Langkau ke kandungan utama

Memahami Bakal Jodoh Backpack Anda

Ramai yang tegur bila Nampak kita pakai backpack masa nak travel. Tak berat ke?

Ok malam ni saya nak cerita pasal backpack. 

Disclaimer, info ni basic ya kepada Kawan-kawan yang tak biasa pakai backpack atau yang baru nak belajar backpacking. Kalau dah terer dan banyak pengalaman, tulisan saya ni mungkin tak sesuai untuk anda.

Ok kita mulakan.


Backpack ni sebenarnya bagi saya, ia bukan sekadar beg. Dia adalah kawan baik kita waktu kuta redah hujan, panjat tangga hostel, tunggu bas kat terminal kecik pukul 6 pagi bila kena menapak 10,000 kaki mencari kat mana stessn Keretapi.

Jadi, kalau kita tersalah pilih, memang boleh buat kita rasa nak lempar beg ke laut. Tapi kalau jumpa yang ngam, perghhh... rasa ringan je walau bawa stok 16 kg hidup satu bulan.

---

Satu benda penting yang kita kena faham awal-awal:

 Backpack tu sebenarnya tak berat mana pun. Yang buat dia berat, selalunya sebab bentuk dan saiz backpack tu tak fit dengan badan.

Kalau backpack tu sesuai dengan tubuh kaita, beban akan turun ke pinggang. Bukan beban semua jatuh atas bahu.

Backpack pun duduk elok atas belakang badan kita. Tak goyang. Kita pun boleh jalan jauh dengan backpack ni dengan lebih gembira. Tak ada la rasa menyesal pakai backpack Dan mula berfikir, "kenapalah aku buat keputusan hidup macam ni?"

Ok so saya nak ceritakan 6 tips bagaimana memilih jodoh backpack kita...Dan bagaimana menggunakannya dengan betul supaya tak bercerai talak tiga.

---

1. Saiz Backpack Mesti Ikut Torso, Bukan Tinggi Badan

Okey, ni ramai orang silap. Mereka fikir, tinggi badan dia 160cm, terus boleh beli beg 60 - 70 liter. Tapi yang sebenarnya kita kena tengok torso length, bukan tinggi keseluruhan badan.

Torso tu apa?

Torso ni ialah bahagian tengah badan — dari tulang leher belakang (C7) sampai ke tulang pinggul.

Nak ukur torso kita ni senang je:

1. Tunduk sikit kepala. Rasa tulang paling timbul belakang tengkuk — tu lah C7.

2. Letak tangan kiri kanan kat pinggang, rasa tulang keras — itu tulang pinggul (iliac crest).

3. Ukur jarak antara C7 dan paras pinggul tu — itu panjang torso kita.

Kalau torso kita pendek, cari backpack yang lebih pendek juga. Sebab bila beg tu ngam dengan torso, beban dia akan seimbang. Beg tak tergolek ke belakang. Pinggang dapat sokong betul-betul.

Tapi kalau kita beli backpack yang saiz dia lebih panjang atau lebih pendek dari torso kita, haaa tu kita akan rasa kurang selesa atau rasa berat.

Sebab tu la jenama backpack macam Deuter ada buat model khas macam SL (Slim Line) — khas untuk yang bertorso pendek, bahu sempit, Dan pinggul lebar. Selaluny untuk perempuan lah.  Tapi kalau lelaki yang bertubuh kecil pun boleh je guna backpack model ni 

---


2. Sistem Backpanel – Yang Ada Jarak, Dengan Yang Rapat Terus

Baclpanel ni adalah bahagian belakang backpack.  Ini pun penting — sebab dia yang bersentuhan terus dengan badan kita.

Ada dua jenis backpanel. 

Satu jenis ada mesh — yang ada ruang antara beg dan belakang. Angin boleh lalu. Jadi kalau kita jenis cepat berpeluh, ni memang syurga. Sesuai sangat untuk hiking kat tempat panas.

Satu lagi jenis foam contact. Dia yang rapat terus dengan belakang. Rasa lebih stabil, lebih padat, dan biasanya boleh muat lebih banyak barang.

So ikut gaya travel kita.  Kalau kita banyak berjalan kat tempat panas, mesh tu best. Tapi kalau city hopping atau banyak naik tren/bas, yang rapat jenis foam contact pun elok sebab kurang bulky.

---

3. Hipbelt – Bahagian Paling Power Tapi Sering Diabaikan

Hipbelt ni… ramai orang buat tak tahu.
Padahal dia ni lah sebenarnya penyelamat bahu dan mood kau.

Hipbelt tu ialah tali lebar yang terletak kat bahagian pinggang backpack, yang kita boleh clip dan ketatkan kat pinggul.

Bila kau ketatkan dia betul-betul: 70% ke 80% berat beg akan dialihkan ke pinggang

Bahu kita akan rasa ringan. Kita boleh jalan lagi jauh tanpa sakit badan

Sebab otot pinggang memang lebih kuat.  Dia memang dicipta untuk tampung beban. Berbanding bahu yang lebih cepat rasa lenguh dan sakit bila angkat berat. 

So... jangan biar beg tu tergantung kat bahu. Pasang hipbelt.  Bagi dia peluk pinggang kita. Kasi rapat. 

---

4. Load Lifters & Sternum Strap – Kecil Tapi Penting

Yang ni tali-tali halus yang kadang orang anggap tak penting, tapi sebenarnya game changer.

Load lifters tu tali yang sambung dari atas shoulder strap ke atas beg. Bila kita tarik, beg akan duduk lebih rapat dengan badan, jadi tak rasa berat tertarik ke belakang.

Sternum strap pula ialah tali kecil melintang kat dada. Dia stabilkan shoulder strap, jadi beg tak senget atau tergelincir.

Nampak remeh, tapi bila jalan jauh, dua benda ni lah yang buat badan kau rasa “eh bestnya pakai beg ni.”

---

5. Material – Kenali Budi Pekerti Si Dia

Setiap backpack ada "perangai" dia sendiri, bergantung pada material dia dibuat.

Nylon / Ripstop – ringan, tahan lasak, sesuai untuk travel long-term.

Cordura – kasar sikit, tahan calar, sesuai untuk redah hutan, naik motor.

TPU / PVC coated – rasa macam plastik licin, sangat waterproof, tapi berat sikit.

Canvas (macam Karimor style) – rasa tebal & vintage, tahan calar tapi agak berat, dan tak waterproof kalau tak disalut.

Jadi, kalau kita banyak redah hujan naik motor, guna backpack dari material TPU.

Kalau suka rugged & tahan lasak, pakai backpack material Cordura atau Canvas.

Kalau nak ringan & versatile → pakai material Nylon dah cukup.

---


6. Susunan Barang – Cara Letak Pun Main Peranan

Bukan semua rasa berat datang dari beg tu sendiri. Kadang-kadang cara kita susun barang dalam backpack pun main peranan besar.

Basic rule dia: barang berat kena dekat dengan belakang badan.

Bayangkan badan kita macam tiang. Kalau kita letak berat jauh dari tiang, mesti tiang tu rasa nak tumbang.

Sama juga dengan backpack. Kalau barang berat letak jauh dari badan (dekat dengan bahagian luar beg), beg rasa macam nak tarik kita ke belakang.

So susunan barang yang ideal:

Barang ringan & lembut (baju, sleeping bag) → letak kat bawah

Barang BERAT (kamera, powerbank, botol air) → letak dekat tengah, paling rapat dengan belakang badan

Barang sederhana & kerap guna → atas atau tepi

Barang kecemasan (tisu, raincoat, headlamp) → poket luar, lid cover, hipbelt pocket

Lagi tinggi kita letak barang berat tu, lagi penting barang tu mesti rapat dengan belakang badan.

Contoh kalau kita letak botol 1.5L kat bahagian belakang luar, kita akan rasa macam badan nak jatuh ke belakang. Tapi kalau kau rapatkan botol tu dengan tulang belakang, stabil dan ringan je rasa.

---

Kesimpulannya, backpack yang sesuai akan buat kita rasa ringan dan dan selesa.  

Berat mata memandang, tak la berat sangat bahu memikul.

Jadi, bila nak pilih backpack kat kedai, test jalan. Rasa belakang, rasa pinggang.
Try adjust load lifter Dan sternum strap.

Kalau rasa:
beg tak goyang
bahu tak lenguh
pinggang rasa secure

...itu tandanya: korang dah jumpa jodoh backpack korang.

Dan trust me — jodoh yang betul ni, akan buat korang tak sabar nak plan trip seterusnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...