Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

Cendol Songkok Tinggi di Seremban

Esok ke mana? Esok hari Sabtu kan.. 19 November 2016 memang hari bersejarah. Salah satu yang saya nak kongsikan di sini adalah... jeng jeng jeng.. ada sesi Cendol Songkok Tinggi bersama Ahyat Ishak dan Khairul Ezuwan. Apa tu? makan cendol dan borak kosong je ke? ahaa.. sebenarnya ia satu sesi perkongsian hartanah PERCUMA untuk semua yang hadir. Belajar pasal pelaburan hartanah dari dua orang speaker yang ohsem power ni. Detail majlis ini: Tarikh: 19 November 2016 (Sabtu) Masa: 10 am - 3 pm Tempat: Residensi SIGC, Seremban.    Untuk jadual penuh majlis, boleh rujuk poster di bawah ya.  Untuk maklumat lanjut, boleh call no telefon di dalam poster ini juga. Yeahhh... jom ke Seremban kita!

Dilayan VIP. Bekas pelajar ini rasa perghhh dahsyat habis...!

Semalam memang lejen.    Dua minggu lepas, admin Saya Backpacker dihubungi oleh  pihak UTP. Mereka nak buat aktiviti talk dan jualan buku travel di Library mereka.  Mereka jemput kami untuk join dan beri talk mengenai backpacking. Kami terima pelawaan ini. Ia bermula semalam, 16 November 2016 - Jumaat 18 November 2016. Saya diberikan slot talk semalam jam 10 pagi. Tajuk perkongsiannya Merancang Kewangan untuk Kembara. Normi pula hari ni 17 Nov 2016 jam 10 pagi. Insya Allah beliau akan kongsikan mengenai solo kembara. Sebenarnya ini kali pertama saya beri talk mengenai backpacking. Selalunya pasal hartanah kan..  Jadi neves juga. Disebabkan banyak urusan kerja, dah jam 11 malam kelmarin baru saya start sediakan slide.  Buat punya buat, rupanya dah jam 4 pagi. Alamak.. jam 5 pagi dah kena gerak ke UTP sebab sasaran kami nak sampai di sana dalam jam 8 lebih.. yelah.. nak setup booth dan talk jam 10 pagi. Normi drive du...

Jom Cari Rumah Summit USJ. Talk Percuma sebelum lari 21km

Sabtu Ahad depan ada property talk percuma lagi weh... Kalau sebelum ni saya dan kawan-kawan speaker naik ke utara di Seberang Prai, dan kemudian turun ke selatan di JB Tapi kali ni kita rilek-rilek di Lembah Klang sahaja. Untuk orang Kay El dan kawasan yang sewaktu dengannya kan.. Jom Cari Rumah, expo property yang dipakejkan sekali dengan ilmu percuma untuk bijak beli rumah kali ni datang ke Summit USJ. Tarikhnya 11 - 13 November 2016 Masa 10 pagi - 10 malam tapi untuk talk, ia bermula dari jam 12 tengah hari - 5.30 petang. Masuk PERCUMA kepada semua. Kali ni ada ramai speaker yang tak ada di Seberang Prai dan JB, ada di Summit. tu yang specialnya... Jadi, kalau dah datang di Seberang Prai atau JB, kena la datang lagi di Summit sebab speakernya berbeza. Tapi muka saya ada kat semua event.. hahaha.. harap jangan jemu ya. Untuk jadual penuh event ni, boleh lihat pada jadual di bawah   Haaa... kalau tengok gambar di atas, ada banyak aktiviti untuk kana...