Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

Havoc Hartanah KL menggegar lagi september ini.

Insya Allah, Havoc Hartanah KL akan kembali lagi september ini. Havoc Hartanah ni unik dan istimewa sebab ia satu seminar hartanah yang membawakan perkongsian ilmu dari 12 orang speaker dan 12 sesi perkongsian ilmu power kepada semua peserta. Dari tajuk strategi beli rumah, macamana nak capai kebebasan kewangan melalui hartanah, macamana nak buat duit dari hartanah pada era RM jatuh ni dan macam-macam tajuk power lagi. Yang paling menakjubkan adalah, tiket  masuk  cuma RM90 sahaja untuk 2 hari dan RM50 sahaja untuk satu hari. Giler murah untuk koleksi ilmu mahal sebegini. Insya Allah, kali ni saya  juga turun sekali lagi ke pentas Havoc Hartanah untuk berkongsi tajuk mengenai Pembelian Rumah Under Con: Apa Yang Perlu Dikaji. Butiran seminar: . Tarikh: 5 & 6 September 2015 Masa: 8:00pagi-6:00ptg Lokasi: Auditorium Panggung Sari, Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur Antara speaker yang akan berkongsi ilmu adalah: - Dr Daniele Gambero - Khalil ...

Sky Awani, rumah mampu milik di Sentul, Kuala Lumpur.

Siang tadi saya ke pejabat jualan Sky Awani di Ampang. Melihat model dan berbincang mengenai majlis penerangan projek rumah mampu milik ini yang akan diadakan pada hari Ahad nanti. Haah.. ahad ini saya akan anjurkan majlis penerangan projek ini buat semua yang telah mendaftarkan nama mereka menyatakan minat untuk mendapatkan rumah ini. Sky Awani Ia merupakan rumah mampu milik di bawah projek RUMAWIP, kelolaan DBKL. Nama pemajunya SkyWorld. Projek ini berlokasi di Sentul. Kalau yang familiar dengan Sentul tu, Sky Awani ni tepi jalan besar Pasar Sentul. Terus lagi nanti akan jumpa Petronas belah kiri dan kondominium 1Sentul. Haa. depan sikit lagi, dia belah kanan. Rumah ni saiznya 800 sqft, 3 bilik 2 bilik air. Kira selesa lah untuk tinggal dengan keluarga yang sederhana. Walaupun rumah mampu milik, tapi kemudahannya ala kondominium. Ada swimming pool infiniti, gelanggang takraw, gelanggang badminton, gelanggang futsal / bola keranjang, taman permainan kanak-kanak, ...

Dua tyty penting memilih hartanah komersial. Apa tu?

Selamat pagi semua. Saya berada di Jengka hari ini. Kejap lagi nak bantu mak mengecat rumah. Tapi tadi saya terbaca satu soalan ahli Kelab Alien Hartawan mengenai memilih shoplot. Jadi, saya beri respon di sana, dan saya rasa elok saya kongsi sekali lagi di sini. Memang ramai pelabur yang selepas membeli beberapa rumah, mereka rasa syok pulak nak cuba beli unit komersial.  Tak kisahlah kedai atas tanah ke, unit pejabat ke atau retail lot. Tapi macamana nak tahu itu unit komesial tu bagus atau tidak untuk dibeli? ok.. Nak beli shoplot atau unit komersial, sebahagian ilmu yang ada dalam hartanah kediaman tak boleh pakai. Penilaiannya berbeza. Bukan tengok lampu menyala waktu malam, bukan sekadar tengok double park atau tidak. Bukan hanya tengok ada LRT atau IPT berhampiran atau tidak. Secara ringkas saya ceritakan, paling penting dalam memilih hartanah komersial adalah 2 ty ty ni: 1) Visibility - mudah tak trafik nampak unit tu. Mengadap jalan ...