KABO) di seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Sebenarnya meskipun ini sesi sembang buku Kababoom ni, soalan yang ditanya dan dibincangkan tidak terhad kepada apa yang ada dalam buku je. Ada yang bertanya soalan advanced tadi, seperti berkaitan dengan kaveat, kelayakan pinjaman buat orang yang bekerja sendiri, pewarisan dan motivasi pelabur. Bagi saya, saya cuba jawab sebaik mungkin setakat pengetahuan saya. Kalau kawan-kawan nak tahu, Legasi Oakheart la yang buat kerja-kerja editing, prufreading dan design layout buku ini. Sampai merah-merah mata Hafiz dan Farahin bersengkang mata untuk buku ni. Ada beberapa ketika, saya join s...

Banjaria Court below market value for sale. Apa hal tak ada balkoni pun

Dulu masa saya jumpa iklan banjaria court yang sedang dalam pembinaan, saya terpengaruh dengan sesetengah komen forumers jumud di Lowyat. "Huh, harga lebih 200K tapi tak ada balkoni." Banjaria Court ni projek PKNS. Lokasi di Gombak. Kalau nak ke Pahang tu, atau dari sentul ke gombak, atau dari gombak ke batu caves, boleh nampak projek ni dari tepi jalan. Dia sebenarnya kat taman samudera, gombak. Dulu harga developer tak sampai 300K. Dalam RM200K++ sahaja. Lokasinya dekat dengan KL, tapi Gombak masa tu kan masih murah harga propertynya. Sentul pun masih kampung. Tapi tengok harganya sekarang. Market value boleh cecah 420K dah. Sebab? - lokasi bagus. - setapak dah moden dan naik jota-jota. Sentul dah transform. Gombak next. Nampak tak aliran pembangunan kawasan tu. - stesen komuter dah ada sampai ke batu caves. Dulu setakat Sentul je. Yang penting, bila lokasi bagus, developer reputasi baik dan aliran pembangunan memang menghala ke situ, tak ada balkoni b...

Mengejar impian Kababoom!

Tahun lepas saya rasa malu dengan diri sendiri. Sebab sejak tahun sebelumnya, iatu tahun tahun lepas, saya merancang nak mempunyai sebuh buku fizikal sendiri. Tapi hajat tu asyik terpendam, terendam dan terkempam sahaja. Dah masuk 2014 bukunya masih belum ada. Saya sekadar gembira dengan ebook sahaja. Lama-lama rasa tak boleh jadi ni. Saya kena buat sesuatu yang drastik untuk keluarkan buku saya. Kekangan masa buat impian saya tertolak lama sangat. Tu yang last-last saya nekad ambil cuti tanpa gaji, dan akhirnya meletak jawatan sebagai kakitangan awam. Haa.. padan muka. Biar ada masa untuk fokus pada buku. Dah cuti tanpa gaji pun buku masih belum keluar. Haihhh.. tak boleh jadi. Saya nak bukukan blog saya ni menjadi buku fizikal. Angan-angan saya, bulan Jun buku saya dah keluar. Tapi bahan blog ni banyak. Perlu ditapis. Jadi, lambat juga. Tak sempat keluar dalam bulan Jun. Last-last bila dah masuk bulan Julai, saya decide nak bukukan ebook keempat saya, 15 Artike...