Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

B11 Parkland: Penyewa suka rumah dekat stesen MRT

Bila rumah dekat dengan LRT atau MRT, penyewa suka. Sebab senang nak pergi tempat kerja. Apatah lagi kalau rumah tu memang ada jambatan yang cuma beberapa langkah ke stesen MRT. Haaaa... Ni ada satu kondo baru yang nanti ada jambatan ke stesen MRT Batu 11. Freehold pulak tu. Namanya B11 Parkland Ada dua type. 704 sqft dengan 2 bilik dan 2 bilik air 875 sqft dengan 3 bilik dan 2 bilik air. Harga bermula dengan RM380k untuk unit 2 bilik. Yang bestnya, projek ni sebelah stesen MRT je. Sekarang kat stesen MRT Batu 11 atau juga dipanggil sebagai MRT Balakong tu, memang ada jambatan untuk melintas jalan. Jadi nanti pemaju akan sambung jambatan tu dalam 300 meter, terus ke projek tu. ada bridge ke Stesen MRT Stesen MRT Batu 11 Tempat saya berdiri dan snap gambar ni lah pemaju akan sambung bridge ni Jadi bayangkan  betapa mudahnya nak sewa rumah ni nanti. Ini bukan soal berapa jauh ke stesen MRT lagi dah.. Tapi ni soal merangkak pun boleh sampai s...

Jom Cari Rumah Seberang Perai: Jual Rumah Gaya Bijak

Orang utara... Berminat nak beli rumah tak? Berapa ramai yang nak beli rumah, tapi tak tau cara... Tak tau nak beli kat mana..tak tau rumah apa yang tengah dijual yang kita boleh riki-riki.... Haaaa.... Ni ada berita baik. Insya Allah Jumaat- Ahad 15-18 November nanti akan ada Jom Cari Rumah di Sunway Carnival Mall. Insya Allah nanti ada booth-booth jualan hartanah baru untuk kawan-kawan survey. Kalau berminat, set appointment untuk lawat tapak dan sales gallery. Tengok show house. Kalau berminat dan rasa tulah rumah yang sesuai dengan kita, boleh la kita tangkap satu. Yang lagi best, kat Jom Cari Rumah ni nanti ada sesi ceramah percuma tentang macamana nak beli rumah, macamana nak jual rumah, mavamana nak dapatkan pinjaman dan lain-lain tajuk berkaitan. Masuk PERCUMA, dengar pun PERCUMA. Tapi ilmunya mahal. Saya sendiri insya Allah akan ada di snaa Ahad, sebab slot ceramah saya jam 3 petang. Saya akan berkongsi mengenai Jual Rumah Gaya Bijak dan Apa Ada dengan B...

Belanjawan 2019: Dari Perspektif Hartanah dan Kewangan Peribadi

Belanjawan 2019 Wowww.. dah lama tak dengar perkataan Belanjawan kan. Dah banyak tahun sejak pentadbiran Tun M yang pertama kali dulu, Tun M gunakan perkataan Bajet. Tapi kali ni sempena Malaysia Baru, Tun M sendiri kembalikan perkataan Belanjawan. Saya suka kerana Bahasa Melayu ada perkataan sendiri. Tak perlu import perkataan Budget dan jadikan Bajet lagi. Baik, apa yang ada dalam Belanjawan 2019 kali ini untuk bidang hartanah dan kewangan peribadi? OK, kita tengok dari segi HARTANAH dulu ya. 1. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau Real Property Gain Tax (RPGT)  CKHT bagi hartanah yang dilupuskan pada tahun keenam dan ke atas. - untuk pemilik yang terdiri dari syarikat dan bukan warganegara, CKHT akan dinaikkan dari 5% ke 10% dari keuntungan - untuk pemilik individu warganegara, CKHT dinaikkan ke kadar  0% ke 5% dari keuntungan. Maknanya kalau sebelum ni, owner rumah yang rakyat Malaysia , gigih tunggu cukup masuk tahun keenam baru nak jual. Sebab ta...

Booktalk percuma: Kurangkan Cukai Secara Sah

Nak tahu macam mana nak kurangkan cukai secara sah? Haaaa jemput hadir ke Book Talk bersama  Rezduan Bakar  merungkai persoalan ini. Kami tahu, mesti anda terfikir perkara ini kan?  Lagi pula belanjawan 2019 sudah dibentangkan.  Jadi, jangan tak datang. PERCUMA sahaja!!!! Tak kan nak tolak. Rugi lah! Tarikh : 11 November 2018 Hari : Ahad Masa : 10 pagi - 12 :30 tengahari Venue : Bilik Putih, 1-06, Metia Residence Office, No.5, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100, Shah Alam Untuk pertanyaan / RSVP sila hubungi saya ya : +6012-3547636 Cepat! Ilmu untuk dikongsi percuma sahaja  :)  Rugi kalau tak dapat!

Etika bila nak tanya lawyer pasal jual dan beli rumah kita

Mendengar luahan dan berkongsi pengalaman dari lawyer yang buat conveyancing... Buat saya rasa nak tulis di sini. Sangat tak bagus kalau - kita lantik lawyer A sebagai lawyer spa - lepas tu bila dapat draft spa, kita contact lawyer B untuk tanya ok tak spa ni? Dan tanya macam-macam soalan. Aiseyman kawan-kawan... Lawyer ni, menguruskan spa lah antara periuk nasi mereka. Begitu juga khidmat nasihat berkaitan pembelian sesebuah rumah. Pengalaman dan ilmu mereka yang mahal dan mereka hidup dengan ilmu ini. Jadi, jangan la kita minta servis free dari mereka sedangkan kita bayar lawyer lain. Kalau nak tanya dan ada apa-apa kemusykilan, tanyalah lawyer yang kita lantik tu lah. Kita bayar mereka kan... Kalau tak percaya, baik jangan lantik mereka dari awal. Kalau kita lebih percaya lawyer B berbanding lawyer A, haaa lebih baik lantik lawyer B je. Bukan lawyer A. Jangan pula sebab lawyer B ni sedara-mara kita atau kawan-kawan rapat, kita nak ambik kesempatan. Tak baik kan.....

Skandal 1MDB: Jual beli harga tanah pada harga hilang akal.

Woww Malaysia 2.0 Tahniah kepada kawan-kawan yang mengundi untuk Ubah. Setelah 60 tahun BN membentuk kerajaan di Malaysia, kali ni, ia beralih kepada Pakatan Harapan pula. Saya kira, sekarang ni chanel Astro Awani adalah chanel tv kegemaran kita kan... Melihat, mendengar, memperhalusi perjalanan 100 hari pertama Pakatan memerintah negara kita yang tercinta ini. Sejajar dengan manifesto Pakatan Harapan, 1MDB adalah agenda utama untuk dikaji dan disiasat. Beberapa agensi lain seperti Tabung Haji, Felda dan pembelian terus oleh agensi kerajaan menjadi agenda penting kabinet baru Malaysia. Projek mega seperti ECRL, HSR, Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia juga akan dikaji semula dari segi kemampuan negara, terma pinjaman, jangkaan pulangan pelaburan dan sebagainya. Tun M juga telah mengumumkan bahawa negara kini mempunyai hutang berjumlah 1 trillion. Wowww.. Kata Astro Awani, jumlah hutang ni sama dengan membina 1000 buah KLCC. Pergh... Kenyataan yang dibuat ole...

Sky Awani 3: rumah mampu milik yang mewah

Biasanya kalau rumah mampu milik ni, kemudahan yang ada basic je kan. Design pun simple simple sahaja. Tapi saya dapat maklumat pasal ada satu projek RUMAWIP iaitu rumah mampu milik Wilayah Persekutuan ni yang kalau tengok kemudahan dan designnya.. wowww.. macam kondo mewah. Nama projek ni Sky Awani 3, developernya Sky World OK saya tunjuk gambar dulu. swimming pool BBQ area swimming pool dan facilities dari atas Rumah ni ada satu type sahaja. 800 sqft dengan 3 bilik dan 2 bilik air. Siap ada balkoni. Sky Awani 3 ni ada 52 tingkat. Cuba tengok gambar kat bawah ni. Kat atas sekali, kat tingkat 52 ada sky deck. Sky deck ni bersambung pada semua tiga-tiga block. Kat sini ada kemudahan rekreasi dan ada jogging track tau. Bayangkan berjogging kat atas awan, dengan panjang track lebih 1 km. pergh....   haaa.. ni gambaran situasi atas sky deck nanti   sky deck Senarai kemudahan yang ada adalah: Water Fun     B...

Wanita ini genap 10 tahun menulis blog property di tahun 2018. Apa lagi menarik 2018 ni?

Selamat Tahun Baru 2018! Wowwowww... Saya mahu mulakan tahun baru kali ini dengan menulis di blog ini. 2018 bermakna ini tahun 10 saya menulis blog mengenai hartanah Sempena tahun baru ini, saya kongsikan apa yang kita boleh dapat manfaat dari Bajet 2018, sepertimana dibentangkan oleh Perdana Menteri kita. Walaupun pembentangannya 27 Oktober lepas, tapi boleh lah jadi rujukan kita untuk tahun ini dan awal tahun depan semasa mengisi e-filing ya. Saya ringkaskan yang berkaitan dengan hartanah dan kewangan. Perumahan untuk rakyat 17,300 unit rumah akan dibangunkan di bawah Projek Perumahan Rakyat. 3,000 unit rumah program Rumah Mesra Rakyat di bawah SPNB 210,000 unit rumah akan dibina di bawah program PR1MA. Harga rumahnya RM250K ke bawah 25,000 unit rumah akan disiapkan di bawah Projek Perumahan Awam 1 Malaysia (PPA1M), dan 128,000 unit lagi di bawah pelbagai peringkat pelaksanaan 600 unit rumah akan dibina di bawah program My Beautiful New Homes atau MyBNHomes un...