Langkau ke kandungan utama

penyewa 'polis' kantoi.. tinggalkan rumah macam neraka

Beberapa bulan lepas saya berjaya menjual satu unit di Apartment Cendana di Bandar Sri Permaisuri

Owner rumah ni tinggal di Perlis. Jauh betul
Dia nak jual rumah dia tu sebab harga dah naik cun.
Lokasi hot, dia beli melalui lelongan.

Rumah tu ada penyewa.
Penyewa ni pulak katanya polis.Orang Sabah.
Tapi bercuti lama betul kat kampung. Lagi sebulan setengah baru balik KL.

Sedangkan owner nak jual cepat. Siap bagi harga 10% below bank value lagi.
Kesian pula saya pada owner, jadi saya cari buyer mana yang setuju untuk beli tanpa view rumah ni.

Lokasi hot. Siapa familiar dengan Bandar Sri Permaisuri akan tau betapa panasnya tempat ni.
Cuma tulah.. tak ada gambar sebab tenant tak ada di rumah.
Tak boleh view, pun sebab tak ada tenant di rumah.

Saya post maklumat di Facebook.
Ada seorang lelaki budiman telefon dan menyatakan minat.
Dia nak beli atas nama isteri dia.
Saya cek kelayakan loan, boleh lepas.

Jadi kami pun berjumpa di sebuah kafe.
Bincang-bincang.
Rupanya buyer ni biasa sangat dengan kawasan ni. Tempat bermain katanya.
Jadi, dia tahu sangat apartment ni dan potensinya.

Saya beritahu dia, owner bersetuju akan baiki jika ada kerosakan besar seperti leaking, pintu atau dinding pecah-pecah atau masalah wiring elektrik.
Rumah ni basic. Tak ada kabinet dapur, tak ada tiles.
Maknanya tak ada la kemungkinan masalah tiles pecah atau kabinet dapur kopak.
Jadi, kemungkinan masalah besar hanyalah leaking di bumbung, paip tersumbat, pintu pecah dan wiring elektrik rosak teruk.


Masalah ini lah yang biasanya pembeli akan cek sebelum beli.
Masalah kecik macam tombol pintu bilik rosak, sampah dan cat lusuh tu tak ada hal.

Buyer setuju.
Saya tulis syarat pembaikan di booking form dan dia sign.
Settle.

Lama juga buyer nak dapatkan loan, tapi owner yang juga budiman ni tak kisah.
Dia beri masa.
Hmm.. bagus dua-dua pembeli dan penjual ni.
Dua-dua boleh bincang.

Akhirnya setelah loan lulus, SPA pun ditandatangani.
Kemudian valuer call saya. Nak datang visit rumah untuk buat penilaian.

Masa tu jem.
Sebab tenant tak dapat dihubungi.
Owner kata, tenant ni ada bayar sewa bulan Jun tapi kantoi dia tak bayarkan caj management.

Rupanya sebelum ni management apartment tu hanya terima bayaran tunai.
Jadi owner transferkan duit ke tenant dan tenant bayar ke management.
Dah lebih setahun begitu, ok je.

Tapi kali ni kantoi pula.. dah 6 bulan owner transferkan duit tapi penyewa tak bayarkan ke management.
Geram la owner. Pau duit dia saja-saja.

Jadi owner minta dia kosongkan rumah pada hujung Jun.
Lagipun rumah pun dah dijual.

Mulai mesej itu diterima, tenant diam sahaja.
Call tak angkat, mesej tak dibalas.

Jadi bila valuer nak datang rumah, payah betul.
Tak tau macamana nak set appointment bila valuer boleh datang rumah.

Nak settlekan hal ni, owner turun KL pada pertengahan Julai.
Yelah.. pada masa tu sepatutnya tenant dah keluar
Sewa bulan Julai pun dah tak ada masuk.

Jadi saya pun turun sama dengan dia nak pergi pecah rumah sendiri.
Kami panggil tukang pintu, datang bukak mangga, kunci gril dan kunci dead lock pintu dengan hanya beberapa besi halus.
Power..
tak ada ketuk, tak ada cutter.
Main kuis-kuis je.,, sekali semua lock terbuka.

Power!!

Dan inilah hasilnya apa yang tersimpan di sebalik pintu dan gril berkunci tu.
Mak aiiii....






Kat bilik, atas katil bawah katil tepi katil penuh barang.
Macamana dia tidur?

Ada kipas angin, peti ais, dapur gas di tengah-tengah ruang tamu, home teater yang dah boleh masuk arkib.. aduhai.. macam-macam...








ada banyak barang peninggalan polis.
Ada topi, ada buku log, ada kasut, ada sarung pistol
haihh.. polis tinggalkan semua ni di rumah tinggalan?

ada banyak juga helmet yang talinya dah dipotong.
erkk.. lain macam...

wiring pun dah kena amend habis.
pelik, main tarik satu wayar dari main suis ke suis di dapur.
Ala-ala macam suis water heater.
Tapi tak ada pulak water heaternya..

adeh.. macamana penyewa bekerja elok sebagai polis boleh tinggalkan rumah sewa sampai macam neraka wel ni?

Setelah pening kepala kami tengok rumah ni, kami pun kunci balik pintu rumah dengan mangga baru dan kunci baru yang owner minta locksmith tu tolong pasangkan tadi.

Sebagai upah pecah rumah, owner bawak balik kipas angin duduk yang masih elok.
Hehehe.


selamat pulang ke perlis, en owner.

nanti saya cuci kan rumah ni dan tengok apa yang patut dibaiki sebelum diserahkan ke buyer.

Sambungan kisah akan menyusul..


Ulasan

Unknown berkata…
perghhh dhsyt..
anonymus berkata…
Teringat tips Akak bagi, jgn sewakan kat Abg polis ,askar .

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...