Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2025

Ambik diploma dapat elaun bulanan di kolej Mara.

Hari ni newsfeed dipenuhi dengan kesyukuran parent anak mereka ambik results SPM. Tahniah buat semua. Saya cuma nak kongsikan satu peluang melanjutkan pengajian diploma untuk parent yang cari pilihan pengajian yang lebih murah. Atau nak elakkan anak dia berhutang dengan PTPTN.  Cuma ini untuk kawan-kawan berbangsa bumiputera sahaja. Maaf untuk bukan bumi. Ada rangkaian kolej MARA, namanya Kolej Kemahiran Tinggi Mara. Mereka tawarkan banyak pengajian diploma yang berasaskan kemahiran. Yang bestnya, - yuran masuk pengajian cuma RM500 - asrama percuma - dapat elaun dalam RM300 sebulan.  - bukan pinjaman MARA ya.. tapi memang elaun yang diberi oleh MARA dan kos pengajian yang lain serta kos asrama memang mara tanggung. Ada dua anak sedara saya belajar di KKTM. Sorang dah habis belajar pun di KKTM Sri Gading di Parit Raja. Dia ambik bidang teknologi kejuruteraan bangunan (teknologi hijau). Sorang lagi sedang belajar di KKTM Lenggong. Belajar bidang teknologi makanan. Oleh kerana MA...

Lapar ke...atau haus je sebenarnya?

Pernah tak, rasa lapar sangat... Tapi lepas minum air je, terus tak rasa apa-apa? Tadi saya rasa lapar gila. Padahal baru sejam lepas makan. Perut pun tak berbunyi, tapi tangan ni macam nak capai makanan je. Saya cuba minum segelas besar air. Tunggu dalam 10 minit. Eh, rasa lapar tu hilang? Terus saya teringat... Orang selalu cakap, "Minum air banyak-banyak, nanti tak lapar dah." Sebenarnya ada sebab saintifik kenapa ini berlaku. Dalam otak kita, ada satu tempat nama dia hypothalamus — Hypothalamus ni jaga dua benda: rasa lapar dan rasa haus. Kadang-kadang bila badan kekurangan air, hypothalamus boleh tersilap hantar signal. Buat kita rasa macam lapar, padahal badan sebenarnya dehydrated je. Sebab tu, bila kita minum air, "lapar" tu hilang. Bukan sebab kita kenyang. Tapi sebab badan dah cukup air. Moral of the story: Kalau tiba-tiba rasa lapar, cuba minum air dulu. Kalau lepas tu rasa lapar hilang, confirm tadi badan kita cuma minta AIR. ---  Pernah ada ...

"Mati atau Lumpuh, Duit Tetap Jalan."

Ramai ingat, hibah takaful ni bayar bila mati je. Padahal, kalau kita masih hidup tapi tak upaya kekal, duit pun tetap masuk. Hilang upaya kekal (TPD) tu apa? Senang je ... Bila badan kita dah tak boleh berfungsi macam biasa.  Contoh: Hilang dua tangan, atau Hilang dua kaki, atau Hilang dua-dua mata, atau Kombinasi tangan + kaki / tangan + mata / kaki + mata. Ataupun, kita masih cukup anggota tapi dah tak boleh buat benda asas hidup macam: Pakai baju sendiri Bergerak dari bilik ke bilik Masuk keluar katil Mandi basuh badan Kawal buang air Makan sendiri Kalau kita tak boleh buat 3 benda daripada senarai ni tanpa bantuan, kira layak claim TPD. Tapi ingat: Cover TPD ni sampai umur 70 tahun je. Takaful tak cover kalau kecederaan tu sebab benda-benda macam cuba bunuh diri, buat aktiviti ekstrem, jenayah, atau perang. Jadi, jangan ingat ambil hibah takaful ni untuk bila kita dah mati je. Kita ambil juga untuk masa kita masih hidup, cuma dah hilang upaya dan tak nak menyusahka...