Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2020

Bagaimana pos murah dengan pelbagai courier siap datang collect di rumah?

Kita dah masuk fasa ke3 PKP kan. Nampaknya banyak benda yang kita perlukan kita perlu beli online. Dalam kes saya, saya ada rumah penerbitan buku. Kasi Terbit namanya. Kasi Terbit menerbitkan buku dan memasarkan buku-buku lain yang genre sama dengan buku kami, terutama buku yang penulisnya terbit sendiri. Semasa PKP ni, jualan online merupakan satu keperluan. Namun, ada yang susah nak pergi pos barang kan. Kos pos pula bukan murah. Jadi, untuk peniaga online seperti saya, boleh pertimbangkan pakai servis website Easyparcel. Ia sebenarnya satu service pengeposan kontrak secara prepaid. Daftar akaun di website Easyparcel, kemudian top up kredit melalui kad debit, kad kredit atau online banking untuk amaun yang kita perlukan. Kemudian boleh la kita key in pengeposan. Masa top up pulak, boleh pilih nak top up berapa. Serendah RM100, boleh dapat harga pos RM5 - RM6.50 untuk 5 kg ke Semenanjung bawah kalau guna Pgeon Delivery atau Poslaju. Murah kan... Tapi kalau...

Pakej Prihatin PKS: semua peniaga dan owner hartanah komersial wajib baca

Semalam Perdana Menteri telah mengumumkan Langkah Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau Prihatin Tambahan. Sebelum ini, stimulus yang diberikan oleh kerajaan sangat tidak cukup membantu PKS dan membantu PKS mengekalkan pekerjaan. Ia lebih kepada memberi ikan kepada rakyat. Jadi atas maklumbalas yang kerajaan terima dari persatuan dan dewan perniagaan, kerajaan nampak yang ia tak cukup untuk memberi kayu pancing kepad rakyat. Ikan boleh habis dalam satu hari. Tapi bantuan kayu pancing dan penjagaan sungai, tasik dan laut sebagai sumber ikan sebenarnya yang lebih memberi jaminan. PKS adalah antara sumber ikan itu. Jadi, berdasarkan pengumuman semalam, inilah intipati pakej Prihatin Tambahan tersebut. 1) Subsidi upah untuk pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 ke bawah.  - bagi syarikat yang mempunyai pekerja sehingga 75 orang, subsidi gaji sebanyak RM1,200 sebulan untuk setiap pekerja. - bagi syarikat yang mempunyai pekerja 76 - 200 orang, sub...

Pencarum insurans dan takaful boleh dapat penangguhan bayaran 3 bulan sempena wabak Covid 19

Minggu lepas Perdana Menteri kita dah buat pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat sempena keadaan Perintah Kawalan Pergerakan sekarang ni. Antara yang terkandung dalam pakej rangsangan ini adalah penangguhan bayaran takaful dan insurans kepada pencarum selama 3 bulan kepada pencarum yang pendapatannya terjejas disebabkan Covid 19 ini. Saya sendiri mempunyai perlindungan kad perubatan dengan Prudential BSn. Jadi saya bertanya agen Prudential saya, Mardiyah, adakah saya dan kawan-kawan yang berniaga sendiri ini boleh menerima penangguhan bayaran takaful ini? Jawapannya dari pihak Prudential BSN adalah 1. Ia bukan automatik.  Maknanya bukan secara automatik kita tak payah bayar carumah untuk bulan April, Mei dan Jun ni. Tapi kita kena mohon penangguhan ni. Dapat kelulusan penangguhan baru lah tak payah bayar. Tak mohon penangguhan, tetap kena bayar. Mohon penangguhan tapi tak diluluskan, pun kena bayar. 2. Penangguhan untuk 3 bulan sahaja, antara April 202...