Tiba-tiba kisah Makcik Kiah jadi tular. Si penjual pisang goreng yang tinggal di PPR Desa Tun Razak. Suaminya pesara dan sekarang membawa Grab. Anak Makcik Kiah pula adalah peminjam PTPTN. Terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia (dan penulis teks ucapan) kerana menggunakan contoh rakyat marhain dalam menjelaskan Pakej Rangsangan Ekonomi pada petang Jumaat, 27 Mac 2020. Makcik Kiah adalah contoh kehidupan 40% daripada rakyat Malaysia. Makcik Kiah adalah kisah ramai. Makcik Kiah mungkin juga kisah kita. Kisah rakyat marhain yang mencari rezeki pada saat gawat. Ditambah pula suami Makcik Kiah si pesara yang terpaksa meneruskan kelangsungan hidup dengan menjadi pemandu e-hailing. Ya, pemandu e-hailing adalah rakyat stereng yang berusaha untuk melawan kegawatan dengan menggabungkan kudrat dan keupayaan ekonomi 'gig'. Istilah ekonomi gig ini semakin popular digunakan semenjak wujudnya platform perantara perkhidmatan secara digital sepe...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.