Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

5 filem yang buat saya depression dan terganggu berhari-hari selepas menonton

Dua hari lepas, saya janji nak kongsi 5 movie yang buat saya terganggu berhari-hari selepas menontonnya. Tapi semalam saya agak kalut, kemudian saya buat larian 21km untuk klscm virtual run 2020, buat saya jadi tak sempat. Ok, ini 5 filem yang saya tengok yang buat rasa depressing dan mengganggu saya selepas beberapa hari menonton. 1. Hachiko. Kisah benar ni, memang boleh buat kita menangis dua tiga hari selepas menontonnya..saya dah beli DVD filem ni dah lama. Tapi saya tak ada keberanian menontonnya sehinggalah tahun 2018 kot. Sedih tu dah tentu bila lihat anjing bernama Hachi ni setia menunggu tuannya balik dari kerja di stesen keretapi setiap hari. Sedangkan tuannya dah mati ketika di pejabat. Tu sebab tak dapat balik naik keretapi macam biasa.  Yang paling mengganggu saya adalah, kenapa tak ada sesiapa tunjukkan mayat tuannya kepada Hachi? Atau sekurang-kurangnya bawak dia semasa upacara perkebumian? Biar Hachi tau. Arhh.. Ini kisah benar. Mengingati pun buat saya sedih dan pi...

Belanjawan 2021 yang bersejarah: Panas tapi menarik ke untuk bidang hartanah dan kewangan?

Beberapa hari lepas, Belanjawan 2021 pada dasarnya telah diluluskan di Parlimen. Nampaknya disebabkan majoriti sangat tipis dan disebabkan penularan Covid 19, belanjawan kali ni sangat adventure untuk diluluskan.  Tak seperti tahun-tahun sebelum ini. Sebelum ini, apabila pembentangan dilakukan oleh Menteri Kewangan, memang confirm lulus.  Sebab parti yang memerintah ada majoriti yang selesa untuk luluskan belanjawan. Tapi kali ini, silap haribulan, ada kemungkinan belanjawan tak diluluskan di Parlimen kerana majoriti sokongan kerajaan Perikatan Nasional sangat nipis.  Bila ada beberapa orang lompat sokongan atau tak hadir ke sesi undian kelulusan Belanjawan di Parlimen, ia boleh tidak diluluskan. Dalam erti kata lain, memberi makna kerajaan memerintah hilang majoriti. Jika ia berlaku, kita terpaksa buat pilihanraya umum semula. Tapi disebabkan Covid 19, rakyat tak mahu ada pilihanraya. Cukuplah peningkatan berganda kes Covid 19 sekarang disebabkan pilihanraya Negeri Sabah...

9 perkara penting berlaku kerana Covid 19

Salam November 2020 kawan-kawan. Semalam saya telah mencuba sesuatu yang baru.  Membuat satu sesi Facebook Live, bercerita tentang satu topik dan menjemput dua kawan untuk berkongsi pengalaman juga.  Saya jemput: 1.  Yan Yahaya , seorang penterjemah dan penulis freelancer 2.  Norsa'adah Ahmad, penulis, penerbit buku dan co-founder Dua Penulis. Kami bercerita tentang struggle dan kesan akibat pandemik Covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada kita semua. Saya berkongsi kisah saya, Yan ceritakan kisah dia, pengajian PHD dan kesan pada keluarga mereka, manakala Sa'adah bercerita apa yang sebenarnya berlaku kepada kita semua bila Covid 19 melanda. Saya tertarik dengan point-point dan kesimpulan yang Sa'adah terangkan. Ia betul dan saya setuju.  Jadi saya cadangkan Sa'adah tulis semula point-point tu di Facebook dia dan blognya.  Jadi, untuk bacaan semua, saya copy paste dengan kebenaran di sini ya.  **** Tahun 2020 akan berlalu pergi kurang 40...

Cita-cita yang membunuh

 Kita diajar untuk bercita-cita tinggi. Tapi dalam banyak perkara, kita mungkin gagal kerana cita-cita kita terlalu tinggi. Satu masa dulu saya banyak membaca mengenai financial freedom. Keluar dari rat race. Bila pendapatan pasif melebihi perbelanjaan. Jadi saya berusaha ke arah itu sejak 2006 ke 2012 melalui pelaburan hartanah.  Namun sejak 2013, saya dapati beberapa pinjaman rumah menyekat saya dari melakukan perkara lain yang saya mahu. Iaitu mengembara untuk tempoh yang panjang atau berpindah ke negara lain yang lebih tenang bagi diri saya.\ Malah saya juga ada tersilap memilih hartanah yang tak menguntungkan. Mungkin saya seorang blogger hartanah yang belum cukup bijak sebenarnya. Kemudian, kita diberi naluri, ingin ada seseorang yang kita sayangi sepenuh hati. Ingin berkongsi rasa dan hidup bersama.  Ini juga satu kegagalan saya.  Pesan Mazlina Berahim semalam, cari orang yang obses dengan kita.  Bukan orang yang kita obses pada dia. Mengapa bekas suami ...

Gagal dapatkan pinjaman Bank. Ini risiko pelabur emas yang banyak gadai di Ar-Rahnu.

Semalam saya pergi ke bandar Kajang. Saya ada urusan di CIMB dan kemudian mencari cawangan Western Union yang dah buka. Ada orang Singapura nak beli buku travelog yang saya jual, tapi buat bayaran melalui Western Union. Jadi saya kena pergi ambik duit tu di mana-mana cawangan Western Union juga. Masalahnya semua cawangan Western Union di Kajang belum beroperasi lagi. Ada satu cawangan tu katanya 8 hb Mei nanti baru bukak. Jadi saya kena datang semula la 8 hb nanti. Namun bukan kisah Western Union ni yang penting. Semasa di bandar Kajang, saya nampak jalan utama dalam bandar dan jem semula. Yelah.. mulai semalam, dah bermula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Jadi dah banyak kedai dibuka. Tu yang jem semula. Antara kedai yang dah dibuka adalah kedai-kedai pajak gadai. Ya, saya memang perasan ramai orang beratur di sebuah kedai pajak gadai tak jauh dari Maybank Kajang. Siap ada yang bergaduh dengan orang yang jaga pintu kedai. Entah apa yang mereka pertikaikan agaknya....

Bagaimana pos murah dengan pelbagai courier siap datang collect di rumah?

Kita dah masuk fasa ke3 PKP kan. Nampaknya banyak benda yang kita perlukan kita perlu beli online. Dalam kes saya, saya ada rumah penerbitan buku. Kasi Terbit namanya. Kasi Terbit menerbitkan buku dan memasarkan buku-buku lain yang genre sama dengan buku kami, terutama buku yang penulisnya terbit sendiri. Semasa PKP ni, jualan online merupakan satu keperluan. Namun, ada yang susah nak pergi pos barang kan. Kos pos pula bukan murah. Jadi, untuk peniaga online seperti saya, boleh pertimbangkan pakai servis website Easyparcel. Ia sebenarnya satu service pengeposan kontrak secara prepaid. Daftar akaun di website Easyparcel, kemudian top up kredit melalui kad debit, kad kredit atau online banking untuk amaun yang kita perlukan. Kemudian boleh la kita key in pengeposan. Masa top up pulak, boleh pilih nak top up berapa. Serendah RM100, boleh dapat harga pos RM5 - RM6.50 untuk 5 kg ke Semenanjung bawah kalau guna Pgeon Delivery atau Poslaju. Murah kan... Tapi kalau...

Pakej Prihatin PKS: semua peniaga dan owner hartanah komersial wajib baca

Semalam Perdana Menteri telah mengumumkan Langkah Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau Prihatin Tambahan. Sebelum ini, stimulus yang diberikan oleh kerajaan sangat tidak cukup membantu PKS dan membantu PKS mengekalkan pekerjaan. Ia lebih kepada memberi ikan kepada rakyat. Jadi atas maklumbalas yang kerajaan terima dari persatuan dan dewan perniagaan, kerajaan nampak yang ia tak cukup untuk memberi kayu pancing kepad rakyat. Ikan boleh habis dalam satu hari. Tapi bantuan kayu pancing dan penjagaan sungai, tasik dan laut sebagai sumber ikan sebenarnya yang lebih memberi jaminan. PKS adalah antara sumber ikan itu. Jadi, berdasarkan pengumuman semalam, inilah intipati pakej Prihatin Tambahan tersebut. 1) Subsidi upah untuk pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 ke bawah.  - bagi syarikat yang mempunyai pekerja sehingga 75 orang, subsidi gaji sebanyak RM1,200 sebulan untuk setiap pekerja. - bagi syarikat yang mempunyai pekerja 76 - 200 orang, sub...

Pencarum insurans dan takaful boleh dapat penangguhan bayaran 3 bulan sempena wabak Covid 19

Minggu lepas Perdana Menteri kita dah buat pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat sempena keadaan Perintah Kawalan Pergerakan sekarang ni. Antara yang terkandung dalam pakej rangsangan ini adalah penangguhan bayaran takaful dan insurans kepada pencarum selama 3 bulan kepada pencarum yang pendapatannya terjejas disebabkan Covid 19 ini. Saya sendiri mempunyai perlindungan kad perubatan dengan Prudential BSn. Jadi saya bertanya agen Prudential saya, Mardiyah, adakah saya dan kawan-kawan yang berniaga sendiri ini boleh menerima penangguhan bayaran takaful ini? Jawapannya dari pihak Prudential BSN adalah 1. Ia bukan automatik.  Maknanya bukan secara automatik kita tak payah bayar carumah untuk bulan April, Mei dan Jun ni. Tapi kita kena mohon penangguhan ni. Dapat kelulusan penangguhan baru lah tak payah bayar. Tak mohon penangguhan, tetap kena bayar. Mohon penangguhan tapi tak diluluskan, pun kena bayar. 2. Penangguhan untuk 3 bulan sahaja, antara April 202...

Untung betul Makcik Kiah. Laki dia bawak Grab.

Tiba-tiba kisah Makcik Kiah jadi tular. Si penjual pisang goreng yang tinggal di PPR Desa Tun Razak. Suaminya pesara dan sekarang membawa Grab. Anak Makcik Kiah pula adalah peminjam PTPTN.  Terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia (dan penulis teks ucapan) kerana menggunakan contoh rakyat marhain dalam menjelaskan Pakej Rangsangan Ekonomi pada petang Jumaat, 27 Mac 2020. Makcik Kiah adalah contoh kehidupan 40% daripada rakyat Malaysia. Makcik Kiah adalah kisah ramai. Makcik Kiah mungkin juga kisah kita. Kisah rakyat marhain yang mencari rezeki pada saat gawat. Ditambah pula suami Makcik Kiah si pesara yang terpaksa meneruskan kelangsungan hidup dengan menjadi pemandu e-hailing. Ya, pemandu e-hailing adalah rakyat stereng yang berusaha untuk melawan kegawatan dengan menggabungkan kudrat dan keupayaan ekonomi 'gig'. Istilah ekonomi gig ini semakin popular digunakan semenjak wujudnya platform perantara perkhidmatan secara digital sepe...

Bank Negara umum moratorium automatik selama 6 bulan, tangguh bayar ansuran pinjaman kecuali kad kredit. Happy?

Hari kelapan dalam tempoh Kawalan Pergerakan. Bagi sebahagian kakitangan awam, ini hari kelapan mereka bercuti dengan gaji. Bagi kakitangan perkhidmatan utama, tak ada beza. Kerja macam biasa di pejabat atau di rumah. Gaji tetap jalan. Tapi bagi sebilangan besar peniaga dan orang yang bekerja sendiri, ini mungkin hari kelapan mereka terpaksa tutup bisnes atau tak ada job. Majikan kecil begini, nak bayar gaji pekerja pun tak dapat. Jadi terpaksa beri cuti tanpa gaji kepada mereka. Walaupun Jabatan Tenaga Kerja mewajibkan semua majikan membayar gaji penuh kepada pekerja, nampaknya peraturan itu dilihat pro-pekerja. Sebab majikan kecil juga adalah rakyat yang terduduk bila bisnes terpaksa tutup. Jadi macamana? Minggu lepas, Pakej Rangsangan Ekonomi mengumumkan bahawa moratorium atau penangguhan pembayaran ansuran pinjaman akan diberi selama 6 bulan kepada pekerja atau SME yang terkesan akibat covid 19. Apa yang berlaku pada waktu itu adalah: - tak semua bank menyambut langkah...

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari akaun 2 KWSP sebanyak RM500 sebulan untuk meringankan beban kewangan masing-masing. Ia akan berkuatkuasa mulai 1 April nanti. Semua pencarum boleh mohon keluarkan asalkan ada duit mencukupi dalam akaun 2 dan usia pencarum sehingga 55 tahun. Mereka boleh keluarkan rm500 sebulan selama 12 bulan. Total pengeluaran dibenarkan adalah RM6,000. Apa kesan dari pengumuman ini? 1. Pengeluaran akaun 2 KWSP ini tidak wajib. Siapa ada wang simpanan, seeloknya guna wang simpanan. Siapa yang gaji masih jalan, lagi lah tak ada alasan nak keluarkan duit dalam akaun 2 ni. Kalau dah tak ada pilihan lain, barulah keluarkan duit akaun 2 ni ya. 2. Selama ini, kita semua tahu yang duit persaraan dalam KWSP sebenarnya tak cukup untuk sara kita selepas bersara. Ramai yang habiskannya dalam tempoh 3 tahun pertama sahaja. Saya sendiri ingat lagi yang bila ar...