Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2020

5 filem yang buat saya depression dan terganggu berhari-hari selepas menonton

Dua hari lepas, saya janji nak kongsi 5 movie yang buat saya terganggu berhari-hari selepas menontonnya. Tapi semalam saya agak kalut, kemudian saya buat larian 21km untuk klscm virtual run 2020, buat saya jadi tak sempat. Ok, ini 5 filem yang saya tengok yang buat rasa depressing dan mengganggu saya selepas beberapa hari menonton. 1. Hachiko. Kisah benar ni, memang boleh buat kita menangis dua tiga hari selepas menontonnya..saya dah beli DVD filem ni dah lama. Tapi saya tak ada keberanian menontonnya sehinggalah tahun 2018 kot. Sedih tu dah tentu bila lihat anjing bernama Hachi ni setia menunggu tuannya balik dari kerja di stesen keretapi setiap hari. Sedangkan tuannya dah mati ketika di pejabat. Tu sebab tak dapat balik naik keretapi macam biasa.  Yang paling mengganggu saya adalah, kenapa tak ada sesiapa tunjukkan mayat tuannya kepada Hachi? Atau sekurang-kurangnya bawak dia semasa upacara perkebumian? Biar Hachi tau. Arhh.. Ini kisah benar. Mengingati pun buat saya sedih dan pi...

Belanjawan 2021 yang bersejarah: Panas tapi menarik ke untuk bidang hartanah dan kewangan?

Beberapa hari lepas, Belanjawan 2021 pada dasarnya telah diluluskan di Parlimen. Nampaknya disebabkan majoriti sangat tipis dan disebabkan penularan Covid 19, belanjawan kali ni sangat adventure untuk diluluskan.  Tak seperti tahun-tahun sebelum ini. Sebelum ini, apabila pembentangan dilakukan oleh Menteri Kewangan, memang confirm lulus.  Sebab parti yang memerintah ada majoriti yang selesa untuk luluskan belanjawan. Tapi kali ini, silap haribulan, ada kemungkinan belanjawan tak diluluskan di Parlimen kerana majoriti sokongan kerajaan Perikatan Nasional sangat nipis.  Bila ada beberapa orang lompat sokongan atau tak hadir ke sesi undian kelulusan Belanjawan di Parlimen, ia boleh tidak diluluskan. Dalam erti kata lain, memberi makna kerajaan memerintah hilang majoriti. Jika ia berlaku, kita terpaksa buat pilihanraya umum semula. Tapi disebabkan Covid 19, rakyat tak mahu ada pilihanraya. Cukuplah peningkatan berganda kes Covid 19 sekarang disebabkan pilihanraya Negeri Sabah...