Langkau ke kandungan utama

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah.

Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah?

Kita kongsi sikit beberapa situasi.

Yang mungkin masuk akal.

Yang mungkin kita sendiri pernah alami.




1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi.

Contohnya rumah kos rendah atau medium.

Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun.

Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je.

Lepas tu, dia macam statik.

Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000,

Sekarang dah cecah RM200,000,

Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply.


Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand.

Ini mungkin masa sesuai untuk jual.

Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar.


2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat.

Anak-anaksemua dah besar.

Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri.

Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" anak-anak, sekarang dah tak ada siapa perlukan pun.

Kita pula masih sihat.

Inilah masa untuk guna hasil rumah tu untuk diri sendiri.

Nak pergi haji ke..

Nak travel tengok dunia ke..

Atau nak hidup lebih tenang tanpa pening jaga rumah kosong.

Hidup ni bukan untuk simpan semuanya sampai mati.

Kadang-kadang kita kena izinkan diri untuk merasa.


3. Bila kita diuji dengan sakit yang serius atau kronik.

Contohnya kita kena kanser.

Atau penyakit lain yang perlukan rawatan jangka panjang.



Kita dah tak boleh kerja macam biasa.

Pendapatan pun terjejas.

Kena pula kita tak ada pampasan penyakit kritikal.

Tapi kita ada rumah.

Atau kita ada tanah.

Masa ni lah kita pertimbangkan untuk jual.

Gunakan duit tu untuk rawatan, penjagaan, dan keperluan hidup.

Tak perlu tunggu semua aset tu “jadi”. Kita sendiri pun tengah berjuang untuk terus hidup.


4. Bila kita buat keputusan nak berhijrah… atau travel jangka panjang.

Ada yang buat keputusan nak migrate ke luar negara.

Ada juga yang nak travel lama — setahun dua.

Atau hidup nomad, tanpa tempat tinggal tetap.

Kalau kita memang serius dengan keputusan tu,

Rumah yang ada boleh jadi beban.

Kita mungkin kena bayar hutang rumah setiap bulan, tapi kita dah tak duduk situ.

Atau kena cari penyewa dan urus dari jauh.

Kalau macam tu, jual rumah dan guna hasilnya untuk mulakan hidup baru.

Tak semestinya kena tunggu umur 60 baru boleh travel.

Kalau masa muda ni kita dah tahu apa yang kita nak,

Kenapa tak?


5. Bila rumah tu dimiliki bersama… dan keadaan dah berubah.

Contohnya rumah atas nama suami dan isteri.

Tapi kemudian pasangan tu berpisah.

Daripada simpan jadi beban emosi,baiklah bincang baik-baik.

Siapa nak ambil alih, dia refinance.

Bayar semula bahagian bekas pasangan.

Atau kalau rumah tu rumah pusaka.

Dimiliki oleh dua, tiga waris.

Seorang je duduk, yang lain tak dapat apa-apa.

Elok bincang.

Kalau ada yang nak rumah tu, jual kepadanya dengan harga yang adil.

Kalau tak ada siapa nak duduk pula, jual kepada orang luar.

Bahagikan hasil jualan ikut persetujuan.

Supaya semua waris rasa dihargai.


Kita jual rumah bukan sebab tak mampu.

Kadang-kadang sebab hidup bergerak.

Ada yang jual sebab nak cari ketenangan.

Ada juga yang jual sebab tak ada pilihan.

Sakit datang tiba-tiba.

Gaji tak macam dulu.

Komitmen tetap berjalan.

Kalau ada lebih daripada satu rumah, bolehlah pilih mana satu nak lepaskan.

Tapi macam mana kalau kita cuma ada satu?

Rumah yang kita duduk sekarang ni.

Rumah tempat kita berlindung.

Rumah tempat kita simpan memori.

Nak jual memang berat.

Tapi bila keadaan mendesak, kita terpaksa.

Kat sinilah pentingnya ada pampasan penyakit kritikal.

Kalau kita ada pelan perlindungan yang sesuai, sekurang-kurangnya ada buffer untuk kita bertahan.

Contohnya pampasan RM50,000, mungkin cukup untuk cover rawatan dan sara hidup setahun dua.

Kalau bajet bulanan kita kecil, RM50 sebulan pun dah boleh mula.

Kalau bajet boleh naik sikit ke RM100, kita boleh susun pampasan yang lebih besar.

Biar ada perlindungan untuk kita.

Dan biar kita tak perlu jual rumah satu-satunya kalau diuji nanti.

Sekarang ni, ramai sangat yang kena kanser.

Ramai juga yang kena stroke walaupun masih muda.

Jangan tunggu sampai benda tu jadi dekat kita.

Eloklah kita rancang dari sekarang.

Kawan-kawan boleh contact saya 0123547636. 

Saya bantu dapatkan quotation Pampasan Penyakit Kritikal, percuma saja.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...