Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

macamana nak start?

Baru je sampai rumah dari Damansara. Ada prospek buyer nak tengok rumah apartment di Flora Damansara corner lot untuk dijual. Below market value. Sebelum tu kami di Ampang. Mereka nak view kondo below market value di taman kosas yang saya iklankan. Prospek buyer merupakan sepasang suami isteri dengan seorang anak yang baru berusia setahun setengah. Kagum saya melihat mereka. Gigih dukung anak, naik tangga, naik lif ke sana ke mari untuk mencari rumah yang sesuai dibeli untuk pelaburan. Begitulah.. bukan senang nak senang. Kena ada niat, azam dan mulakan. Ada orang tanya saya, dia dah lama berminat nak buat pelaburan hartanah. Tapi tak start-start. Jadi, macamana nak start? Untuk jawab soalan ni, saya nak tanya satu soalan dulu. Serius ke tak sebenarnya? Kalau serius, kalau hati memang ada keinginan yang kuat, soalan ini takkan muncul. Sebab bagaimana nak start adalah dengan start. - start cari ilmu - start tetapkan objektif pelaburan. Contoh: Nak beli untuk sew...

Dilema sewa pejabat murah atau soho mahal?

Tiga hari lepas saya mengendeng dan mengikut sepasang suami isteri yang merupakan usahawan yang terkenal pergi melihat-lihat unit soho baru di Kota Damansara. Mereka ni bermula dari bawah. Dari perniagaan di rumah hinggalah ke berkongsi pejabat dengan kawan-kawan. Setiap syarikat ada bilik sendiri. Ruang di luar bilik untuk kegunaan bersama. Humble, jimat kos tapi tak mengecilkan impian dan operasi perniagaan mereka. Alhamdulillah perniagaan semakin rancak dan membesar, mereka perlukan pejabat yang lebih luas. Itu yang mereka mencari dan survey di mana sesuai untuk dijadikan pejabat baru. Encik usahawan, puan usahawan dan saya pun melihat dua unit SOHO di situ, dengan ditemani agen. Satu unit dalam 800++ sqft. Sewa dalam RM2500. Satu unit lagi dalam 900++ sqft. Sewa dalam RM2600. Setiap unit siap dengan laminated floor, lighting, aircond, blind serta di dapur atau pantrinya siap-siap ada kabinet dapur, hob, hood, sink, peti ais dan microwave oven. Cantik, kemas, mewah. ...