Sabtu baru-baru ni saya dan Normi ke Johor Bahru. Ok, sebenarnya kami nak menyertai larian Sundown di Singapore. Tapi ada beberapa hal penting berlaku pada malam sabtu dan pagi Sabtu menyebabkan kami bergerak agak lewat dari Kajang, Jalan pula jem teruk. Selalunya 3 jam setengah dah boleh sampai Johor Bahru. Tapi kali ni tak.. Perjalanan ambik masa dua kali ganda. Aduhai... Cuti sekolah dah nak habis rupanya. Esoknya budak-budak JB dah kena start ke sekolah balik. Tu yang jem betul. Kami sampai di JB dah jam 8.30 malam. Nak ambik kunci homestay dulu. Larian bermula jam 12 tengah malam. Jadi, paling lewat kena berada di lokasi sebelum jam 11 malam. Tapi 8.30 malam baru sampai di JB, mana sempat nak ke Singapore, cross border dan gerak ke lokasi naik pengangkutan awam.. Huhuhu Jadi, oleh kerana tak sempat, kami berehat sahaja di JB. Menikmati homestay yang sangat best ni.. Wowww homestay ni memang sangat best. Namanya Aaira Homestay. Sebenarnya ia terletak di Sky Bree...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.