Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2020

Perlu padam nama bank pada geran rumah?

Hari ni saya nak kongsikan satu artikel menarik oleh seorang peguam, Murni Zabiri . KENAPA PERLU PADAMKAN NAMA BANK PADA GERAN HARTANAH SELEPAS SELESAI BAYARAN PENUH PINJAMAN PERUMAHAN? ****** Ini adalah posting susulan dari posting saya sebelum ini.. "APA NAK KENA BUAT SELEPAS ANDA SELESAIKAN PINJAMAN LOAN RUMAH”. Di sini saya nyatakan kepentingan kenapa pemilik hartanah perlu menghapuskan rekod nama Bank di dalam Geran atau Hakmilik tanah mereka. Contoh Kes: · Pemilik Hartanah membeli sebuah rumah melalui pinjaman Bank A dan telah selesai membuat pembayaran penuh. · Bank A telah menutup akaun peminjam dan kembalikan Geran Asal kepada Pemilik berserta arahan untuk segera menyelesaikan urusan Melepaskan Gadaian (“Discharge of Charge”) · Pemilik hanya buat tak tahu kerana merasakan urusan ini tidak penting kerana pinjaman telah pun selesai. Bank bukan ada hak pun lagi ke atas rumah ini. Makanya Pemilik hanya menyimpan Geran Asal tersebut dan tidak membuat lantikan...

Apa nak kena buat selepas dah settlekan loan rumah?

Hari ni saya terbaca kawan peguam conveyancing saya berkongsi satu artikel menarik di Facebooknya. Nama peguam tu adalah Murni Zabiri dari Murni & Co. Jemput baca ya ****** APA NAK KENA BUAT SELEPAS ANDA SELESAIKAN PINJAMAN LOAN RUMAH Apabila anda (sebagai Pemilik Hartanah) telah menyelesaikan keseluruhan pinjaman perumahan yang diambil semasa membeli rumah tersebut, anda perlu bertindak untuk melupuskan kepentingan Bank terhadap rumah tersebut. 1. Jika Hartanah tersebut telah mempunyai Geran (“Property With Title”) “DISCHARGE OF CHARGE” - Lantik Peguam untuk menyediakan Borang 16N dan menguruskan semua dokumen yang berkaitan - Peguam akan menghantar Borang 16N untuk ditandatangani oleh Bank - Bank akan menandatangani Borang 16N dan mengembalikan Borang 16N kepada Peguam bersama-sama dengan salinan Asal Geran dan Pendua Gadaian Borang 16A dll - Peguam akan menyerahkan Borang 16N yang telah disetemkan kepada Pejabat Tanah untuk di...

Dividen KWSP 2020 mengecewakan?

Semalam satu Malaysia digemparkan dengan pengumuman dividen KWSP. Dividen KWSP untuk tahun 2020. Untuk simpanan konvensional, kadar dividen adalah 5.45%. Manakala bagi simpanan syariah, kadar dividen sebanyak 5% sahaja. Simpanan Islamik lagi rendah dari konvensional? yup. sebab konsep islamik tu sendiri, tak ada janji keuntungan kan. Ada untung, sama-sama untung. Ada rugi, sama-sama rugi. Telus. Kadar tahun ni lebih rendah dari tahun lepas dan tahun 2018 tau. Tahun lepas, masih lebih cun. Untuk simpanan konvensional, dapat lah 6.15% untuk simpanan Syariah, dapat 5.90% Tapi rendah sangat ke kadar dividen KWSP tahun 2020 ni? Sebenarnya sejak 20 tahun lepas, kadar tertinggi adalah tahun 2017. Kadarnya 6.9% untuk simpanan konvensional manakala 6.4% untuk simpanan syariah. Kadar kedua tertinggi adalah pada tahun 2014. Kadarnya 6.75% untuk simpanan konvensional. Masa tu belum ada simpanan syariah lagi. Kadar paling rendah adalah pada tahun 2002 iaitu 4.25% ...