Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Risiko Mutiple Submission dan bila boleh buat dengan selamat?

Multi submission. Ini sebenarnya strategi yang sesuai dilakukan sebelum tahun 2013. Multi submission ni, korang apply dua tiga loan serentak pada harga yang sama tapi untuk unit berbeza. Setiap unit hantar ke bank berbeza. Kenapa buyer buat multi submission? Sebab kalau tak buat, buyer boleh lepas satu loan je. Masuk loan rumah seterusnya, dah tak lepas. mungkin sebab rumah tu under con, jadi nak tunggu dapat duit sewa untuk dijadikan pendapatan tambahan, kena tunggu lagi 3 - 4 tahun. Ataupun sebab tu loan rumah kedua. kalau beli satu rumah je dan apply satu loan je, rumah ketiga dan jadi loan ketiga yang cuma lulus 70%. sangkut pula deposit sampai 30%. Jadi buyer beli dua atau tiga rumah sekaligus dengan cara multiple submission. Unit A hantar bank sotong, Unit B hantar bank unta, unit C hantar bank Leong. Bank ingat hantar loan untuk rumah yang sama, tapi sebenarnya tak. Tipah menipu bank. Foto:  http://www.freedigitalphotos.net/ Tapi strategi ni dah bah...

Taman Peramu Sejahtera, Pekan dengan downpayment RM500 sahaja

Di KL, kalau ada bajet nak beli rumah dalam RM300,000, jangan berangan nak dapat rumah atas tanah. Mereka hanya dapat rumah atas awan je. Rumah apartment. Tapi orang Pekan atau Kuantan bertuah. dengan harga RM239,000++ pun boleh dapat satu rumah teres unit tengah.  Ni ada satu projek baru ni. Taman Peramu Sejahtera. Lokasi bagus, 2 km je dengan Universiti Automotif DRB- Hicom. Betul-betul sebelah Deftech. 6 km ke bandar Pekan. 19km ke Universiti Malaysia Pahang. Ada 2 type Type A: saiz tanah 25 x 62 Type B: saiz tanah 26 x 62 Ada 4 bilik dan 2 bilik air Kemudian ada ruangan khas untuk menjemur pakaian dan ruang tambahan. Unit pun tak banyak. Cuma 30 unit sahaja. Kawasan ni pula kawasan kejiranan Melayu. Ia tanah leasehold rezab melayu. Booking hanya RM500 sahaja Rebet 10% jadi tak perlu bayar downpayment dah, kecuali duit booking tu sahaja. Free legal fee SPA Free legal fee loan. Berminat dengan projek ni? Boleh call saya Rohania...

Kenapa perlu jual rumah?

Haaa... ramai orang kongsi macamana nak beli rumah kan. Hari ni saya nak tulis macamana nak jual rumah. Ok, mula-mula kita nak tau, kenapa nak jual rumah tu? Ada beberapa sebab kenapa pemilik hartanah menjual rumahnya. 1) Malas nak layan perangai penyewa.  Ni alasan glemer. Bukan semua orang sanggup layan karenah penyewa yang asyik komplen tapi sewa bayar lambat. Ada juga sakit hati tengok rumah rosak lepas penyewa keluar. Terus patah hati rasa nak jual je rumah tu. Bila kes begini, kalau rumah ni lambat terjual, owner kena sanggup bayar ansuran bulanan. Sebab rumah kosong kan. Nak jual mungkin makan masa beberapa bulan. Dah dapat jual, kena tunggu 6-9 bulan pula untuk proses selesai. Jadi, ok tak kalau bayar installment sepanjang beberapa bulan atau hampir setahun ni? 2) Rumah jauh dari lokasi sekarang Ha... ni pesen masa beli dulu duduk KL. Lepas tu dah dapat pindah ke kampung kat Kedah. Dah tak nak balik KL dah. Malas nak sewa, jual je la. Kes begini...

Panas: 1,058 pembeli rumah terawal saman PR1MA

Semalam kecoh berita 1.058 pembeli rumah PR1MA saman pemaju kerana menyebabkan kerugian pada mereka. Ceritanya begini. Pembeli rumah berkenaan adalah pembeli dari 24 projek PR1MA antaranya PR1MA Kuala Ketil Kedah, PR1MA Marudu Sabah, PR1MA Melaka Tengah, PR1MA Jubilee Kuala Lumpur, PR1MA Tebrau Johor, PR1MA Padang Siding Perlis, PR1MA Gambang Pahang dan PR1MA Bintawa Sarawak. Pada awalnya mereka membeli rumah ni pada harga lebih kurang RM350,000. Saya percaya ada yang berharga dalam RM300,000 atau hampir RM300,00 sebab inilah range rumah PR1MA. Biasanya kalau kita beli rumah under con, siapa beli awal akan dapat diskaun banyak kan. Harga pun lebih murah. Kemudian siapa beli lewat, harga dah naik ataupun diskaun dah kurang. Kiranya siapa beli cepat, dia untung. Tu logik lah. Tapi kali ni terbalik. Siapa beli awal, mereka beli harga asal. Tanpa diskaun. Tapi siapa beli lewat pula yang dapat diskaun banyak. Apa cerita ni? Macam ni lah.. biasanya rumah yang dibina...

Bagaimana bank menilai kelayakan pinjaman melalui akaun bank?

Nak sambung artikel lepas pasal peniaga online yang nak beli rumah. Saya ada tulis, kalau berniaga sendiri dan nak beli rumah, masukkan semua duit perniagaan dalam akaun bank semasa, kena decare income tax banyak-banyak dan bayar cukai banyak untuk melayakkan kita mampu beli rumah. Kemudian Firdaus Pay , seorang ex-auditor bank berkongsi bagaimana bank melihat pendapatan perniagaan dari akaun bank semasa mereka. Saya kongsikan di sini ******* Apa pemohon Self-Employed atau Sole-Proprietorship perlu tahu untuk mudah lulus pinjaman? Pemohon "Self-Employed atau Partnership" akan dinilai berdasarkan transaksi kepada akaun semasa seperti :- 1. Purata bulanan transaksi sebelah kredit (deposit) 2. Purata bulanan transaksi sebelah debit (pengeluaran) 3. Purata baki hujung bulan akan semasa 4. Kejadian "cek tendang" untuk akaun semasa 5. Aliran wang tunai (net cash flow) Pemohon "self-employed" biasanya akan dinilai melalui peg...

Berniaga online tapi nak beli rumah. Macamana tu?

salam saudari. sy mengikuti penampilan saudari d tv1 pagi ini. penampilan saudari mencuit sy dan buat sy terfikir tentang keadaan sy. sy adalah graduan sarjana tetapi tidak berkerja. skrg menjalankan bisnes online . sy sudah berkahwin dan anak perempuan 3. suami tidak berminat utk buat hibah atas harta nya dan sekiranya berlaku apa2 padanya hanya faraid spt biasa akan berlaku kpd sy dan 3 anak prempuan sy. soalan sy : 1. sy buat bisnes online. dan sy simpan duit. adakah sy boleh beli rumah? 2. kalau boleh, apakah mungkin step saudari boleh list kan pada sy utk sy follow satu persatu? maafkn sy jika msg mngnggu saudari. terima kasih utk masa n maklum blas. **** Jawapan saya, harap membantu 1. Daftar perniagaan dengan ssm 2. bukak akaun semasa dengan bank 3.Setiap pendapatan perniagaan, masukkan dalam akaun bank. Kalau nak beli rumah, masukkan banyak-banyak. 4. Declare cukai selama dua tahun berturut-turut. Kalau nak beli rumah dan buat loan, declare income banyak...

Perempuan ini naik motor dan muncul di Selamat Pagi Malaysia

Minggu lepas saya dijemput oleh Kak Liza,  Penerbit Selamat Pagi Malaysia untuk muncul di rancangan live TV tu. Dia minta saya bercakap mengenai Tips Beli  Rumah. Mula-mula saya ragu-ragu juga nak terima ke tak tawaran ni. Sebab last saya muncul di Selamat Pagi Malaysia pada tahn 2015. Sebelum saya accident dan buat pembedahan kepala. Selepas accident, ada waktu saya tersalah menyebut perkataan atau tersalah sebut suku-kata. Walaupun dah makin baik, tapi ada juga la tiba-tiba satu perkataan salah terkeluar. Tahun 2018, saya ada terima jemputan juga tapi tarikh tu tak boleh. Saya kena bawak kawan saya Normi ke hospital pula sebab masa tu dia patah kaki. Tapi saya dapat bantu Kak Liza dapatkan pengganti. Walaupun pengganti tu hensem dan tak comel macam saya, ok la juga kan... Maknanya dah lebih 3 tahun saya tak masuk TV cerita pasal hartanah ni. Neves juga. Tapi fikir punya fikir, ok la.. kali ni saya terima tawaran tu. Sesi saya sepatutnya jam 9.30 pagi. Sa...