Langkau ke kandungan utama

Bapak pemusnah pelaburan anak?

Beberapa minggu lepas saya bawa seorang prospek buyer view dua buah rumah di Kajang.

Asalnya, dia PM saya di Facebook. Beritahu dia mahu membeli rumah untuk pelaburan. Katanya mencari di area berhampiran dengan Cheras.

Berdasarkan pendapatan bulanan dan komitmen dia, saya jangkakan dia boleh beli rumah berharga maksima RM350K.
Tapi dia mencari yang berharga kurang RM300K.



Saya ada dua apartment nak dijual dengan harga RM250K  dan RM230K di Kajang.
Satu di Sri Ria, satu di Plaza Indah. Taman Sepakat Indah.

Kedua-dua apartment itu berada di lokasi yang bagus untuk disewa.
Ramai keluarga, pekerja di Kajang, pekerja di Putrajaya dan student dari UKM, Uniten tinggal di sini.

Keadaan apartment juga bersih. Terjaga dengan baik. Pengurusan yang baik.
Penduduk pun tak ada la padat sangat sampai double park di sini sana.

Cuma rumah yang harga macamni, memang la bukan besar macam kondo.
Luas rumah dalam 816 sqft dan 950 sqft.






Tapi sewa boleh cecah  RM900 kalau kosong, RM1200 kalau ada perabot.

Kira sesuai sangat lah untuk pelaburan.
Lagipun ia freehold. Berbanding di Bandar Baru Bangi, banyak leasehold.

Jadi saya cadangkan dua rumah ini kepada prospek buyer tadi.
Dia pun berminat nak tengok.

Perempuan, muda lagi tapi nampak potensi pelaburan hartanah.
Bagi saya, ini cukup bagus.
Kalau dia beli, ini rumah pertama dia yang memang dia nak beli dengan objektif pelaburan.
Bukan beli rumah untuk duduk dulu.



Dia agak punctual orangnya.
Tiba masa sepatutnya, dia sampai.
Saya pun bawa dia melihat kedua-dua apartment ini.

Selepas view, saya tanya dia, macamana.
Berminat tak dengan dua rumah ni.
Dia jawab, dia nak tanya ayah dia dulu.

Ayah dia orang Kelantan, duduk di Kelantan.

Bila saya dengar je mak ayah tinggal di kampung dan keutusan mak ayah yang menentukan masa depan pelaburan anak, saya agak skeptikal.

Ada ramai kawan-kawan saya yang last-last tak beli rumah sebab mak ayah tak setuju dengan rumah yang dia nak beli.
Mereka mahu anak mereka beli rumah landed ada 3 bilik tidur, paling kurang.
Mereka tak ambil kira harga rumah sebegitu di luar kemampuan anaknya.

Dan mereka tak peduli rumah untuk sewa lain dengan kriteria rumah untuk duduk.

Tu sebab untuk kes kali ni, saya agak skeptikal.
Tapi saya cuba berfikir positif.

Beberapa hari kemudian, saya bertanya, jadi tak nak beli rumah ni.

Jawapan yang saya dapat, ayah dia tak setuju.
Harga rumah tu tak berpatutan dengan saiz rumah.

Aduh...
Untuk harga sebegini, memang tak banyak pilihan.
Kalau nak apartment yang 1000 sqft boleh... tapi harga lebih RM300K.
Nak landed pun boleh.. tapi landed di Kajang dan Cheras pun paling rendah RM450K ke atas.
Harga lebih tinggi la..di luar bajet dia.

Jadi macamana?
Boleh ke dapat rumah seluas dan semurah yang mak ayah anda mahu di Lembah Klang?
Boleh ke dapat rumah semurah di Pantai Timur?
Sampai bila biar ayah anda yang duduk di kampung, tak familiar dengan harga pasaran di Lembah Klang halang anda beli rumah di sini?

Lain lah kalau mak ayah kita biasa dengan pasaran hartanah di Lembah Klang, itu berbeza.
Boleh la kita belajar dari mereka.

hmmm..
Rumah ni masih available.
Jika ada yang berminat dengan rumah ini atau nak membeli di kawasan Kajang, Bangi dan Cyberjaya, boleh hubungi saya 0123547636

Ulasan

Unknown berkata…
Just watched your talk in youtube entitle "Jodoh Hartanah" indeed memang satu perkongsian yg short and sweet...tahniah! kipidap
-Elyas..Penang

Catatan popular daripada blog ini

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...

Orang yang tidur sambil TV on. Ini sebenarnya berlaku dari segi psikologi manusia

Tidur kena senyap? Mana boleh... Nak senang tidur, kena pasang tv. ---- Aku la tu… jenis yang lagi senang tidur bila TV menyala. Kalau tak ada TV, bukak je iPad, pasang YouTube ke Netflix ke… janji ada bunyi. Hahaha.  Siapa geng? Rupanya ada sebab tau dari segi psikologi, kenapa agaknya perangai macam ni wujud? --- Lari kejap dari topik travel... tadi saya terbaca satu artikel psikologi, katanya orang yang suka tidur dengan TV on ni sebenarnya ada 8 ciri personaliti tertentu.  Bila aku baca… Iskkk… macam ada kena. Meh saya cerita semula 8 ciri psikologi untuk orang yang senang tidur atau memang selesa tidur sambil tv on ni. --- 1. Kita pandai “adjust suhu emosi” sendiri Ada orang bila stress, dia melenting. Tapi kita… pasang TV. Bukan sebab nak tengok pun, tapi bunyi TV tu macam aircond emosi. Bagi rasa selesa, tak terlalu sunyi, tak terlalu bising. Just nice. Balance. 2. Senyap tu sebenarnya bising gila Bila semua senyap, otak kita jadi makin bingit. Lagi tak sele...