Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

Bila Ahyat Ishak kongsi strategi pelaburan

Dalam beberapa kerat speaker melayu, saya akui memang syok kalau belajar dan dengar sesi perkongsian Ahyat Ishak . Dia punya skill public speaking memang terbaik. Kompom tak ada yang tersengguk-sengguk atau rasa nak balik sebelum talk habis. Memang pasti syok dan khusyuk je dengar. Kalau tak percaya, cuba tanya mereka yang datang belajar strategi pelaburan hartanah dari Ahyat baru-baru ni. Ahaa.. sabtu lepas,  19 september 2015 Ahyat Ishak ada buat sesi perkongsian percuma, ilmu strategi pelaburan hartanah. bertempat di KDU University College, Glenmarie . Ramai juga balak, tak kalah aweks dan golongan wanita kental yang hadir. Crowd katanya memang ohsem.  Banyak rahsia strategi yang Ahyat dah bocorkan haritu. Sebenarnya, kalau belum tahu, sekarang dah ada kampus baru KDU di Glenmarie. haa.. bukan kat Damansara Utama je lah. Dekat kampus baru ni lah, site projek Utropolis. Saya pernah kongsikan mengenai projek ini DI SINI. Ka...

Sembang buku suara serak

Batuk pun banyak bercakap juga. Haah.. ikutkan saya batuk hari ni. Suara pun dah serak dan tak berapa nak keluar. Tapi dah janji kan nak buat sesi sembang santai buku hari ni. Jadi, takde hal punya. Alhamdulillah sesi Gelanggang Oakheart #8 mengenai buku Beli Rumah Kababoom! tadi dah pun berjalan dengan baik. Sesi berlangsung di Kafe Buku Oakheart (KABO) di seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Sebenarnya meskipun ini sesi sembang buku Kababoom ni, soalan yang ditanya dan dibincangkan tidak terhad kepada apa yang ada dalam buku je. Ada yang bertanya soalan advanced tadi, seperti berkaitan dengan kaveat, kelayakan pinjaman buat orang yang bekerja sendiri, pewarisan dan motivasi pelabur. Bagi saya, saya cuba jawab sebaik mungkin setakat pengetahuan saya. Kalau kawan-kawan nak tahu, Legasi Oakheart la yang buat kerja-kerja editing, prufreading dan design layout buku ini. Sampai merah-merah mata Hafiz dan Farahin bersengkang mata untuk buku ni. Ada beberapa ketika, saya join s...

Banjaria Court below market value for sale. Apa hal tak ada balkoni pun

Dulu masa saya jumpa iklan banjaria court yang sedang dalam pembinaan, saya terpengaruh dengan sesetengah komen forumers jumud di Lowyat. "Huh, harga lebih 200K tapi tak ada balkoni." Banjaria Court ni projek PKNS. Lokasi di Gombak. Kalau nak ke Pahang tu, atau dari sentul ke gombak, atau dari gombak ke batu caves, boleh nampak projek ni dari tepi jalan. Dia sebenarnya kat taman samudera, gombak. Dulu harga developer tak sampai 300K. Dalam RM200K++ sahaja. Lokasinya dekat dengan KL, tapi Gombak masa tu kan masih murah harga propertynya. Sentul pun masih kampung. Tapi tengok harganya sekarang. Market value boleh cecah 420K dah. Sebab? - lokasi bagus. - setapak dah moden dan naik jota-jota. Sentul dah transform. Gombak next. Nampak tak aliran pembangunan kawasan tu. - stesen komuter dah ada sampai ke batu caves. Dulu setakat Sentul je. Yang penting, bila lokasi bagus, developer reputasi baik dan aliran pembangunan memang menghala ke situ, tak ada balkoni b...

Mengejar impian Kababoom!

Tahun lepas saya rasa malu dengan diri sendiri. Sebab sejak tahun sebelumnya, iatu tahun tahun lepas, saya merancang nak mempunyai sebuh buku fizikal sendiri. Tapi hajat tu asyik terpendam, terendam dan terkempam sahaja. Dah masuk 2014 bukunya masih belum ada. Saya sekadar gembira dengan ebook sahaja. Lama-lama rasa tak boleh jadi ni. Saya kena buat sesuatu yang drastik untuk keluarkan buku saya. Kekangan masa buat impian saya tertolak lama sangat. Tu yang last-last saya nekad ambil cuti tanpa gaji, dan akhirnya meletak jawatan sebagai kakitangan awam. Haa.. padan muka. Biar ada masa untuk fokus pada buku. Dah cuti tanpa gaji pun buku masih belum keluar. Haihhh.. tak boleh jadi. Saya nak bukukan blog saya ni menjadi buku fizikal. Angan-angan saya, bulan Jun buku saya dah keluar. Tapi bahan blog ni banyak. Perlu ditapis. Jadi, lambat juga. Tak sempat keluar dalam bulan Jun. Last-last bila dah masuk bulan Julai, saya decide nak bukukan ebook keempat saya, 15 Artike...