Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2015

Awak nak ke Bangi tak?

#Awakkatmane #awakadakebangike #awakjomlahkebangi #awakkitaadakatsane Perkongsian percuma ilmu pelaburan hartanah di Bandar Baru Bangi, hari ini dan esok. Sempena Ekspo Prospek Hartanah Bangi di Kompleks PKNS Bangi. Majlis perkongsian bermula dari jam 11 pagi. Sesi saya sendiri adalah pada hari ini 24 Jan pada jam 2.00 - 2.50 ptg nanti Jumpa di sana!

ANTARA DUA DARJAT

Perasan tak yang sesama kita kalau mohon pinjaman, akan ditawarkan kadar faedah yang berbeza? Walaupun dari bank yang sama. Ada yang dapat lebih murah Ada yang dapat lebih tinggi. Kenapa jadi begitu? Jawapannya kerana darjat sesama kita tak sama. Ohoooo! Jangan salah faham. Ini bukan filem antara dua darjat P. Ramlee dan Saadiah. Ini kisah dua darjat peminjam yang profilenya berbeza. En Jamil seorang eksekutif muda. Mahu membeli sebuah apartment kos sederhana pada harga RM 120K. Beliau ke bank berwarna biru muda dan memohon pinjaman. Akhirnya bank luluskan pinjamannya dengan kadar pinjaman 5.05%. En Sazali pula seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Beliau mahu membeli sebuah rumah teres berharga RM480K. Jadi beliau juga pergi ke bank berwarna biru dan memohon pinjaman. Pinjamannya diluluskan pada kadar 4.65%. ****************** Pipit masakan sama dengan enggang ****************** Kadar faedah memang berbeza bergantung pada amaun pinjaman. Lagi besar ...

Muka cute dalam majalah

Minggu lepas kawan saya tag saya untuk satu post FB. Saya ingat apalah agaknya... Sekali bila tengok? Oh oh..muka majalah! wahh.. cun jugak muka saya bila masih majalah katalog ni. walaupun tak secun model sebelah saya tu. Sebenarnya ini diambil dari majalah pengiklanan tempatan Metroliv, Saya dapat tahu majalah ini ada dierdarkan di kawasan Seremban dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan. Sebenarnya 15 Februari nanti saya akan beri seminar percuma begaimana caranya dan mudahnya untuk beli rumah. Tempat belum ditentukan lagi tapi ia akan diadakan di Seremban. Fokus lebih kepada penduduk sekitar Negeri Sembilan terutama di Seremban, Senawang, Nilai dan sekitarnya. Sebenarnya saya berbangga dengan projek ini. Kerana biasanya setakat ada muka dan nama saya je. Tapi kali ini, saya terlibat untuk menterjemah dan menulis ayat pada poster ini untuk versi Bahasa Melayu. memang pengalaman yang tak dapat saya lupakan bila pertama kali apa yang saya tulis ter...