Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2020

Gagal dapatkan pinjaman Bank. Ini risiko pelabur emas yang banyak gadai di Ar-Rahnu.

Semalam saya pergi ke bandar Kajang. Saya ada urusan di CIMB dan kemudian mencari cawangan Western Union yang dah buka. Ada orang Singapura nak beli buku travelog yang saya jual, tapi buat bayaran melalui Western Union. Jadi saya kena pergi ambik duit tu di mana-mana cawangan Western Union juga. Masalahnya semua cawangan Western Union di Kajang belum beroperasi lagi. Ada satu cawangan tu katanya 8 hb Mei nanti baru bukak. Jadi saya kena datang semula la 8 hb nanti. Namun bukan kisah Western Union ni yang penting. Semasa di bandar Kajang, saya nampak jalan utama dalam bandar dan jem semula. Yelah.. mulai semalam, dah bermula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Jadi dah banyak kedai dibuka. Tu yang jem semula. Antara kedai yang dah dibuka adalah kedai-kedai pajak gadai. Ya, saya memang perasan ramai orang beratur di sebuah kedai pajak gadai tak jauh dari Maybank Kajang. Siap ada yang bergaduh dengan orang yang jaga pintu kedai. Entah apa yang mereka pertikaikan agaknya....