Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

2nd view yang pedih

Ada sesetengah owner masih boleh berbincang mengenai harga. Ada sesetengah owner tidak. Bila mereka katakan itu last price, itu memang last price. Owner begini tak terdesak nak jual. Kalau dapat pembeli dengan harga yang mereka mahu, barulah mereka jual. Kalau tak, korang merayu ke.. bagi cek deposit 3% dari harga korang nak ke.. owner akan buat derk sahaja. Kadang-kadang rasa geram juga... kita dah beritahu prospek buyer. Owner nak harga ni juga. Tak boleh nego dah. Tapi prospek buyer masih minta nak buat 2nd view, nak bawa keluarga. Itulah yang berlaku baru-baru ni.. Ada sebuah apartment tu, owner nak jual below market price. Prospek buyer dah datang tengok sekali dengan pasangannya. Masa tu mereka ada cakap nak nego harga. Saya beritahu, saya tak janji tapi saya tanya owner dulu. Bila saya bincang dengan owner, dia tak nak kurangkan harga dah. Harga tu last price, dah 25K atau 9% di bawah harga pasaran. Kemudian, buyer contact saya lagi. Saya beritahu har...

Taman Pelangi Semenyih corner 2 tingkat below market

Minggu lepas ada satu rumah saya pergi tu corner lot di Taman Pelangi Semenyih 2. Owner nak jual atau sewakan, mana yang terdahulu. Tanah luas. Rumah siap ada CCTV dan autogate. Ada pulak table top, built in wardrobe, katil queen, 2 water heater dan 3 aircond. Ada kawasan berpagar dan security. 4 bilik 3 bilik air, freehold. Non-bumi unit. Nak jual 610K, bank value boleh cecah RM750K Kalau sewa, RM1200 boleh nego lagi. Maknanya, kalau nak settle down dan hidup tenang di rumah bertanah corner lot, boleh lah beli. Kalau kat KL, rumah macamni mau 1 juta kot. Atau lebih. Kena pula 19% below bank value. Perghh.... Kawan-kawan bayangkan boleh main dengan anak kat tanah yang luas. Corner lot kan. Bila dah bersara pulak, boleh letak meja dan bbq satu famili kat luar tu. wowww. Pasal keselamatan pun tak payah risau sebab ada security kat pintu masuk kejiranan. Saya yang agent ni nak masuk pun kena bagitau unit mana dan daftar pelawat. Payah lah...